Showing posts with label Year End. Show all posts
Showing posts with label Year End. Show all posts

Monday, August 29, 2016

Sharing ~ TTC and My Pregnancy Journey



Holaa!

This reference might be useful untuk those yg tercari serba sedikit info..
I know..sbb I'm one of them before..
So how to start the story? I tak pandai ber narrate bagai..so kita ikut chronology jelah!

Year 2012:
Pas kahwin mmg plan nak anak cepat2..Tapi dalam hati masih ragu-ragu..Mampu ker kawal emosi and amukan2 kecil? mampu ke jadi ibu mithali? mampu ke nak spend a lot lot of time jaga anak?
Ilmu belum penuh di dada. Banyak benda nak fikir. Settlekan rumah..Proses penyesuaian diri dgn keluarga in law..
Schedule pon tak tentu arah.. Kami plak galok asik nk berhoneymoon bagai..4 kali setahun g bercuti!..
Mau tak my mom naik darah..
My hormon start jadi tak stable...My period cycle jadi ting tong.. Tapi masih belum ade effort untuk dapatkan baby. Or senang cite belom start ambil ape2 treatment.

Year 2013:
Both family dah start tanya.. Emosi makin celaru.. Tapi muka masih tebal selamba dgn soklan2 depa..So antara usaha, kami klinik Wahidah.
Dr sangat bagus..She suggest go through Clomid cycle. Selama 3 cycle, tp masih belom lekat..So Dr suruh rest dulu at least 6 month before start over again. Kebetulan my abang and his wife pergi haji. So diorg hadiahkan kami buah zuriat, debunga kurma..So kami pon agak gigihla try consume..Tapi masih tak menjadi..Sampai kami dh tak lalu tgk sume tu.

Year 2014:
Start jumpa O&G kat Hospital Pantai..Kos nye plak Ya Rabbi mahal.antara rawatan, Cek sperm, blood test, lab test, pap smear and etc. Disahkan bebas dari Cyst, Fybroid and Endo..ermm ape ntah.. Ubat yg dr bg ciput je..Consultation plak ala kadar je.Results everything normal. So the doctor suspect I am PCOS..
So end up hasilnya x ade ape2..So kami putus asa balik rumah peram perasaan.
This year jugak antara effort kitorang ialah dengar cakap org2 tua. Depa duk paksa kami berurut and do macam2 rawatan alternatif. Hurmm satu pon lom berkesan. Kadang2 rase macam tak logik gak. Apesal nak kena bawak limau, bunga lah, telur ayam laa..Leceh tul..Nak tak nak lebih kpd menjaga hati mereke, terpaksa laa ikut kata org tua.

Year 2015:
Puas google dari blogger lain. Then I realise clomid tak berkesan jika our body rintang dengan insulin.
So the best effort untuk consume clomid, better amalkan gaya hidup sihat. Do regular exercise. Kurangkan kalori and amik jugak metformin bermula dengan dos paling rendah. Tp honestly I rase nyampah plak dengan clomid. Dah malas nak amik.
So throughout the year, i am starting to join the fitness group. Period masih tak regular. Tapi rase makin fit, masalah sakit lutut, tumit and tulang belakang berkurang. Percaya tak i mampu climb up tangga 3 tingkat..Huhu..
I am also refer from another doctor. Again kena buat blood test. Lebih detail and lebih mahal seyy!. Harga test lebih kurang RM600. so the results, i takde thyroid problem. Cuma Hormon progestrone yg agak rendah menybabkan x berlakunye ovulation. Dr bekalkan ubat nano cream sebanyak 3 tiub kecil. Total harga 3-4 ratus also support dgn other supplements lain. kami kena jadi sangat disiplin tentang penggunaan cream nano. End up tak berhasil jugak. That was my mistake actually..Kurang disiplin rasenye..

Year 2016:
Ramai recommend kitorang jumpa seorang pakar di Johor. Kaedah rawatan alternatif. Kami lupa di mana.
Rasanya berdekatan dengan Pasir Gudang or Gelang Patah. Wallahualam. Ramai kenalan kami berjaya. Sebab tu diorg suggest ktorang try plak. Tapi I hold dulu. Nama kami Allah dah seru untuk menunaikan umrah.
So kitorng berangkat pd 26 Dec hingga 6 Jan 2016 selama 2 minggu. Actually this is the best honeymoon kami sepanjang 4 tahun kami hidup bersama. Rase sayu lihat husband gigih berdoa mohon zuriat, tawaf sunat setiap selang waktu solat. Dia pon excited bila dpt cium Hajar Aswad.
2 minggu sblm kami bertolak, Dr ade bekalkan ubat hold period. I consume untuk tak ganggu proses ibadah kami di sana.
Sampai di sana, our mutawif nasihat takyah amik pil tu. He said, Allah lebih tahu ape yg terbaik untuk hambaNya. Then after selamat selesaikan umrah ke-3, blood spot dh start muncul. Umrah yg ke-4, husband gerak secara solo. Lagi 2 hari nak balik Malaysia so i pon buang je pil tu. Umrah kali ni i tak dpt buat tawaf wida'
Dipendekkan cerita... I am positif pregnant after balik umrah. Alhamdulillah Allah makbulkan doa kami.

