Thursday, June 23, 2011

all about SCAM

Kehidupan yang Sukar..

Sukarnya menjadi orang baik..
Kerana sentiasa dianiaya
Sukarnye menjadi penyabar...
Seringkali diduga denga ujian bertimpa-timpa
Sukarnya bercakap benar dan berlaku jujur
Kerana sentiasa ditipu
Sukarnye menjadi ikhlas
Kerana usaha tak pernah dihargai
Sukarnya beramal kebajikan..
Sentiasa disalah erti dan difitnah
Sukarnya bila bekerja keras
Namun hasil pulangan tidak setimpal 
Sukarnya  menjadi insan pemelihara..
Kerana diri sendiri sering terabai
Sukarnya menjadi penurut kata
Sedangkan kehendak hati bagai terpenjara.
Menjalani kehidupan normal memang sukar..
Teruskanlah hidup..bertahanlah selagi mampu
Meskipun kehidupan ini sukar jangan berhenti untuk terus berdoa...








Wednesday, June 22, 2011

Resepi: Asam Pedas Ikan Pari


Buntang ke mata tgk lauk tuh???
Last week sy balik kg....Balik tak dirancang lebih sesuai dipanggil 'emergency'
Emergency laa sangaatt.........
Macam2 orang kirim, sebelum kirim buat ayat-ayat kias dulu..
Ehh kat sane mane restoran asam pedas paling best ekk?? 
Kami dah ade cook yg hebat..So tak payah cari diluar..
Blaa...blaa...Blaa...
Punyala banyak soal jawab..Cakap jela ko nk makan lauk asam pedas pure punye kan senang!!!
Oleh kerana tak nak hampakan orang yg teringin..so saya snap la barang sekeping dua...
Sitll tak dapat rasa?
Kalu makan nnti habis gitu jer...
Tapi kalu pic, korang boleh simpan sampai bila-bila..Nak wat wallpaper pon boley!

Jangan risau..saya akan sertakan resepi asli Asam pedas nih.. 

Bahan-bahan:
Ikan pari yang fresh dari laut (Beli saiz besar tau dan pastikan isinya bukan keras mcm plastik)
Cili
Bawang
Halba
Lada hitam
Saya lupa
Lupa lagi
Malas nak ingat dahh!
Owwhh sakit kepala...
Haa dah ingat!
Anda perlukan mak saya untuk masak!
Jeng..jeng..jeng.....

Dah siap!




Tuesday, June 21, 2011

Lambakan Lelaki ~Marriage Squeeze

Teori perkilangan ~ Bilangan produk yang melambak..Kena kasi lelong maa...


Lelong! Lelong! Lelong! Lelaki... 

Sape cepat dapat yang berkualiti..Produk asli dari Pahang

Tiada jaminan bebas dari sebarang penyakit.. 

The good sold are not returnable...

Sebarang pengujian 'lelaki' (untuk kenalpasti ketulenan) tidak dibenarkan

Cepat bid sebelum mereka tua, Tukar orientation dan menjadi unhappy




p/s: Donna cadangkan Perlu diadakan booth khas pembelian, pemilihan, pendaftaran etc utk individu yang nak nikah di tapak-tapak ekspo perkahwinan


 

Friday, June 17, 2011

Book

I finally got the book that will help you understand women better ...
 
Want a Copy?





Perkara Kimia

Saya tak suke subjek Kimia
Kali terakhir saya godek makmal 10 tahun lepas..
Saya buka bodoh kimia...Kalu saya bodoh, takkan lah result SPM saya terkehel from A- to B
Betul tak?
Tapi saya cuma malas nak pki lab kot..Nerdy! Bekerja di dalam ruang lingkup terhad..
Amalan tatakerja yang berhemah..dan perlu terlalu berhati-hati seperti hal-hal mudah iaitu memegang thermometer yang panjang secara kejap dan lurus sambil membaca nilai suhu secara meniskus dan jangan lupa mengambil kira julat, nilai suhu atas dan bawah lalu mencatat dan akhir sekali tukarkan pada nilai kelvin..Fuuhhh letih bukan?


Perkara-perkara kimia saya sudah lupuskan dari ruang memori..Bikin semak..
Kasi simpan perkara penting2 jer utk kegunaan harian..Contoh: asid, alkali, H2O, O2, Natrium Klorida, Monosodium Glutamate..Cukup!


