Friday, August 26, 2011

Lagu Raya Hujan ft Raihan



















Thursday, August 25, 2011

BahuLu


Baulu, bahulu,bolu..or etc....Yang penting jangan banyak..Kencing manis woo!!
Lagipon mak aku lanyak telur sampai 15 bijik untuk dapatkan seloyang kuih bahulu...Gile ke hapa..
Sampai jadi keras kejung kuih tuh..
Tak kuaser nak layan..Biorkan aje..Kang tego muncung ler plak..
Nasib baik aku ekjas adunan kasi bahulu jd gebu...


p/s: Kena tangan aku jugak masuk campur hal remeh-temeh ni...Huuu ~



Tuesday, August 16, 2011

Que Raye

Petang td Donna drive dan terus drive...Lalu berhenti bila ternmpak PaRam..
Tatau ape name kawasan tuh..
Donna beli lebih dari patut...
Kemudian tebalkan muka tanye orang2 disitu jalan balik ke rumah...
Tobat tak pegi lg..segan derr....
Ok lah stop insiden petang td...

Tattadaa..tadaaa!! (alunan bunyi-bunyian semangat)
Nih la kuih raye saya...
Tentang rasa dan bahan intipati...
Malas sy nk share...Bukan kedekut..tapi mood lari~
Biaselaa mood sy suka berlari-lari anak ..



Ehhh macam nk hidang utk raye la plakk!


Swirly cookies, Oreo Ballz dan Kashang Kasheuws ..huhuhu


p/s: Dalam byk2 kuih tuh..my sis in-law beriya-iya order just my tart shell 2 latuss... :(








Monday, August 15, 2011

Kuih raya minggu 2

Kuih nih Donna adun ikut suke-suki...
Name glamer kuih neh is 'Swirly Cookies'
Puas sudah kuulang-ulang...
Tapi my mum until now takleh sebut dgn betol...Tergeliat lidah beliau...
Sudahlaa mak sebut je name melayu..."Pusaran Puaka" abis citer...
My mum said 'patutlahh..rase biskut pon memang berpuaka"

Cess....%$#&*??!!!!

p/s: Donna terlebih taruk paste mocha..no wonder laa terase pahit skett..Hey sket jer laa!





filling inside is chocolate paste with cashew nuts...







Baju Raya


Tinggal beberapa hari lagi nak raya....
Seriously Donna jarang sgt kesah bab-bab baju raya...
Rase macam nk recycle je baju raye dolu-dolu...
Mak dah tak nak amik port..
She said that Donna dah terlalu dewasa..so kena la beli sendiri...
Dari tecik..until..err i couldn't  remember when she's stop buying mine..
Donna pakai jer walaupon corak ntahapehape..

Bulan ramadhan nih terpaksa selit schedule seminggu sekali berusaha mencari baju raya.(macam bz jer bunyiknyer)
Bermula dari Klebang..ke Tapak 1Malaysia (annoying) pencarian berikut ke Taman Cempaka or Duyong..dan seterusnya laa..actually Donna follow jer orang sebab masih failed tang jalan disekitar melaka..

ok fullstop jap..abt tapak 1Malaysia..Sang Emcee poyo giler bercerita betapa bangganya perpaduan yang wujud di tapak jualan di luar Tesco tu..Para peniaga kononnye terdiri dikalangan Melayu, Cina dan India..Tapi hakikatnya peniaga disekitar tapak cuma Melayu, Pakistan, Bangladesh..malah Sang Emcee sendiri is Indonesian.....ahhhh semputt!....



Bazaar menjual pelbagai hiasan rumah

Byk pilihan baju raya aidilfitri dan krismas

Harga baju raya start from RM40 to RM90..murah sehh!!

Lorong laluan yang luas..takyah gesel2 plus jalan secara mengiring...

















Friday, August 12, 2011

JAWATAN KOSONG


Meh pakat apply jobs nih ramai-ramai...
syarat utama applicant mestilah memeluk Islam.. 
Muslim/Muslimah juga wajib menutup aurat...