Short Tips:
1. Banyakkan berdoa
2. Banyakkan bersedekah. InshaAllah ganjaran akan lebih besar.
3. Lately Furmon byk membantu wanita untuk hamil. Try consume and husband try surbex zinc (kami belum cuba)
4. Kurangkan pengambilan gula dan karbo dalam menu. Regular exercise itu perlu.
5. Dapatkan nasihat doktor. Do blood test and set appointment with gynea.





Wednesday, December 11, 2013

Azam



Azam 2014 hingga tahun-tahun berikutnya
Adoilaa..
Bila nak abis agaknye..
(Mood ke'terpaksa'an)



Doa yang baik-baik sahaja ye syg *wink

Friday, December 28, 2012

Birthday treat Api-Api

Dah hujung-hujung tahun en.somi berpeluang celebrate his birthday..
I konon nak bikin surprise by bake choc cake..
Then on that same day jiran setaman jemput datang kenduri..
Ahaa kek ni pon disedekahkan bagi mengimarahkan lagi majlis kenduri kesyukuran


 For dinner we went to Api-Api steamboat yang baru bukak kt 1Lagenda.
Actually i purchased through groupon..dgn harga yang tersangat murah..Wohaa!


Menu variety dan fresh.Kat sni tak perlu bayar tax mcm seoul garden..
Marinate flavour tak pelbagai..Tapi believe me..memang sgt2 satisfied..
Ketam double besar and fresh..Isi ayam yang memang real isi..haha bukan kulit..
Buah jela yang takde..Sos banyak..Bole campur2 la sendiri kalu berani  (-__-)Y


 Licin..No wastage


 Saangaattt kenyang!  Kami diet protein..No nasi No mee No potato..No bread..Malam ni je laa



Last but not least I ade tinggalkan a small portion for him


 Kelakar la kek ni

Happy birthday darling..Moga diberkati sihat dan ceria selalu..

Wednesday, December 12, 2012

Ample Time?

Hari ni hari rabu..
Ade orang sanggup ambil cuti
Macam-macam hal depa bikin
Nak kawin la
Nak nikah la
Nak tunang la
Semata-mata nak abadikan tarikh
       12.12.12
Sape yang sanggup cuti untuk raikan korang hah?
Sendiri syiok sendiri sambut..
keh keh keh
Maklomlahh..
Tarikh dah hujung-hujung
Kalau nak best date lagi..
Kena tunggu seratus tahun gamaknye..
Ape-ape pon..
enjoy the date..
Meskipon feng shui habaq
that is a 'weak date'
hangpa kena laa 'strong'kan balik..
Chaiyook !

p/s: Gunakan setiap masa yang anda ada untuk bermuhasabah dan berdoa..Sebelum anda 'kesuntukan' masa..Wallahualam

                                        uweekk!!

Saturday, December 31, 2011

The Day after Tomorrow

Below is a message that I heard and would like to
share with you.
 
“Let’s take a moment to convey our appreciation today, right now,
this very moment. Say a simple Thank You and see how it would
brighten up the day of the people around you. Say Thank You to
your colleague, Thank You to your wife or your husband, Thank You
to your kids who put a smile on your face everyday. Say Thank you
to your friends who keep you company in good time and in bad time.
You may say Thank You to your friends on Facebook and twitter for
being there for you and for sharing their genuine and yours through
life. Without these people, your life would be far less enjoyable,
certainly far less interesting. Let’s take a moment to tell the people
that WE appreciate them, WE value them and WE remember them.
Good things start with a small step. Let’s take them together.”
 
Hope to see you all with a BIG SMILE next year.
Until next year, 
 
THANK YOU.
HAPPY NEW YEAR/SELAMAT TAHUN BARU

Friday, December 9, 2011

Cikgu K-Pop

Kawan Donna cekgu bahasa engris di sekolah rendah kampung dia..
Tak best plak kita asik dok panggil cekgu tuh dia..kita namakan aje dia sebagai K-Pop..ok?