Bulan June 2011 saya mengadap lagi benda-benda kimia...
Bukan suka-suka, tapi terpaksa..Haram saya tak sebut sume term tuh...Sekadar angguk buat paham..
Lidah tergeliat nak sebut dengan fluent..tak percaya? Cube kamu sebut transesterifications Nah! bunyik Jawa...


Kedua-dua mata saye siyes berair baca method satu persatu..Mungkin makan 2-3 hari nak kasi paham step campur-aduk penghasilan biodiesel..




Saya meneruskan bacaan
:
:
saya meneruskan bacaan
:
 : 
Saya ulang saya masih meneruskan
:
:
:
:
:
:
ZZZZZZZZZZzzzzzzzzz.......




Tdo dgn laptop

Wednesday, June 15, 2011

Buka Kerang


Kalau macam ini punye senang, later Donna nak hantar kat majalah
'Petua putihkan bontot kuali' iaitu merendam kuali ke dalam klorox  (agen pemutih)
setahun? dua tahun? atau mana-mana janji bontot kuali jadi putih.

Kalu hantar petua halau nyamuk pun cun juga...
Promote teknik semburan atau teknik asap...
Kacang! 

Dulu Lain Sekarang Lain

Lirik lagu Dulu Lain Sekarang Lain ~ Tan Sri Dato’ S M Salim
 
Dulu Lain… Sekarang Dah Lain…
Dulu Bujang… Sekarang… Dah Kahwin…
Ha, dah pun kahwin.
Kaf ha wau ya nun:
Kongsi hidup, waktu yang nikmat.
Sehari aja! Lepas tu beban ini.
Dulu cari-cari, dah dapat.
Jagalah baik-baik.
Dulu Lain Sekarang Lain
Dahulu bujang, sekarang dah kahwin
Dulu Lain Sekarang Lain
Dahulu seorang, sekarang berdua
Dulu Lain, Sekarang Dah Lain…
Wahai teruna, wahai si dara
Sekarang sudah berumahtangga
Wahai teruna, wahai si dara
Sekarang sudah berumahtangga
Binalah hidup dengan sempurna
Rumahtangga aman bah’gia
Binalah hidup dengan sempurna
Rumahtangga aman bah’gia
Penuh dengan berbudi bahasa
Ha, dulu seringgit, makan seorang
Sekarang seringgit, makan dua orang
Kalau benih baik, seringgit makan lima orang
Tapi takpa!
Rezeki anak ada!
Dulu Lain Sekarang Lain
Dahulu bujang, sekarang dah kahwin
Dulu Lain Sekarang Lain
Dahulu seorang, sekarang berdua
Dulu Lain, Sekarang Dah Lain…
Bilalah sudah berumahtangga
Habislah juga zaman muda
Bilalah sudah berumahtangga
Habislah juga zaman muda
Jangan dibuat yang isteri tak suka
Jangan meminta yang suami tak rela
Jangan dibuat yang isteri tak suka
Jangan meminta yang suami tak rela
Tentu selamat rumahtangga
Ha, ingat!
Dulu balik lambat, sekarang kenalah balik cepat
Dulu tengok orang dua mata
Sekarang tutup sebelah mata
Aman rumahtangga
Dulu Lain Sekarang Lain
Dahulu bujang, sekarang dah kahwin
Dulu Lain Sekarang Lain
Dahulu seorang, sekarang berdua
Dulu Lain, Sekarang Dah Lain….



Tuesday, June 14, 2011

Orang suka memBaca vs Tak suka/malas memBaca





 
You are what you read
Tin kosong
CooL!
Otak lambat matang
Bombastic words
Vocabulary terhad
Easy mingle around any level people
Limited knowledge
24 jam/hari tak cukup sebenarnya
Cepat Bosan
Otak cepat absorb
Slow Learner
Focus
Mata berair tengok tulisan kenit-kenit
Pakai cermin mata ade 'power'
Pakai cermin mata hitam
Selalu masuk Popular/MPH
Selalu masuk panggung wayang
Memandang sambil berfikir
Memandang sambil komplen bla..bla..

 
 
                                                         Membaca Amalan Mulia
                                            Kamu bukan buta huruf kan..kan..kann??? 
 
