Thursday, May 8, 2014

Random Mabul



Early March kami ke Mabul,
Pagi-pagi lepas subuh kami ke jeti. Perjalanan dari jeti menaiki speed boat selama 45 minit.



Kami stay di sini..Biasa la backpackers..Kalau anda nak percutian mewah, sila menuju Kapalai or Pom Pom. Sepanjang di sana anda mungkin akan diperhatikan oleh pensyiolek.. Jaga-jaga cik Salmah!


Cool giler.Abah bersungguh call anak..yakinkan yang abah and mama keje..hikhikhik


Geng palauh or bajau laut jual hasil tangkapan. Kat sini femes kagang dan ulang..Hidup2 tuh..15 pilak!


Setelah dimasak oleh tukang masak chalet..So korang bayar la upah kat diorang..Kagang ni kami makan sampai boleh koyak mulut..Adehh!


Nih anak-anak palauh..Time ni kitorang pinjam perahu diorang..Gatal konon nak kayuh.Eh silap diorang tak bagi pinjam, tapi cas kami 5 pilak..Amboi kemain lagi, kecit2 dah pandai meniaga..Tapi kami bayar 2 pilak je..Karam! Perahu bocor, budak2 tuh sumbat pakai plastik twisties ngan selipa jepun.

Budak-budak ni tak takut jerung, shark dan ade yang boleh berlari kejar ikan dalam laut..Hebat kan? Tapi mereka paling takut kucing..kihkihkih..mencicit terjun dalam laut bila nampak kucing..


Separuh muslimah..tudung tak litup dan pakai short ajer..Memang legend..

Jalan-jalan kat Pulau..Life di sini sangat basic..Ade surau, sekolah rendah, ade geng main pakai, ade pakcik mengaji Quran, ade aweks muka tepek bedak sejuk dan ade yang bergoyang Inul..


Mereka yang dah lama akan naik dan bina rumah di darat, those yang baru sampai dari Myanmar, Filipina, Indonesia dan ceruk mane tah masih duduk dalam sampan.


Ni salah satu kedai souvenir kat pulau tu..Owner orang Perak dan bermastautin kat sane.


Moment sunrise.Rase nak nanges je tengok keindahan alam ciptaan Allah..



A few hours sebelum balik, kami bersnorkell jap di paradise II.. Sila elakkan diving di hari yang sama anda naik flight tau..


Ok close entry..Ada masa boleh update lagi..tata~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...