Wednesday, August 10, 2011

Kuih raya minggu 1

Minggu pertama ramadhan Donna dh siapkan 1 jenis kuih..
Mak tanya 'napa awal sangat?'
Sajer.je.seminggu 1 jenis....Takdelah kalut sgt nnti...

So utk minggu pertama Donna wat kuih biskut cina..Tapi sebelum nih asyik tersasul dok sebut bukit cina...



herot berot....


Dugaan buat kuih di bulan pose...penat menjerit sbb anak2 sedara sume menyerabutkan keadaan nk tolong..Habis lunyai kuih...Pantang lepa konfem cherry ilang..dikorek oleh nephews....



Verdict ~ biskut nih terlalu gebu, rapuh dan lemak manis...I miss to capture the moment nephew ayish jilat cup biskut...so cute!







Tuesday, August 9, 2011

Juadah Iftar...

Hari ni Donna masak...kt Seoul Garden..
Masak....Nngapp..
Rebuss ...Ngapp..
Panggang..pon..Ngapp...
Peluang masak dan makan sampai mata pon jadi kuyu..~ Huu...












Monday, August 8, 2011

Share Story ~ Lelaki kejam

Ceritanya ada seorang pemuda yang dibicarakan di mahkamah dengan tuduhan memukul warga emas di dalam keretapi
 Hakim berkata kepada pemuda tersebut,
 “Sekarang cuba anda ceritakan apa saja yang sebenarnya terjadi secara lengkap dan detail. Anda sangat kejam , berani memukul seorang nenek!”

 Pemuda itu pun bercerita. “Begini Tuan Hakim, tiga hari yang lalu saya naik keretapi dari JB ke KL dari Stesyen Johor Bahru. Saya duduk berhadapan dengan seorang nenek tua. Keretapi kemudiannya bertolak dan beberapa minit kemudian sampai di stesyen Kulai. Di stesyen Kulai ini keretapi berhenti untuk pemeriksaan tiket.. konduktor pun datang ke gerabak tempat saya berada, dan tak lama kemudian menanyakan tiket saya. Saya terus tunjukkan pada dia.”
 Kemudian giliran dia meminta tiket nenek di hadapan saya. Dia mengeluarkan handbag dari begnya, dari dalam handbag itu dia mengeluarkan dompet besar, dan dari dompet besar itu dia mengeluarkan dompet kecil. Dari dompet kecil itu dia mengeluarkan bungkusan, terus dia buka bungkusan itu dan masih ada bungkusan yang lebih kecil .Bungkusan kecil itu dia buka, dan di dalamnya ada kotak mancis.
 Rupanya dia menyimpan tiketnya di kotak mancis itu.” ”Setelah diperiksa konduktor, dia menaruh tiketnya lagi ke kotak mancis itu, lalu kotak mancis dibungkus lagi pakai bungkus kecil itu, lalu bungkus besar, lalu diletakkan dalam dompet kecil, lalu dalam dompet besar, lalu dompet besar itu dimasukkan kembali ke dalam handbag, lalu handbag-nya dimasukkan lagi ke begnya…”
 Kita pun meneruskan perjalanan. Perhentian berikutnya di stesyen Kluang. Di sana juga sama, ada pemeriksaan tiket oleh konduktor. Saya dengan cepat diperiksa tiketnya, sementara nenek itu mengeluarkan handbag dari begnya, kemudian dari dalam handbag itu dia mengeluarkan dompet besar, dan dari dompet besar itu dia mengeluarkan dompet kecil. Lalu berturut-turut keluar bungkusan besar, lalu bungkusan kecil yang di dalamnya masih ada kotak mancis. Tiket dia keluarkan dari kotak mancis, diperiksa konduktor, lalu masuk lagi kotak mancis, bungkusan kecil, bungkusan besar, lalu dompet kecil, dompet besar, handbag, dan akhirnya masuk beg lagi…”
 Keretapi terus berjalan, dan kita sampai di stesyen Segamat. Lagi-lagi ada pemeriksaan tiket. Tiket saya cepat diperiksa, sementara nenek itu mengeluarkan handbag dari beg, lalu dompet besar, lalu dompet kecil, lalu dari dalam dompet kecil dia mengeluarkan…..
 Belum sempat si pemuda selesai, hakim membentaknya. “Hei kamu!!  jangan main-main ya!! Kamu ini cerita atau menipu yang bukan-bukan??? Ini mahkamah tahu!!!
 Pemuda itu terus menjawab,
 “Hah tengok…!
 Tuan Hakim baru mendengar cerita yang cuma segini saja sudah marah. Sekarang cuba bayangkan saya yang menyaksikan sendiri perkara itu sepanjang perjalanan dari JB ke Kuala Lumpur!!!