 

Entry ngantuk berkaitan ilmu


Sebelum ni segala intipati berlegar-legar dalam perut saya…Inspired dengan clip yang saya tgk beberapa hari lepas berkenaan dengan tokoh ilmuan tuan sheikh Dr. Afifi Al-Akiti…..Today saya just nak bercerita sket all mende remeh yang orang slalu tak pandang…
Jika kamu seorang guru/pensyarah maka:

SAMPAIKANLAH  SEGALA ILMU YANG BENAR..
Nah! sekarang kamu study la sendiri. Baru ko tahu betapa susahnye aku dulu..(unsur-unsur balas dendam atau penganiayaan ade disitu). Perkara ni ada terjadi dikalangan pensyarah yang belajar di luar Negara.. 
Ada kes yang teruk yang lain, terdapat pensyarah tertentu mengambil hasil kerja+usaha orang lain lalu digantikan dengan nama beliau..Adilkah?
Mengerah (RA) buat semua kerja..at the end dia akan amik sume hasil untuk convert jadi hasil kerja PHD dia..
Petanda ikhlasnya anda berkata ‘meh saya ajar atau mari kita kaji sama-sama....Bila awak dah pandai giliran awak pula ye amal dan sebarkan’..(Sesungguhnya anda telah memanfaatkan usia dan kesihatan anda dalam beribadah)
Nasihat saya, even anda mengajar ilmu duniawi..Selit2 la sket peringatan yang manusia selalu lupa..Contohnya  ‘jangan lupe baca doa bila masuk tandas.,’ hihihih….

JANGANLAH KAMU RIAK…
Hey ko cume ade SPM jerr? Saya ade master/ phd tau…
Anda menjadi kan tahap kelulusan anda untuk mendapat penghargaan, pengiktirafan, blaa..blaa..blaa…dan kenaikan gaji..
Ade pula sesetengah kes pihak-pihak tertentu mengambil sarjana atau kedoktoran yang tidak berkait dengan skop kerja..Kesudahannya ilmu tidak dimanfaatkan kerana niat sebenar individu terbabit hanya untuk mendapat kenaikan gaji…Wajarkah??

JANGAN GEMAR MENGHUKUM
Pelajar pandai..Owhh student nih bagus dia rajin…meh saya up kan lg markah dia
Pelajar kurang cemerlang..Huhh dasar pemalas..Saya takde mood nak tanda paper dia..Lantaklahh..Kalau dia fail..sy memang dh jangka!
Mengapa pelajar lemah/ketinggalan tidak dibimbing?..Entah2 mereka ade masalah atau tersepit dengan keadaan yang sukar hingga menyebabkan mereka tidak boleh perform..Adakala insan yang tidak anda didik sepenuhnya bakal  membantu anda dihari mendatang kelak malah lebih menghormati anda kerana mencurahkan ilmu tak seberapa tu..
Pada pendapat saya manusia boleh Berjaya pertama disebabkan sokongan dari orang tersayang. Sebagai contoh mak cekgu, ayah menteri, nenek peguam, atok arkitek.kakak manager, abang engineer.Mereka sume menyayangi, membimbing dan menjaga anda bagai nak rak!..No wonder laa anda pon Berjaya…
Pendapat saya yang kedua..Insan yang mampu mengawal tekanan dengan baik..Sebagai contoh disebabkan kecacatan, siPolan tidak mahu menjadikan ianya satu penghalang utk beliau Berjaya..Haa Nampak tuh!
Tak Nampak? Ok contoh kedua..Atan akan berusaha untuk Berjaya demi menebus maruahnya yg tercalarr…
Masih tak Nampak lg?..Deyy budak kecik pon tau laa ending of any moral story books
Apa yang saya nk maksudkan disini pelajar lemah mengalami kekurangan upaya untuk mengawal tekanan..Biasalah perjalanan hidup setiap insan berbeda..
Maka ikhlaskan hati anda untuk membantu mereka..Setidak-tidaknya berdoa lah untuk mereka..

Ok dah banyak sgt sy type nih..Tak larat den..Korang pon tak larat nak baca kan?..kan??...
Kata-kata penutup yg saya petik dari Tuan Sheikh…Darjat seorang guru itu sama dengan ibu-bapa..Jika saya guru anda anda..Saya menganggap anda juga seperti anak-anak saya..Anda pula haruslah menganggap pelajar sekeliling anda sebagai saudara-saudara anda..

Wassalam….Daaaa!

Monday, June 13, 2011

Dari kerana nyamuk.