Walaupun K-pop cuma ajar budak darjah satu..Tapi gaji K-pop besor..
Basic gaji campur elaun..Uhh bleh tahan.. 
Bila isu golongan cekgu kena keje 9 jam jer.mula naik hangin ..
Tapi bila time cuti sekolah 2 bulan, syiok la K-pop makan gaji buta..
Kadangkala K-pop tak mengajar..Mane tak nyer..Baru jer masuk kelas..sume budak pakat said 'english susahlaa teacher! tak mau belajar..'
Untung sabut timbul..untung batu tenggelam.Sebagai contoh salah satu kes. K-pop untung membasuh budak darjah satu tercirit dalam kelas..(Nih kes mak ayah lambat ajar anak tak pakai pampers la ni) 

Bulan lepas K-pop buat rombongan jenjalan..khas untuk bebudak baru abis exam UPSR..
Mereka semua bercuti di Pangkor berkelah, berbananabot dan Lost World of Tambun..Yeehaa!!
Ini jenjalan semata yer..Bukan sambil belajar..So please..tak payah bawak buku nota..
Berulang kali K-pop mentioned kepada semua budak-budak supaya berseronok..
Lepaskan segala tension UPSR ( cuma 4 pelajar berjaya mendapat 5A)


-finish-


Donna bersyukur dan sangat berterima kasih pada cikgu Rahim yang bawak rombongan pelajar UPSR (early 90's)
ke TLDM, Jabatan Bomba and etc..He explained more about all the careers and we are getting experienced behind of the jobs..
At least I'm growing up with specific ambition..


p/s: Cikgu K-pop suka fesyen korea..Cekgu K-pop tak mau kalah with cekgu-cekgi kt sekolah tu. She also said 'Hari-hari suasana di sekolah macam fashion show'  Saje bikin budak-budak keliru agaknye..


Tuesday, November 22, 2011

Makan Kenduri

Sekarang dah start ujung taun....
Berpusu laki pompuan bizi wat majlis kawin...
Tak pedulik ujan ka..banjir ka..pilihanraya ka..kawin tetap kawin...
Jemputan kawin pon berlambak juge..jemput dari kad..jemput dari fesbuk..jemput sekadar angin lalu..dan macam-macam lagi lah !

Perkara pertama sebelum gatal nak attend ialah check dulu lokasi majlis..
Jangan spesifik sangat goes into dewan, hotel, padang bola or etc..Sebab terlalu spesifik pon..tak gune juge..
Kita view it from the experienced, ikut daerah jela abis citer. Negeri.. boleh agak sendiri as long u're Malaysian

Bagan Serai:
Menu cuma 2 ketul daging kotak keras untuk 1 meja kapasiti 4 orang..
dan acar nenas..

Taiping:
Lauk Ayam masak merah yang banyak tapi ade pulok makcik muka kerek catu lauk cantas ayam kami.. Walhal tetamu tak sampai 500 org..

Kulim:
Kerabu toge..Ternganga jap bila tgk lauk tuh..

Arau:
Makanan sang gajah...Gulai batang pisang..

Muadzam:
Ayam rempah and Acar mangga..Ayam keras dan kering..perit tekak

Jerantut:
Nasib baik tak pegi..Semua tetamu cirit-birit

Kota Tinggi
Ayam goreng kering gak..Pencuci mulut dengan pisang lebam
Turut dihidang halwa telinga nyanyian karaoke geng-geng tua..Huh !


Modal = baju cantik, minyak kete, duit tol, kos hadiah pengantin, kos makan kt RnR










Friday, November 11, 2011

11.11.11 la pulak !


Tarikh 11-11-11 adalah salah satu anjakan yang paling berkuasa dalam kesedaran manusia bahawa kita akan mengalami hayat kita.

Ia adalah peluang keemasan untuk melepaskan hayat perangkap karma skrip dan nenek moyang.
Perangkap dalam erti kata corak tabiat yang sedar dan tidak sedar yang kita tertanya-tanya kenapa kita tidak boleh seolah-olah merealisasikan kehidupan kita benar-benar mahu dan tahu mungkin. 11-11-11 adalah tarikh kelahiran kosmik doa kemanusiaan untuk pembebasan dari hafalan, biasa, dan membosankan.

Link Asal

Bahasa ringkas untuk perenggan pening di atas ialah tarikh 11-11-11 ialah kononnya merupakan masa terbaik untuk berdoa.. 

Nothing to do with that date ...

Orang lain sebuk do everything at this date.. Baby dok dendiam dalam perut pon..dipaksanya keluar...
Pesan ustaz tadi...jangan lakukan perkara disebabkan kepercayaan/keseronokkan..
Kerana perkara2 sedemikian boleh memesongkan akidah..Ada Faham ?!