Friday, August 5, 2011

Duit Raya



Raya tahun ni rezeki lebih..
Jadi apa salahnya beri duit extra sket pada anak2 sedara..
jangan kedekut...
Jika tahun2 sebelum Donna bagi RM 5.00
Tahun ni Donna up sket kasi RM 6.00...
Amacam.. ranggi kan ?!
Yer laa anak sedara Donna ramai..kalu sorang dua boleh laa bagi RM50 hengget..
Neh dekat DOPLOH orang...kering derr....


 :

:

:
:


:




agak2 mereka teruja tak??


 

Wednesday, August 3, 2011

Beza Jantina

Bila Donna demo machine for waterpipe flow..Sume lelaki static dan tgk dari jauh...
Tapi bila encik technician betul2 kan sket suis, diorang semua kerumun....


Nampak tak perbezaan disitu?

Monday, August 1, 2011

Tafsir mimpi : JangguT

Mimpi mempunyai janggut yang panjangAkan bertapa atau berpuasa.

Mimpi mempunyai janggut :
Akan sehat, segar bugar

Mimpi memotong janggut :
Akan terjadi beberapa kerugian.

Mimpi melihat janggut berwarna merah :
Waspadalah terhadap gangguan dari teman berhati palsu (pengkhianat).

Jika bermimpi janggutnya bertambah panjang.
Tafsirnya : Bertambahlah hutang dan kesedihaannya.

Jika bermimpi janggut itu sampai ketanah panjangnya.
Tafsirnya : Kematian.

Jika bermimpi janggut itu panjang sampai menyentuh perutnya.
Tafsirnya : Dia akan mendapatkan harta dan kedudukan yang akan menyusahkannya.

Jika bermimpi janggutnya panjangnya sederhana sahaja.
Tafsirnya : Dia akan mendapatkan harta, kedudukan dan kehidupan bahagia.

Jika bermimpi janggut itu sampai ke pusat.
Tafsirnya : Menurut satu pendapat bahwa dia tidak taat kepada Allah.

Jika bermimpi melihat janggutnya tepi-tepinya sahaja yang panjang sementara bahagian tengahnya tidak.
Tafsirnya : Dia akan mendapatkan harta tetapi orang lain yang akan menikmatinya.

Jika bermimpi janggutnya sampai kepusat dan dia dapat melihatnya.
Tafsirnya : Dia adalah seorang muazzin yang suka mengintai keadaan jiran.

Jika ada kanak-kanak yang belum baligh bermimpi dia mengambil janggut orang lain kemudian menariknya.
Tafsirnya : Dia akan mewarisi hartanya dan memakannya.

Jika bermimpi janggutnya kurang.
Tafsirnya : Jika kekurangannya tidak banyak menunjukkan kemudahan, dapat menyelesaikan hutang dan kebebasan. Jika kekurangannya banyak menunjukkan kehinaan dan kehilangan harta serta pangkat.

Jika bermimpi melihat janggut seseorang diatas dagunya dan dia sedang bercakap dengan isteri.
Tafsirnya : Dia akan turun dari kedudukan dan terpisah dengan orang-orang yang mengasihinya seperti isteri.

Jika bermimpi janggutnya sangat hitam.
Tafsirnya : Mendapatkan kekayaan.

Jika bermimpi janggut itu hitam kebiru-biruan.
Tafsirnya : Dia akan mendapatkan harta yang banyak tetapi dia menjadi sombong. Itu warna janggut Fir'aun.