Saya ada seorang kawan...
Kawan saya digigit nyamuk...
Ini bukan main-main, ini betul-betul...
Kerana nyamuk dia terlantar ke hospital...
Hebat bukan nyamuk...walaupon dia kenit..dia berjaya pindahkan
kawan saya yang jauuhhh lebih besar ke rumah sakit..


Manis sungguh ibu jari dia..


Saya tahu kawan saya celaru bila duduk dihospital..
Masakan tidak..Dia punya banyak masa do observation anaylisis pesakit-pesakit lain..
Dia juga punya masa urut dada, tepuk belakang nenek sebelah katil...
Manelah tau kot-kot masa dah sampai..
Tepuk punye tepuk sampai kuar toge..tau toge? Iyer nenek tu cuma tercekik taugeh!

Ok..Ok balik pada isu nyamuk...
Selang beberapa tahun kemudian..Seorang lagi kawan saya dikejarkan ke hospital..
Gara-gara nyamuk juga..(Maaflah saya tak sempat ziarah..)
Akibat di masukkan wad dia juga dikesan punya penyakit sampingan lain...
Kencing manis dan darah tinggi..Alahai...
Masa untuk tinggal di wad hospital dipanjangkan lagi...



p/s: Terpaksa stop sebab bos datang..Chiiooww
Publish Post




Tuesday, June 7, 2011

Tafsir Mimpi: Bulan


Melihat bulan dalam bentuk normal = Akan berhasil dalam percintaan dan kewangan.
Melihat bulan dalam bentuk aneh = Akan kecewa dan dikhianati pasangan.
Meihat bulan yang tidak bersinar = Akan mengalami hidup yang suram.
Melihat gerhana bulan = Akan bertemu teman yang sakit.
Melihat bulan purnama = Akan beruntung dalam segala usaha selagi anda jujur dalam menjalankan pekerjaan.
Mimpi melihat ditimpa bulan = Alamat akan menjadi orang besar (berpangkat dll)
Mimpi melihat bulan jatuh ke bumi = Akan mendapat keuntungan atau rezeki tak terduga
Mimpi melihat bulan jatuh  (entah jatuh bagaimana) = Berkabung
Bulan tertutup mendung = Akan mengalami kesusahan atau gagal.
Jika anda bermimpikan rembulan jatuh = Petanda anda akan berkabung atau bersusah
hati.
Jika anda bermimpi makan bulan =  bermakna akan terima rezeki yang besar.
Mimpi perut kemasukan bulan = maka pertanda akan mendapat anak dan mendapat
kedudukan yang besar.
Mimpi melihat bulan penuh = pertanda akan dikasihi oleh pemimpin.
Mimpi melihat bulan sabit = Orang yang terdekat akan mengalami kesusahan atau kesulitan.
Mimpi melihat bulan kembar (bulan ada dua) = Petanda akan ada peperangan dikalangan pemimpin/kuasa besar
Mimpi menelan bulan = Petanda akan mendapatkan darjat atau kedudukan yang tinggi.



Monday, June 6, 2011

Pengertian haram




Bila ada unsur dna babi dalam produk makanan...Semua terjerit..Oh No! HARRAAMMM!!!!

Makan babi haram...
Togak alkohol haram...
Sambut Valentine Day pon Haram...
Berjudi?
Berzina?
Haram sana sini tapi makin ramai yang buat...
Seramai orang yang menyokong hukum




 Remaja berbaju kurung




Bapa siapa yer?





Below is thetricks that Thai girls use to protect themselves ...


This is one simple trick that the girls working in massage parlours and spas in Thailand are using to protect themselves from being "milked" by those lewd Muslim men who frequented their establishments!

วิธีป้องกันตัวเองหญิงสมาร์ทกับชาวมุสลิม!



 
It makes no difference to bad Muslims. Like what Raja Petra wrote before, they don't mind kissing pork-eating women and taking bribes. Do you think a little sketch of Ms Piggy would deter them? They would even pay for such privilege!

 

Friday, June 3, 2011

Hati Pecah

A picture is worth a thousand words

 

 

Thursday, June 2, 2011

Soalan Perlu Dijawab (Bacaan Wanita Sahaja)

 GeGurLs...Ini serba sedikit panduan rahsia yang dibocorkan oleh Bro Razzi aka abang LoVe....