Tuesday, November 1, 2011

1.11.11

Sejak akhir-akhir ni..Donna tiada langsung ruang masa untuk membaca buku
Buku sukasuki waima bermanfaat sekalipun...
Tiada lagi juga review segala bahan bacaan yang Donna dah 'khatam'
Segelintir teman bersungguh mahu meminjamkan buku-buku yang hebat
Antaranya perkara yang berkaitan dengan doa with certain level of frequency, motivation..and many more types of books likely to be bahan makanan jiwa
Alhamdulillah mereka terlupa barangkali...
Kelak tak mahu timbul rasa bersalah kerana tak punya masa untuk baca, 'digest' dan express the idea..

Debaran hari ini sudah jadi biasa-biasa aje...
Kerana silap menjangka..
Sangkaan awal semalam bermula bulan November...
Ikhlas Donna kurang gemar perkara-perkara sepatutnya pada setiap hujung tahun..
Kenapa?..Antaranya.. Donna perlu fikirkan perancangan baru untuk tahun hadapan...
Plan mesti kena kasi solid habis, supaya tak tergelincir...
Seperti tahun-tahun sebelum...Hampir kesemua plan dah tercapai...
Part yang belum achieve..kena kasi tukar dia punya method...
Donna tak suka tahik ayam..apatah lagi merasa kehangatannye..Yuck!

Err dah terlajak time ler...
Better sambung next time...20.11.2011...
Moga dipanjangkan umur .. 










Thursday, January 6, 2011

Azam tahun 2011

Tiap-tiap tahun aku mesti buat azam...Tak kira laa aku nak laksanakan atau idak..Janji kena ada..Kang org sebuk tanye nak jawab ape?....
  1. Azam yang pertama dan semestinya ialah 'carry forward' azam tahun lepas..Haa tgk lah jumlah backlog nyer..Berlambak !..
  2. Azam yang kedua untuk tahun 2011 ni ialah misi mencari kerja...Besok pagi aku ade interview paling 'rare' dalam sejarah hidup aku..Venue kat starbuck, interviewer Sue-Ellen Cook..Manager dari Australia ..Dia ajak breakfast skali kot..(Harap-harap dia yang bayar..Aku kering nih!)
  3. Azam yang ketiga aku nak kahwin..Kalu tak sempat by 31 dec 2011..Alamat carry forward lg laa untuk 2012. Serius tahun ni aku dah gatal nak kawin..Tahun2 sebelum tak pernah camni..Hahaha...Kalu korang kate aku tak malu..Lantak korang laa ..Calon yang aku cari ialah lelaki tulen yang mampu menjadikan hidup aku seceria pelangi...Ceewahh!
Tett...(Bunyi sms la)
Dayang: Donna, tempat yg kite makan arituh ade logo halal tak?
Donna: Ntah..halal la kot..(serius lupe nak check) nape?
Tett..(Dayang reply) 
Dayang: Nak ajak Awang dating kt situ..So papehal nk kena check dulu halal ke tak..Maklumlah nak semai benih bunga2 cinta...

at the touch of love ….. everyone becomes a poet…huh!


  1. Sorry Dayang menganggu tumpuan Donna sekarang.....Err sampai mane tadi ekk..Potong!..Sepatutnye no.4..Memang malas nk repair..Ok azam yang ke-4..Nak kurus..kalu boleh nak kembalikan zaman kegemilangan 'hot' waktu zaman degree dulu..hehehe..(boleh ke?)..Kalu tak boleh..macam biasalah..carry forward jugak untuk 2012..



Wednesday, December 2, 2009

Year End......

Skrg dah masuk bulan doblas..Bulan yang paling byk sale..bulan yang plg banyak majlis kahwin...Bulan yang plg byk orang apply cuti...Bulan cuti sekolah..dan mcm2 lagi....ermm..ape azam aku untuk tahun depan ekk??..
Carry over yang taun dulu2 punye ke or create and modify azam baru???..Heheheee...Takpe..ade 28 hari lg nk di 'pk'kan....Dan sekali-sekala ku berpaling..eh..eh..dah makin besar anak2 sedara aku..makin riuh, gamat, dan ade sahaja aktiviti yang mencuit hati..
Ijam komplen ape tuh???..tak cukup lilin??
 
Aksi gembira yang melampau..
 
Salah pandang kamera daaa.....

Parut di dahi ku semakin sembuh..tak pasal2 dah berparut..Huduh laa..Tapi apakan daya.."suratan  & kebetulan"...hehehe....Ramai sgt org2 bertanya punca insiden kejadian..menyebabkan aku jadi boring..Kesudahannye aku telah mengasah kekreavitian aku dgn menokok tambah cerita, pelbagai genre dipilih termasuk adegan seram dan cemas..Jadi setiap org akan mendapat cerita yang berlainan..Hurrmmpp.bagus kan??..Nasib baik tak bersiri...Kalu tak, jenuh aku nk memikir..
 
Landasan keretapi..(seploh jahit taww)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...