Saturday, October 30, 2010

Jadual Seminggu

Sabtu 30/10/2010
-Hujan lebat
-Amik selimut
-Bukak lagu jiwang-jiwang
-Jangan basuh baju..hujan laa tau tak?

Ahad 31/10/2010
-Slaid preparation for mock-teaching
-Slaid preparation for result presentation
-Download kat youtube

Isnin 1/11/2010
-ke Kota Damansara
-Bla..bla..byk keje
-Masak spaghetti
-Buat kek
Selasa 2/11/2010
-Malas fikir sbb byk keje lom setel
-Bagi ikan makan
-Bawak arnab pegi jogging

Rabu 3/11/2010
-Presentation @lunch hour
-Kena basuh
-Rase macam nak pengsan
-Layan movie

Khamis 4/10/2010
-Melawat planet Marikh (sesi ramah mesra bersama rakyat)
-Googling

Jumaat 5/10/2010
-Deepavali Yayy!!
-Korek tabung

Sabtu 6/11/2010
-Harap-harap hujan balik macam hari ni


Thursday, October 28, 2010

Kisah janda dengan suami orang

Hari aku nak start membuka pekung..err pekung???
Sebenarnya mangsa dah pesan supaya jangan cerita kat orang..Yer tapi serius aku tak cerita kat orang..
Aku citer kat blog jer..Heehhehe...Kisah ini bukan nak mengaibkan sesiapa..tapi lebih kepada peringatan pada mak-mak janda di luar sana.
Alkisah janda beranak dua nih dah lama bercerai...Punca perceraian khabarnya atas kehendak mentua...
Si janda ni pun setia laa menanti agar bekas suami kembali (menunggu mak mentua dia mati)...
Tapi semakin di tunggu, bekas suami makin buat hal...Asik-asik kahwin cerai dengan cewek indon (senang bangat macam makan keropok)
Janda tuh pon fed-up then buat keputusan kawin ngan suami orang.
Bermulalah fasa beliau dengan status isteri kedua...
Harapan moga panas hingga ke petang tapi hujan di tengahari....
Suami barunya itu psycho gamaknyer...Perkahwinan beliau baru masuk 2 bulan..
Berat badan beliau turun mendadak (mati-mati ingatkan dia kena kencing manis)...
Berbirat-birat kena bantai dengan suami, lebam sana-sini..Tuh lom masuk bab penampar jepun..
Pheww...memang derita...
Akhirnya dengan bantuan sedara-mara, beliau nekad melarikan diri dari suami psycho tuh...
Sampai sekarang beliau sembunyikan diri (gaya ketakutan)..
Mana taknye..suami dia ancam nak bunuh lagi..Plan nak bunuh beliau secara halus dengan menggunakan khidmat bomoh Siam..Nauzubillah min zalik....

Kesimpulannya; Mak-mak janda berhati-hatilah sebelum berkahwin untuk kali kedua atau seterusnya...
Fikirkan kebajikan anak-anak dahulu..Mantapkan kewangan dan kerjaya..Tuh pada pandangan aku laa..Tatau la plak dari segi pemikiran orang lain..

Monday, October 25, 2010

Best Pizza in Malaysia?

Pizza mane yang best sgt tuh??
Konfiden jerk.....
Bak sini mai nak try....
Bistu Pizza Hut, Papa John, Domino nombor berapa??

Hehhehe..siyess memang 'heaven'....Meat Fiesta Pizza

Nih jer yang sempat diselamatkan..Sebab bila toleh belakang kat geng-geng 'buaya'...Lunyai!
Pizza yang mewah dengan topping...Kerak yg krak-kruk!...Sejuk pon still sedap lagi...
Original and fresh ingredients....
Ooppss..yg hangpa berjejeh-jejessh air liur apsal??
Kalu nk cari....the one and only kat Langkawi...area Pantai Cenang tuh....

Hati Parah Luka Berdarah...Adehh!

Ku tahu diriku tidak bererti..Tapi percayalah kau tetap di hati ini...dan ku terima segalanya, walau hatiku merana..Ku dedikasikan lagu spring nih khas buatmu ..