 30 soalan untuk lelaki

FIRST!!!!
of all, lelaki tidak dibenarkan membaca artikel ini! Warning!! Womens’ ONLY!! Hehehe… Girls, wanita dan gadis-gadis sekalian. You all selalu sangat bertanya I,
  • Macamana nak berjaya dalam cinta?
  • Bagaimana nak buat lelaki serius dan setia pada kita?
  • Bagaimana nak pikat lelaki yang mahu berkahwin dengan kita?…
So this is the first few steps yang you all MUST DO. Kalau you follow, I’m sure you …you akan berjaya. Sebab, most likely tak ramai lelaki akan suka dengan cara ni…kerana mereka hanya nak have fun saja. Jadi, PASTI lelaki yang betul-betul serius, real dan BUKAN nak main-main saja yang akan berani to answer you.
I’m here to help…to give you girls a guideline. Bro Razzi kat sini bukan untuk membiarkan you all lemah dan longlai dipermainkan lelaki AGAIN, this is not the time nak lemah, nak lembut-lembut, nak buang masa terkecewa, takut itu dan ini sedar-sedar umur pun dah senja…FIGHT IT!
1 SEBAB UTAMA wanita selalu dikecewakan lelaki adalah kerana mereka takut dan risau lelaki tidak suka dengan mereka lantaran itu, ikut je apa yang lelaki itu minta. Biar je lelaki itu control seluruh hidupnya.
Itulah silapnya, but it’s okay nothing is too late. Now, if you already have a boyfriend, atau baru berkenalan dengan lelaki, atau ingin tahu apa lelaki fikirkan, or maybe you wondering about your ex boyfriend dulu tu bagus or not,…you boleh lah try all these questions. Cuba ketahui jawapan mereka kepada 30 soalan penting ini yang Wanita PATUT tanya pada Lelaki!
Ready? Soalan-soalannya :-
  • 1 - Bilakah you merancang untuk berkahwin? – Yes, ini adalah soalan utama, kena tanya awal-awal untuk lihat pendiriannya yang sebenar. Ini kena tahu dulu… baru boleh berkawan dengan lebih rapat.
  • 2 - Bilakah you bercadang untuk mempunyai anak? – Yes ini juga amat penting ditanya awal-awal, untuk mengetahui berapa lama untuk dia serius dengan masa depannya.
  • 3 - Sekiranya you bercinta, berapa tahun you nak bercinta sehingga ke waktu untuk mendirikan rumahtangga? – Oops, trick questions hehe…another way untuk tahu.
  • 4 - Pernahkah menjadi Imam untuk solat berjemaah? – Haaa…suspen mamat tu nanti hahaha, suruh dia baca doa sekali! :)
  • 5 - Sejauh manakah pegangan dan pengetahuan agama anda? – Tak perlu nak cakap la kan, this is one of the most important questions! Tanyakan hukum-hakam jugak.
  • 6 - Sekiranya you sudah berkahwin, adakah you akan mengahwini seorang lagi wanita demi untuk menjaga maruah wanita itu? – Oops… another trick questions! Hahaha…jawab-jawab :D
  • 7 - Wanita yang bagaimana yang you cari? – Senang tahu awal… you all boleh nak berubah to be like it, or can tarik diri…no one gets hurt.
  • 8 - Wanita yang bagaimana pula parents you looking for? – Penting sangat-sangat, takut bila dah bercinta lama, sekali terhalang, leceh.
  • 9 - You suka spending time dengan anak-anak saudara you? – A way to know if he is a loving person.
  • 10 - You suka bela kucing? Or any other pets? Another loving test…
  • 11 - Adakah you suka dengan pekerjaan yang you lakukan sekarang? – Better way to ask about his job and his feeling towards it.
  • 12 - Dalam 3 tahun lagi, dimana you melihat karier you berada? – Kewangan also must check!
  • 13 - Sekiranya lepas 3 tahun, karier you tidak berubah, masih ditakuk lama dan tiada kemajuan, apa back-up plan you untuk berjaya dalam hidup ? – Haaa…menangis dia, ingat main-main ke nak kenal awek, pastu tak ready for future? :P
  • 14 - I’m sure you pernah bercinta dulu, …bila break? Haaa…tengok cara jawapannya. Kalau terus menjawab, means dia jujur lah tu. Kalau teragak-agak je, telan air liru dulu ke, atau “Errr…err” dulu ke… baru break dah gatal nak mengorat lah tu :D
  • 15 - Mengapa putus cinta, apa sebabnya? – Percaya pada naluri anda kat sini okay… feel it in your heart.
