Showing posts with label Haiwan kita. Show all posts
Showing posts with label Haiwan kita. Show all posts

Thursday, May 8, 2014

Random Mabul



Early March kami ke Mabul,
Pagi-pagi lepas subuh kami ke jeti. Perjalanan dari jeti menaiki speed boat selama 45 minit.



Kami stay di sini..Biasa la backpackers..Kalau anda nak percutian mewah, sila menuju Kapalai or Pom Pom. Sepanjang di sana anda mungkin akan diperhatikan oleh pensyiolek.. Jaga-jaga cik Salmah!


Cool giler.Abah bersungguh call anak..yakinkan yang abah and mama keje..hikhikhik


Geng palauh or bajau laut jual hasil tangkapan. Kat sini femes kagang dan ulang..Hidup2 tuh..15 pilak!


Setelah dimasak oleh tukang masak chalet..So korang bayar la upah kat diorang..Kagang ni kami makan sampai boleh koyak mulut..Adehh!


Nih anak-anak palauh..Time ni kitorang pinjam perahu diorang..Gatal konon nak kayuh.Eh silap diorang tak bagi pinjam, tapi cas kami 5 pilak..Amboi kemain lagi, kecit2 dah pandai meniaga..Tapi kami bayar 2 pilak je..Karam! Perahu bocor, budak2 tuh sumbat pakai plastik twisties ngan selipa jepun.

Budak-budak ni tak takut jerung, shark dan ade yang boleh berlari kejar ikan dalam laut..Hebat kan? Tapi mereka paling takut kucing..kihkihkih..mencicit terjun dalam laut bila nampak kucing..


Separuh muslimah..tudung tak litup dan pakai short ajer..Memang legend..

Jalan-jalan kat Pulau..Life di sini sangat basic..Ade surau, sekolah rendah, ade geng main pakai, ade pakcik mengaji Quran, ade aweks muka tepek bedak sejuk dan ade yang bergoyang Inul..


Mereka yang dah lama akan naik dan bina rumah di darat, those yang baru sampai dari Myanmar, Filipina, Indonesia dan ceruk mane tah masih duduk dalam sampan.


Ni salah satu kedai souvenir kat pulau tu..Owner orang Perak dan bermastautin kat sane.


Moment sunrise.Rase nak nanges je tengok keindahan alam ciptaan Allah..



A few hours sebelum balik, kami bersnorkell jap di paradise II.. Sila elakkan diving di hari yang sama anda naik flight tau..


Ok close entry..Ada masa boleh update lagi..tata~

Friday, August 16, 2013

Posing



Kucing mak saya

Mereka sejiwa rasanya~

Monday, July 8, 2013

Tayang boboi

Haishh tak malu sungguh! Kuceng sapo la neh?!

Friday, March 8, 2013

Sabah bahh

Mid february time cuti sem. Then i plan a trip with my family
Whoaah macam ramai je family members..Alaa kalu sebut honeymoon muntah darah la pulak kan..
I plan nak reduce kan budget..Mencabar la jugak kan?!
Tips untuk kecilkan budget;
I sewa kereta myvi auto 1.3 = RM80 je per day..
Kalau nak lagi jimat pinjam jela ngan sedara or kawan-kawan
Then 1st day kami gunakan 4 tayar daki kundasang
Jalan menuju ke sana ok ... benchmark i tak muntah

 @Pekan Kundasang
Time tuh plak rase nak makan laksa

Buah-buahan yang sweet












































Kami stay @TM resort..saangatt murah untuk staff RM40 per night
Bilik yang comfy, cantik, luas and bole fit hingga 4 orang. Konon nak pergi Dairy farm.
Tapi sebab leka cuci mata..Kandang pon dah tutup..
Sok pepagi pulak kami breakfast @Nabalu Market..
For those yang nak beli souvenir  ..Kat sini murah sket dari Pasar Filipina
Kalu mata anda tajam, ade few item hanya ade kat sini and takde kat tempat lain
Rugi tak beli.....
Lokasi lain seperti Hot spring, Rumah Terbalik etc kami tak pergi..
Rase macam larat sebab sakit kepala plus cuaca bertambah panas ..












