Tuesday, September 28, 2010

Genggaman tangan aku dan kamu

Orang kata..yer orang yang kata dan aku tatau sapa...Jika digenggam kedua-dua belah tangan, perhatikan kedudukan ibu jari anda..Jika ibu jari kiri berada di atas, maka jodoh anda kononnye ditentukan oleh keluarga...Jika sebaliknya, maka jodoh anda atas pilihan anda sendiri..

Aku pada mulanya di paksa oleh akak untuk melihat samada ibu jari kiri atau kanan yang berada di atas...

Akak : Hahaha kesiannya...
'LOSER'kah aku??


Saturday, September 25, 2010

Mimpi bayi

Sejak dua menjak habis bulan ramadhan nih....aku asik mimpi dukung baby....
Anak sape ntah...
Persoalannya, siapakah aku dalam mimpi..?
Babysitter? mak angkat? Bibik? Good Samaritan (kes tolong selamat baby yang kene buang)?
Owhh tiddaaakkk................


Sunday, September 5, 2010

Iftar Sepanjang Ramadhan..

Majlis ulama Uzbekistan telah mewar-warkan pengharaman berbuka puasa di restoren mewah..Kerana ditafsirkan mereka yang mengunjungi seolah-olah ingin menayang tahap kemewahan mereka (kerek)

Kami sudah haramkan majlis buka puasa di restoran selain majlis perkahwinan di dewan besar tahun ini pada permulaan Ramadan dan setakat ini menerima reaksi positif, kata Abdulaziz Mansur, timbalan pengerusi badan berkenaan.



Pada masa sama, Abdulaziz menafikan tuduhan bahawa kerajaan Uzbekistan mahu menyekat perhimpunan keagamaan ketika Ramadan.


lihat sini article

Post ini juga khas ditujukan buat rakan-rakan dan juga housemate..kehkehkeh
Renung-renungkan dan fikirkan iftar anda di restoren mewah?hotel? yang telah anda kunjungi sepanjang Ramadhan..

Walhal antara hikmah disebalik puasa ialah:

Dengan menahan diri dari berbagai kesenangan duniawi, orang yang berkecukupan akan semakin tahu bahwa dirinya telah diberikan nikmat begitu banyak dibanding orang-orang fakir, miskin dan yatim piatu yang sering merasakan rasa lapar. Dalam rangka mensyukuri nikmat ini, orang-orang kaya pun gemar berbagi dengan mereka yang tidak mampu.

pic download dari Cerpen Edisi Ramadhan


Saturday, September 4, 2010

Kek dan Eksperimen

Semalam aku try buat kek lapis..rupa ade..cun.Selang seli 3 kaler.Pink, kuning dan cokelet.Tapi rase kek agak kureng...Root cause nye ialah lebih tepung dan kurang gula..(aku tak taruk gula langsung sebenarnyer..Bajet nnti manis giler ).

Kaizen

1. Modify jadi choc ball cakes

Point of Lesson

1. Lenkali attend kelas la..Jangan perasan terer!
2. Sukat tepung dan bahan lain betul-betul..Jangan ikut hati dan naluri...
3.Adakala skill penaakulan mantik tidak selalunya releven.

p/s: Dolu aku slalu sukses run science experimen kt lab ..very kacang laa pakai hujung jari pon bley...(Tapi kenapa wat kek tak boleh??)

Thursday, September 2, 2010

Bibik

Sejak dua menjak gerakan anti Malaysia semakin agresif. Insiden terbaru dalam gerakan anti-Malaysia apabila kediaman seorang jurutera Malaysia di Kalimantan dilontar batu minggu lepas.

Bibik-bibik mula tak senang hati..Makan tak lalu, tidur tak lena..konklusinya..jiwa mbah, tante di Malaysia makin kaco...

Lagi bagus jika PM juga secara agresif war-warkan hantar pulang semua 2juta warga Indonesia..(Yeahh kasi sapu semua!!)

Kes Bibik Puchong:

Sedih sebab bila dihantar pulang..Sebenarnya khidmat dia dah tak diperlukan lagi..Sanggup hari-hari telefon  dari seberang telefon majikan..Nak merayu la tuh..

Kes Bibik Kajang:

Rajin gila wat keje..Macam lipas kudung yang tak pernah menang tangan..Huhhuu..Manis giler mulut memuji.itu ini begitu begini..Mak aku pon mula mengade-ngade nak mintak urut la, picit la..Pasni aku nk minta dia type thesis plak..Boleh ke???
kehkehkeh...Lagi satu kes, kek buah aku yang bantat pon dia kate sedap bangett Aiyoo!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...