Friday, July 29, 2011

Budak BAru NAik

Budak2 baru nk naik.. really irritating with their nasty words such.. aq, ak0...kimaxs, sial...etc
Rase mcm nk gunting2 je mulut diorg  kasi berdarah (my niece+nephews)..









Huk alohh !! toloongg laa....hisy


Tuesday, July 26, 2011

Current Ranking

Saje nak share with the latest info for new of university/college ranking in Malaysia
Sumber dari topstudylink..Donna malas nak komen panjang2..Bukan ape..letih tau dokk!..kome tgk je lerr yer..


World Rank University/College                                           
629 Universiti Sains Malaysia         1

694 Universiti Teknologi Malaysia         2

731 Universiti Kebangsaan Malaysia         3

771 Universiti Putra Malaysia         4

788 University of Malaya         5

995 Universiti Malaysia Perlis         6

1126 Multimedia University         7

1133 Universiti Teknologi Mara         8

1344 Universiti Malaysia Pahang         9

1491 International Islamic University of Malaysia *         10

1572 Universiti Utara Malaysia         11

1838 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia         12

1838 Universiti Tenaga Nasional         13

1862 Universiti Malaysia Sabah         14

2106 Open University Malaysia         15

2127 University of Nottingham Malaysia         16

2154 Universiti Teknologi Petronas         17

2274 Universiti Sains Islam Malaysia         18

2993 Universiti Pendidikan Sultan Idris         19

3333 Taylor's University College         20

3450 Universiti Teknikal Malaysia Melaka         21

3847 Universiti Tunku Abdul Rahman         22

3859 Universiti Malaysia Terengganu         23

4571 Universiti Malaysia Sarawak         24

5011 Universiti Tun Abdul Razak *         25

5068 Monash University Malaysia         26

5266 Universiti Industri Selangor         27

5375 Wawasan Open University         28

5528 UCSI University         29

5554 Curtin University of Technology Sarawak Campus         30

6117 Asia Pacific Institute of Information Technology         31

6628 International Medical University         32

6716 Help University College         33

6795 Tunku Abdul Rahman College         34

6809 Al Madinah International University         35

6867 Universiti Kuala Lumpur         36

6995 National Defence University of Malaysia         37

7003 Segi College         38

7027 Universiti Sultan Zainal Abidin (Universiti Darul ..         39

7209 Universiti Malaysia Kelantan         40

7608 Limkokwing University of Creative Technology *         41

7826 KDU College         42

7991 Selangor International Islamic University College         43

8326 Sunway University College         44

8529 Malaysia Theological Seminary         45

8705 Malaysia University of Science & Technology         46

8772 Olympia College Malaysia         47

8864 Swinburne University of Technology Sarawak Campus         48

9345 Malaysian Institute of Management         49

9479 University of Malaya Medical Center & Faculty of M..         50

9541 INSANIAH University College         51

9879 Taman Pertanian University         52

9897 Kuala Lumpur Infrastructure University College         53

9911 International Centre for Education in Islamic Fina..         54

10114 Majlis Peperiksaan Malaysia         55

10143 Cyberjaya University College of Medical Sciences         56

10169 Disted-Stamford College         57

10169 Berjaya University College of Hospitality         58

10281 Asia e University         59

10425 KBU International College         60

10831 New INTI College         61

11254 TATI University College         62

11571 Nilai International College         63

11889 Asia Pacific University College of Technology & In..         64

11975 AIMST University         65


p/s: Kayu pengukur kejayaan sebenar terletak pada pelajar sendiri on how they manage their stress and adapt with surroundings...Place of study only contributes not more than 50% of real achievements..Sekian.tettt!