Petang kami ke pasar..Uishh sangat-sangat fresh..Harga ikan dan sayur mentah jauh berbeza dengan harga di medan ikan bakar..Sotong 4 ekor = RM10. Tapi di pasar sotong sekilo RM3 je..
Tips budget , i stay @studio yang complete. Harga RM70++ per night..
Servis and cleanliness ..tiptop!
Ada kitchen, dining table,kipas, aircond, astro bath tub n bla la laa..So menjadi la macam-macam menu..Tomyam seafood, ikan bakar, ketam goreng, udang sweet sour, Sambal sotong..Pheww nasib baik takde gout!

En.somi puas hati sebab dapat minum jus alpukat..So lenkali kalu nak enjoy jus alpukat
pegi Bandung and Sabah..
Sebab kat Semenanjung, asik-asik takde stok..huh!
malas nak beli kat Jusco and buat sendirik
I suka giler pisang karamel..
Next day suh en.somi beli, tapi tak sesedap macam i makan before..
 Next ke Jesselton Point..Trip RM25 per person plus snorkeling set
Laut membiruu...Kena bayar RM3 untuk masuk pulau..

 Waahhh sucinyerr!

After that day, kami start packaging and terus balik.. Hopefully next year nak pergi lagi..

p/s: Sampai je semenanjung terus kes Ops Daulat..Lega..



 




Wednesday, March 6, 2013

Pokok Tetamu

Kawasan rumah i panas sangat.
Area my mom and mil house pon panas.
Senang cerita semua area panas
Banyak pokok kami mati.
Penat menanam, terbongkok-bongkok mencangkul pon tak habis lagi..
Bayangkan anak pokok betik yang comel cute tuh mati..
Mula-mula patah..I guess maybe our jiran langgar..
Then i continue siram and pray hopefully the pokok will survive..
Tapi apakan daya..ia mati jugak..

Next pokok is durian belanda.About 5 month ia cuba nak hidup.
Tak merasa la anak cucu i buah durian belanda :(
Daddy in law plak ade tanam pokok avocado sederet dengan pokok-pokok yang dah mati tuh
Supaya senang en.somi request jus alpukat agaknyer
Macam dah terkena badi..
hidup segan mati tak mahu

Semalam i give up..
'Kalau macam ni kita tanam pokok kurma jela,
Susah sangat nak hidup'
My mom ade cuba semai benih kurma..
Tak sangka pulak menjadi jua pokok tuh..Menjerit suka semua cucu-cucu..
Tapi belum tentu boleh berbuah..As i know, kena ade benih pokok jantan untuk dicantumkan..

Hari ni tanpa disangka ada pokok lain sudi hidup di teratak kami..

Welcome!

 Pokok kaktus pon ok lah!

Wednesday, December 12, 2012

Ample Time?

Hari ni hari rabu..
Ade orang sanggup ambil cuti
Macam-macam hal depa bikin
Nak kawin la
Nak nikah la
Nak tunang la
Semata-mata nak abadikan tarikh
       12.12.12
Sape yang sanggup cuti untuk raikan korang hah?
Sendiri syiok sendiri sambut..
keh keh keh
Maklomlahh..
Tarikh dah hujung-hujung
Kalau nak best date lagi..
Kena tunggu seratus tahun gamaknye..
Ape-ape pon..
enjoy the date..
Meskipon feng shui habaq
that is a 'weak date'
hangpa kena laa 'strong'kan balik..
Chaiyook !

p/s: Gunakan setiap masa yang anda ada untuk bermuhasabah dan berdoa..Sebelum anda 'kesuntukan' masa..Wallahualam

                                        uweekk!!

Monday, August 13, 2012

Ikan Bakar Alai

Thanks dear..Only the two of us enjoyed iftar..Hey.. boleh abis ke?

 I disliked clams..but she insisted nk order jugak.. kalu masak chowder maybe i mkn kot :p

Signature dish..Don't know it's name but i called it as sepahat(siput buluh) masak IJO..huhu

Tak boleh tinggal...Wajib ade..

Highly recommend to bring your family at de' muara..
Owner restaurant dulu student USM yang masih muda dan ganteng..kehkehkeh...



Monday, July 30, 2012

'Price Tag'

Salah seorang anak saudara Donna pencinta binatang...
Binatang belaan dia ialah lembu..
Donna lebih prefer sebut belaan...
Sebab setakat ni lembu-lembu tuh tak diternak secara besar2an..
Balik-balik pusing masih dalam jumlah yang sama...