  • 16 - Berapa ramai ex–girlfriends you ada dalam sepanjang hidup you? -  Perhatikan dahinya, berkerut tandanya dia mahu menyembunyikan, kalau mulai memegang dan mengusap muka, tubuh, tanda dia tidak selesa… Ramai lah tu hehe…move on to the next questions!
  • 17 - Apa hobi you? – Hehe…barulah ringan sikit soalan tu kan, tapi still important untuk kita tahu untuk mudah jika punya hobi yang sama.
  • 18 - Apa yang you suka lakukan masa cuti or time free? – Lighter questions untuk relax kan dia balik… let him talk, and you listen carefully.
  • 19 - Apa favourite movie you? – Best juga jika dapat tahu mempunyai citarasa yang sama.
  • 20 - Apa favourite music you? – Another light questions…
  • 21 - Siapa yang paling you benci dalam hidup you? – berat balik hahaha… penting soalan ni. Kat sini you boleh tengok dia benci tahap mana…
  • 22 - Pernah tak you marahkan orang yang you tak kenal? – very tricky! Lelaki ni kalau dia ego, dia akan bangga menceritakan yang dia pernah marah…Kalau tak pernah, Alhamdulillah.
  • 23 - Apakah perkara yang paling romantis yang you pernah buat?
  • 24 - Adakah you pernah imagine dan idamkan saat-saat romantis bersama girlfriend you yang akan datang?
  • 25 - Apa yang you paling suka dalam hidup you? – Sounded simple but disini you akan dapat menggambarkan dirinya.
  • 26 - Adakah you seorang yang sosial? Important questions.
  • 27 - If you sudah ada girlfriend, adakah you masih akan berkawan dengan kawan-kawan wanita you yang lain? – The best answer is, “I akan tetap berkawan tetapi I suka jika you pun sama-sama jadi kawan dengan mereka” – Itu satu jawapan yang sangat jujur.
  • 28 - Adakah you akan tinggalkan your wife,  jika dapat kerja outstations?
  • 29 - Berapa lama you boleh berjauhan dari your wife?
  • 30 - Apakah tujuan sebenar perkenalan kita ni? – hehe…final soalan, haa… macamana nak jawab tu agak-agak? The best answer is, “Kita berkawan dan berkenalan dulu… jika kita saling suka, slowly kita go to the next stage, we take our time to enjoy the moment!” – So, dia bukan jenis gelojoh la kan 
So, there you go! 30 soalan yang pasti akan menghangatkan punggung si lelaki! Hahahaha…so, tak sabar kan nak tahu jawapan dari kenalan lelaki you all. Can still add more soalan, if you like…
Pesanan Bro Razzi kat sini, kalau lelaki itu mahu menganggap kita cetek pemikiran, tak open minded atau belum apa-apa dah tanya macam-macam, BIAR LAH!  Nak kata macam polis pencen pun, BIAR LAH! Kerana ini adalah hidup anda, bukan hidup lelaki tu. Yang kecewa besok bukan dia, YOU!
Jadi, konklusinya di sini :-
  • Kalau dia serius dan jujur BUKAN mahu main-main, dia akan jawab kesemua soalan you dengan sebaik-baiknya, dan InsyaAllah you all akan temui lelaki yang baik untuk dijadikan suami.
  • Jika sebaliknya…Hanya lelaki yang nak main-main saja lah yang takut untuk menjawabnya! Dan akan berdalih dan memberi berbagai-bagai alasan nanti. Dari sini, anda sudah boleh mengelak dari terkecewa lagi!
Pada mana-mana wanita yang telah lakukan ujian nih...Bole lah share experienced...(Hidup tiada seri tanpa kokok tambah)...

Wednesday, June 1, 2011

Boulevard



I don't know why, You say goodbye

Just let me know you didn't go forever my love

Please tell me why, You make me cry

I beg you please all my money if that what you want me too


~

Never knew that it would go so far

When you love me you let boulevard

Come again you would release my pain

And we could be lover again

Just one more chance, Another dance

And let me feel if isn't real that I've been loosing you

This sound will arrive, Within your eyes

Come back to me and we will be happy together

~

Maybe today, I'll make you stay

A little while just for a smile and love together

For I will show, A place I know

In Tokyo where we could be happy forever

~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...