Monday, July 25, 2011

Dasar Pengorek





*Orang yang mencintai kebersihan: orang yang selepas korek hidung terus mencuci tangannya.
*Orang murah hati: orang yang rela dikorek hidungnya oleh orang lain.
*Orang sengal: Orang yang tidak tahu cara korek hidung.
*Orang bijaksana: Orang yang tahu bila dia harus korek hidung.
*Orang kasar: Orang yang kalau korek hidung seluruh jari telunjuknya masuk semua.
*Orang yang sadis: Orang yang kalau korek hidung, tahinya dijentik kepada orang lain.
*Orang yang nak cepat: Orang yang kalau korek hidung kurang dari 2 saat.
*Orang yang serakah: Orang yang korek hidung tidak cukup dengan satu jari.
*Orang yang strategik: Orang yang korek hidung sambil memusing badannya dan membongkok.
*Orang yang perasa: Orang yang kalau habis korek hidung kemudian jarinya dijilat.
*Orang yang sensual: Orang yang korek hidung sambil mendesah.
*Orang yang aquatik: Orang yang sebelum korek hidung jarinya dibasahkan terlebih dahulu.
*Orang yang pemalu: Orang yang kalau ingin korek hidung lari sejauh 500 meter dari orang ramai.
*Orang yang kurang ajar: Orang yang kalau korek hidung, tahinya di lap pada orang lain
*Orang yang berjimat: Orang yang kalau korek hidung hanya satu minggu sekali.
*Orang yang misteri: Orang yang kalau korek hidung, tahinya di letakkan di sekelilingnya kemudian
pergi diam-diam bagaikan angin.
*Orang yang sopan: Orang yang meminta izin ke belakang jika ingin korek hidung.
*Orang yang porno: Orang yang korek hidung sambil membayangkan yang bukan-bukan.
*Orang yang perlu perhatian: Orang yang kalau korek hidung sambil menjerit-jerit.
*Orang yang cinta seni: Orang yang kalau korek hidung, tahinya dijadikan arca.
*Orang yang pengotor: Orang yang kalau korek hidung, tahinya di sapu ke lengan bajunya.
*Orang yang tidak berperikemanusiaan: Orang yang kalau korek hidung, tahinya diletakkan dalam makanan atau minuman orang sekitarnya.
*Orang yang atletis: Orang yang sebelum korek hidung melakukan ‘warm up”.
*Orang yang kekanak-kanakan: Orang yang kalau korek hidung, tahinya dibuat main lekat-lekat macam chewing gum

Source : isuhangat

Tuesday, July 19, 2011

Amalan menabung

Menabung amalan mulia
Sikit-sikit lama-lama jadi bukuitt!





Berita selanjutnya Lalalalaaaa


p/s: Nak wat saving sebulan 1k pon payah..inikan saving 1million per month..Rakyat bermati-matian bayar cukai (termasuk aku.) err.emosi plak



Durian pon ada SAKA

Durian saka ni terdapat di Segamat Johor.
Penduduk Segamat memberi gelaran durian saka kerana
Ke'saka'an durian ni melalu bentuk buah, bentuk pokok rata-rata berbeza berbanding durian di tempat lain.
Durian saka juga diperakui tidak henti berbuah sejak 200 ratus tahun ..Para peminat raja durian pasti 'high' dan naik sheikh setelah merasa keenakan durian saka ini

Lihat org tua yang takde gigi ni menikmati durian..syiok giler..takde kencing manis agaknyerr!


Durian saka juga boleh di kembang biak  diseluruh Malaysia, jika anda mula menanamnya sekarang melalui biji di belakang rumah anda...
Pokok durian saka boleh dijadikan harta warisan buat anak cucu-cicit anda. Mereka juga nnti kelak tidak lagi berebut harta pusaka tanah sekangkang kera..Malah pokok ini juga yang mereka peluk..

Lain-lain khasiat dan kehebatan durian ber'saka' neh sila ke link asal DuRiaN Saka





Saturday, July 16, 2011

Durian

Durian berkualiti maaf sy tak hafal no siri durian

Penuh freezer dengan tempoyak

Cucur durian la plak!

Kawan-kawan mak sy ade byk pokok durian...setiap hari hantar seguni kecil..Tiap hari tau.ingat tuh..
Rata-rata mereka berusia dan cannot makan durian..kencing manis..
Bak kata org tua, rezeki jgn ditolak..
Musuh jgn di cari..
 Jadi kami hari-hari jamu durian... sampai badan pon bau durian
Dah macam-macam menu mak sy buat...
hari semalam bubur kacang taruk durian
hari ntah bila serawa durian
Hari kelmarin pulut durian..
sy pening mabuk durian!
Harap-harap jgn timbul idea nak buat jem durian

Besok sy plak nk try buat kek durian

Buta Fesyen

Colleagues sy ade 2 orang je pompuan melayu
2 cina dan sorang je india..The rest is Chinese guys...
Hari pertama sy telah diracun..oleh mereka..
'Di sini sume sempoi dan flexible. Kalu stailo sgt nanti kamu tak bole focus pada reseach' Ujar pensyarah wanita melayu yang cun dan berselipar Tat Sing..Tuh selipar paling famous kena curik djaman asrama dolu..
Sy angguk tanda setuju..Kelak kalu pakai baju dan kain silap kaler pon mesti tak jadi hal punye..Nobody cares!

Tapi bg sy buta fesyen lebih selamat dari menjadi mangsa fesyen..Antara jalan selamat, ikut petua memakai pakaian malar hijau...(evergreen).. heheh! betul tak? atau kalian memang sanggup pakai :

 

Tudung saji..memartabatkan produk kraftangan keluaran Malaysia terutama IKS

Tudung bantal..bole terus tido tanpa tanggal..

Tudung baru Yuna..Meminimumkan penggunaan brooch serta berpeluang utk anda pasang anting-anting versi jurai-jurai..