Tugas harian my nephew nih just pastikan lembu dilepas dari kandang pukul 4
dan pulang pukul 6..Tuh je..Bukan susah sgt..
Selebihnya dia cuma pastikan lembu tak berkeliaran..
Kawan2 dia sgt teruja melihat kemachoan my nephew handled lembuss..
Satu soklan yang memang Donna rase takleh blah..
'Lembu ni mak kau baru beli ke? Tanda harga ni tak cabut lagi'
he selambaly pointing finger kt telinga lembu...


p/s: I takleh stop imagine on how nak angkat lembu letak atas counter cashier...

Tuesday, July 24, 2012

Mimpi Pacat

Kelmarin kakak sy mengadu..
Dia didatangi mimpi aneh..
Mungkin sekian lama tak bermimpi..
maka dia katakan mimpinya aneh...

Bunyi agak ngeri...
Kakak donna bermimpi digigit pacat..
Darahnya keluar membuak-buak buatkan dia terus terjaga...

Donna just suruh dia berhati-hati dan pagari diri..
Mane la tau kot-kot ade orang sekeliling berniat jahat..
Mencegah kan lebih baik dari merawat...
Wallahualam .....

Wednesday, June 20, 2012

Mimpi Burung

Semalam I mimpi burung..
Burung dah mati..keras kejung dalam toilet...
tak tau spesis ape..
Tapi body burung tuh ade lebih kurang 3 colour..
Apa maksud ehh?
Ikut tafsir, kalau mimpi ayam..akan dapat pembantu...


Donna masih belum jumpa maksud..But still akan share serba sedikit info yang I dapat


Burung
Jika anda bermimpi melihat burung terbang, bertanda kesehatan anda terpelihara rezeki murah dan
perkawinan bahagia. Dan mimpi burung terbang menuju anda, bertanda akan datang karunia pada
anda dalam ketenangan dan damai.
Burung Merak
Jika anda bermimpi melihat burung merak bertanda akan ditolong oleh orang budiman.
Burung Bangau
Jika anda bermimpi melihat burung kuntul terbang tanda anda akan salah bicara.
Burung Bayan
Jika anda bermimpi melihat burung bayan bertanda akan menemui banyak perempuan berselisihan
(anda harus berhati-hati tak payah campur tangan).
Burung Merbuk
Jika anda bermimpi melihat dan atau memegang burung merbuk bertanda anda akan mendapatkan
isteri atau anak yang baik.
Burung Dara
Jika anda bermimpi melihat dan atau memegang burung dara bertanda anda akan menerima surat.
Burung Kenari
Jika anda bermimpi burung kenari bernyanyi didalam sangkar bertanda bahagia.
Burung Merpati
Jika anda bermimpi melihat dan mendengar burung merpati, bertanda rumah tangga anda
berbahagia, dan memberi makan kepadanya (burung-red) bertanda anda akan keliling dunia untuk
kesenangan dan kebahagiaan hidup.
Burung Rajawali
Jika anda bermimpi burung rajawali terbang bertandakan pekerjaan dan usaha anda akan sukses.
Burung Gagak
Jika anda bermimpi bendengar bunyi burung gagak bertanda anda akan merasakan kekecewaan
dalam percintaan, dan jika gagak berbunyi diatas atap, bertanda ada khabar (berita) jahat yang
segera tiba pada anda.
Burung Gereja
Jika anda bermimpi melihat burung gereja menandakan anda atau yang anda kenal akan
mengadakan perjalanan jauh.
Burung Kuau/kuang
Jika anda bermimpi mendengar atau melihat burung kuau bertanda anda akan menerima warisan
atau wang.
Burung Unta/ostrich
Jika anda bermimpi melihat burung unta bertanda semua rencana yang telah meninggi akan gagal secara tiba-tiba.

.

Friday, June 8, 2012

Wednesday, May 30, 2012

Cute !

Tadaaaa!!!



Berbuli atau saling berkasih-sayang?? huhuu

Tuesday, May 8, 2012

Bunnies

Enjoy da pics..
all are taken @Paris Vaan Java


Bestnye kalu bole join...Serius takde bau..Maybe bunnies sume dah bagi minum odourless liquid

Kalu dibagi bola mesti sukerr

Hey ! nak pegi mane tuh?

Rasa macam nak tarik-tarik je telinga kecil tuh...




Wednesday, May 2, 2012

Wednesday, March 21, 2012

Gymnas.......



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...