Jika bermimpi janggutnya kuning.
Tafsirnya : Akan mengalami kemiskinan dan harta yang sedikit.

Jika bermimpi janggutnya merah.
Tafsirnya : Dia seorang yang warak.

Jika bermimpi seolah-olah dia memegang janggutnya dan bulu-bulu janggutnya berselerak ditangannya tetapi dia tidak membuangnya.
Tafsirnya : Hartanya akan habis kemudian dia berhasil mendapatkannya kembali.
Jika dia membuangnya maka hartanya akan habis dan tidak lama akan kembali lagi.

Bermimpi mencukur janggut.
Tafsirnya : Akan kehilangan harta dan pangkat.

Bermimpi ada uban pada janggutnya.
Tafsirnya : Terdapat kehormatan dan hargadiri pada dirinya.

Jika bermimpi janggutnya dicelup dengan inai.
Tafsirnya : Dia seorang yang teguh memegang sunnah.

Jika bermimpi mencelup rambutnya sedangkan janggutnya tidak dicelupnya.
Tafsirnya : Dia menjaga rahasia pemimpin.

Jika dia bermimpi mencelup rambut dan juga rambutnya.
Tafsirnya : Dia betul-betul menyembunyikan kemiskinannya dan mengharapkan penghargaan daripada manusia.

Jika wanita bermimpi mempunyai janggut.
Tafsirnya : Menunjukkan dia tidak beranak.Ada yang mengatakan dia akan diserang penyakit. Ada juga yang mengatakan sebagai harta dan kemuliaan suami dan anaknya akan bertambah. Tafsir lain mengatakan dia akan kehilangan suaminya.

Jika wanita mengandung bermimpi memiliki janggut.
Tafsirnya : Dia akan segera melahirkan anak.

Sesiapa yang bermimpi melihat janggutnya panjang dan rambutnya banyak.
Tafsirnya : Umurnya akan panjang dan hartanya akan bertambah.

Jika bermimpi melihat kanak-kanak beruban dan berjanggut.
Tafsrinya : Buruk takwilnya.

Sesiapa yang bermimpi melihat setengah janggutnya dicukur.
Tafsirnya : Dia akan menjadi miskin dan akan kehilangan pangkat dan kedudukannya.

Jika bermimpi yang mencukur janggutnya itu anak muda yang tidak dikenali.
Tafsirnya : Hartanya akan hilang ditangan musuh yang tidak dikenalinya atau ditangan orang yang tidak setaraf dengannya.

Jika bermimpi yang mencukur janggutnya itu oorang yang dikenali.
Tafsirnya : Pangkatnya akan hilang ditangan ketuanya yang kejam.

Jika dia bermimpi melihat janggutnya dipotong.
Tafsirnya : Hartanya akan hilang sekedar janggutnya yang dipotong itu.

Jika bermimpi janggutnya dicukur habis.
Tafsirnya : Harga dirinya akan hilang.

Sesiapa yang bermimpi memegang janggut pakciknya dan memotong sampai kepangkalnya.
Tafsirnya : Dia akan memakan harta pakcinya itu yang tidak memiliki waris selain dirinya.

Sesiapa yang melihat janggutnya putih bersseri.
Tafsirnya : Akan mendapat ketinggian, pangkat dan  nama yang baik.

Jika bermimpi janggutnya putih bercampur hitam.
Tafsirnya : Akan mendapat pangkat dan penghormatan.

Jika bermimpi melihat janggutnya sangat hitam dan lebih cantik dari sebelumnya.
Tafsirnya : Dia akan berhasil mendapatkan harga dirri, ketinggian, pangkat dan kebaikan.

Jika bermimpi melihat janggutnya telah beruban dan yang hitamnya tinggal sedikit sahaja.
Tafsirnya : Dia akan miskin dan pangkatnya akan hilang.

Ramadhan



Selamat meyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak....
Selamat menjalani ibadah puasa...
Semoga di bulan yang mulia ini....
Kita semua memperoleh keberkatan serta kejayaan di dunia dan di akhirat..
InsyaAllah..Amiinn..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...