Sunday, July 10, 2011

Wanita Seksi ~

Sam Pinto selebriti dari Filipina atau nama asal beliau

Samuelle Lynne Acosta Pinto

dilahirkan pada tahun 1989  mendapat gelaran "Wanita Paling Seksi"


Berita penuh

Beliau mendapat kritikan dan ketidak puas hati an oleh segelintir masyarakat yang tidak seseksi beliau


Donna attach several pic beliau, so korang nilai la sendiri whether Sam Pinto nih seksi ke seksa...




 Wahh Sam Pinto suke 'yellow' !!

Oppss tuh bukan Sam Pinto..heheheee....


Thanks kawan-kawan..


Kawan saya 65% vegetarian..and the rest she still carnivore 

My main course..Makan sampai pening!

Ox tail soup ni terbalik..Tapi magiknyer dia tak tumpah pon..Yang kaler hijau plak celery..Sy fikir serai..(Sy gigit sampai habis)
 




She enjoice with the Chicken Picatta




Saturday, July 9, 2011

Siapa saya aka Donna



 Nampak tak entiti tuh?

Saya tak plan nak singgah..
Nasib baik mobile phone (cak ayam) sy ada kamera..
Kalu sy plan nak pegi i-City..Dah tentu kualiti pic lebih baik..dan lebih banyak pic yang sy snap tanpa sembunyi2..
Plan? Iyer setidak-tidaknya sy sempatlah pegi meminjam kamera kawan-kawan..
Serius saya belum mampu membeli walau sebijik kamera. Better sy kumpul duit beli s_ _ _ _ _a , Apa tu? biarlah rahsia. Kalu cik Qaseeehhhh, cik byk blog, cik diam amik pedulik,  
tau..malu saya..Ngehh3x

Bangau ehh silap Flamingo nih sy tak bawak balik rumah..Sebab nanti mak sy marah..

"Sape nak bayo bil letrik menimbun-nimbun nehh!!"


Julai ini


Bismillahirrahmannirrahim...


Lidah kaku..Jari beku
Mati kutu fikir bagaimana nak kias
Takut tersalah kata terlebih bicara
Lebih baik saya bermula dengan mohon ampun dan maaf kepada semua
Atas segala kekurangan dan kekhilafan sy..Serius jika tersilap dan salah itu perkara di bawah paras sedar sy..
Khas ditujukan kepada insan-insan yang realise saya wujud dan yg baca entry sy ni..
Especially my roomates..Aku akan tinggalkan stok baju tak basuh sbg peneman rindu (Jangan ko nangis malam2 sudah)

Saya pergi bukan bermaksud tak kembali..
Kelak bila datang semula jumpa kalian jangan buat-buat tak kenal saya
Saya pergi untuk memikul tanggungjawab baru
Menghadapi cabaran baru..Stress perkara2 baru..Pakwe baru dan sumenye baru2
Jumpa kawan-kawan baru, bunyi macam ramai..Ehh diorang nak kawan dgn sy ke? (Kalau sy dah pandai ckp cina jgn terperanjat!)
Lagi satu sy berhasrat nak mulakan hidup baru menjadi lebih positif (tidak banyak merungut), lebih rajin, lebih 'smart'..dan lebih berdedikasi

Tapi kawan-kawan yg lama jgn risau..
Sy tak ubah physical appearance (tapi kalu berubah jd cantik sy terima seadanya)
Sy tak tuka kereta baru
Sy tak tuka blog baru
Sy tak akan tuka no baru..So kalu nak wat makan-makan..Jgn lupa Helo sy!

Ehhemm...Tekak sy akhir-akhir ni asik nk makan western-western jer..
Big Plate? Subway?Big Plate? Subway? Big Plate? Subway?.....

Sekiann...



p/s:  Sy bukan berhijrah ke Hongkong/China yer....

Friday, July 8, 2011

PoTaTo SaLad


This the simple menu that i liked most..
Donna tak rajin nak sediakan rendang Tok..Gulai kawah.Nasi Arab etc..buat masa ni..Saya tak enjoy la so while cook..Betoi dak?


Bahan-bahan:

  1. Kentang 
  2. Broccoli
  3. Black Pepper
  4. Salt
  5. Oregano
  6. Cauliflower
  7. Capsicum
  8. Carrot
  9. Sausages
  10. Mayonaise
  11. Bla..Bla..Bla.(Option kalu korang nak taruk pape utk kasi meriah)


Method:

  1. Bersihkan kentang, sausages dan Carrot..kupas, dadu dan rebus sampai lembut
  2. Taruk garam sekilo ehh acah jer..agak2 la yer
  3. Potong molek-molek broccoli dan cauliflower then stimkan
  4. Mayang-mayang capsicum
  5. Toskan bahan rebusan
  6. Sejukkan
  7. Gaul semua bahan termasuk black pepper, oregano dan mayonaise
  8. Chill salad anda
  9. Makan slow-slow sampai abis

Haa dah tinggal sket salad nih..Tak sempat snap masa mula-mula siap





Thursday, July 7, 2011

Wednesday, July 6, 2011

Sifat-sifat terkutuk Yahudi

Daripada Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Jika ada sepuluh orang Yahudi beriman dengan ku, tidak akan tinggal di atas bumi seorang Yahudi pun melainkan ia memeluk Islam.”

al-Bukhari dan Ibnu ad-Dhirris

Huraian

Orang-orang Yahudi adalah terkenal dengan sifat sombong, angkuh dan keras hati. Mereka tidak akan ‘pernah’ redha dengan umat Islam sebagaimana firman Allah SWT yang maksudnya : “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka (yang telah terpesong itu).” (al-Baqarah: 120)

Ahli agama mereka selalu menyembunyikan kebenaran seperti yang disebut dalam al-Quran maksudnya: "Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami berikan al-Kitab mengetahui serta mengenalinya (Nabi Muhammad dan kebenarannya) sebagaimana mereka mengenali anak-anak mereka sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian daripada mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu, sedangkan mereka mengetahui (salahnya perbuatan tersebut)." (al Baqarah: 146)

Dengan perkataan lain, mereka menyembunyikan sifat-sifat nabi SAW yang ada dalam kitab mereka daripada pengetahuan manusia padahal mereka mengetahui akan hakikatnya. Begitu juga mereka telah menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. Di kalangan orang Yahudi ini ada yang pernah menyihir Nabi SAW bernama Lubaid bin al- A'som dari Bani Zuraiq." Seorang wanita Yahudi juga pernah mengkhianati Nabi SAW dengan menghidangkan daging kambing beracun. Hingga membunuh sekalipun bukanlah perkara asing dalam sejarah umat Yahudi. Sejak dahulu lagi bangsa Yahudi tidak pernah mengenal mangsa sama ada bayi, kanak-kanak, remaja, lelaki, wanita walhal Nabi dan Rasul. Mereka akan membunuh siapa sahaja tanpa perasaan belas kasihan dan simpati. Contohnya Nabi Zakaria dan Nabi Yahya telah dibunuh oleh mereka dan mereka juga menyangka bahawa mereka telah berjaya membunuh Nabi Isa. Tetapi sebenarnya tidak. Betapa sungguh zalim dan keji sifat Bani Israel ini. Allah SWT telah berfirman yang bermaksud: “Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israel telah dilaknat (di dalam kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka ‘menderhaka’ dan ‘selalu menceroboh.’ ” (al-Maidah :78)

Tuesday, July 5, 2011

Resepi Croquette

Menu breakfast saya hari tuh dan mungkin pagi ni ialah makanan Jepun..HuHu tanda stok sy banyak la tu..
Bersungguh betoi sy cuba masak croquette ni atau dipanggil korokke..
Walhal orang-orang kat jepun sendiri tak bersungguh nak cuba masak bergedel..
Baiklah saya mulakan pengenalan bagi bentuk asalnya adalah oblong
Tapi output sy tak oblong..Sy sebenarnya malas nak men'oblong'..saya ulang sekali lg .. sy malas
Jangan buang masa!
Lets start membancuh..

Ingredients:

4 biji Kentang
1 sudu besar Mayonis
1 labu Bawang
Garam
1 biji Telur
Sedikit tepung
Breadcrumbs untuk salut
Minyak untuk menggoreng

Method:

Rebus, lenyek kentang campur dengan garam, mayonis, tepung dan bawang
Uli-uli then celup dalam telur...
Golek-golek dengan breadcrumbs

Sy saje taruk daun sup..Kalu rajin korang taruk la tuna ke..cheese ke ayam ke pastuh jangan lupa kasi Donna rasa

sikit-sikit

lama-lama jadi bukit

  Dah siap digoreng...Sandwich telur tuh back up utk menu croquette sy (hampir jemu)





Lelaki..lelakikah???

Persoalan untuk hari ini ialah 'Mengapa lelaki lewat berumahtangga atau TIDAK berumahtangga langsung'


Jawapannya ialah

:
:
:

Alasannya ialah ;

Muka pecah retak seribu
Not symmetry
Berpenyakit
Miskin tegar
Pengotor dan buussuukkk!!
Punah sudah nafsunya nan satu
Tidak berpotensi untuk menghasilkan zuriat
Confuse dengan jantina sendiri
Daya pemikiran yang lemah
Tak sedar diri, cth lelaki berstatus pipit gigih memikat awek merak kayangan
 Gagal membahagikan masa dengan baik
Ada saka He. He. He.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...