 Pesanan Buat Kekasih

Sewaktu kau melangkah
Meninggalkan diriku
Sebaknya rasa di dalam dadaku
Menahan titis air mata

Ingin aku berpesan
Kepadamu kekasih
Sekiranya engkau merinduiku
Hubungilah aku di sini

Jika ada kesilapanku
Maafkanlah diriku oh sayang
Dan izinkan aku bertanya
Mengapa kau berubah hati

Kiranya kau ada penggantiku
Tetapi hidupmu tak bahagia
Relaku memaafkanmu
Dan menerimamu sayang

Walaupun hatiku kau lukai
Namunku masih menyayangi
Kerana sehingga waktu ini
Cintaku masih untukmu

Oh sayang di mana kau berada
Janganlah kau lupakan aku
Ingatlah aku walau sesaat
Seorang insan yang terluka


Yang Benar ~

Aku yang ikhlas+setia+bodoh+buang masa



Tuesday, October 12, 2010

Jom Pole Dance

Wow..kucing pon pandai pole dance....







Tapi kalu begini..????


Eeaauuww.!!...nih pon aku snap dari internet yerr..hehehhe

Sunday, October 10, 2010

9 Petanda lelaki yang masih teruna

Mungkin ada wanita yang berhajat untuk mempersuamikan lelaki yang masih “dara”/ “teruna” (tak ramai dah) walaupun kebanyakan wanita lebih suka memilih yg berpengalaman, ini panduan untuk anda mengenali samaada seseorang lelaki itu masih teruna atau tidak..


1. lelaki teruna suka mengintai-intai (curi pandang) perempuan cantik pada wajah berbanding lelaki tak ada teruna gemar melihat tubuh wanita

2. lelaki teruna segera mengalihkan pandangan apabila ditentang wanita cantik manakala lelaki tak teruna mengekalkan pandangan

3. lelaki teruna menunduk apabila dipandang wanita cantik dan menunjukkan reaksi gembira (mengetap bibir untuk cover senyum) tetapi lelaki tak teruna menunjukkan reaksi bersahaja

4. lelaki teruna malu membuka mulut untuk makan atau bercakap di hadapan wanita yg cantik. lelaki teruna seperti “kena interview” apabila bercakap dan badannya kaku

5. lelaki teruna berdegup kencang jantungnya apabila mendapati wanita cantik menyukainya

6. lelaki teruna membosankan apabila bercinta. gayanya agak “nerd”. gemar berlagak untuk menarik pasangannya.

7. lelaki teruna juga sanggup menghabiskan banyak wang untuk pasangannya untuk menambat hati pasangannya

8. lelaki teruna terlalu sensitif. mereka akan sering menghubungi pasangannya sehingga dapat dan mereka akan rasa sedih yang amat sangat apabila diabaikan

9. lelaki teruna sering mengagung-agungkan pasangannya dan mengatakan orang lain tak cantik. mereka akan bercerita tentang pasangannya dan memuji-muji pasangan apabila berbual dengan kawan-kawan.


Jambunyerr tapi versi hitam putih



Bab-bab sihir pelalau...

Minggu lepas kami borak isu-isu jodoh...Tup..tup..terkait plak isu pelalau..Pelalau nih kami tak fkirkan sgt..Tapi org tua selalu terdetik dihati dan pemikiran mereka...Maka hasil pencarian maklumat lengkap isu nih..Kami gabungkan jadi satu termasuk ketengahkan kes benar yang di dedahkan oleh akhbar kosmo....

Pelalau ialah suatu ilmu yang tiada memberi kesan sakit seperti sihir yang lain tetapi makan masa dan hanya diketahui setelah bertahun-tahun lamanya. Pelalau digunakan untuk menghalang seseorang terutama perempuan daripada dipinang atau dikahwini....Antara tanda yang lumrah ialah...bercinta tak kemana..kes mahu dan tak mahu antara lelaki dan perempuan...bila bertunang, hubungan putus di tengah jalan..Juga asyik bergaduh dalam perhubungan

Kesudahan kes sihir pelalau amat menakutkan . Iaitu tekanan keluarga dan masyarakat keliling yang tidak memahami..Bahkan lebih teruk lagi kalau ada yang melemparkan tuduhan yang tak sepatutnya...Antara petanda mangsa akan mengalami tekanan yang berlebihan sehingga merasakan hidupnya di uji ALLAH dengan berat sekali..

Mangsa yang terkena sihir pelalau dikatakan lambat menerima jodoh kerana apabila ada lelaki atau perempuan yang ingin berdampingan dengannya, mereka akan nampak muka pesakit pucat seperti mayat ataupun tidak berseri

Berikut kes dialami oleh seorang ustazah berumur 44 tahun dan beliau baru sahaja berjaya mendirikan rumahtangga

“Saya memang tidak pernah berniat untuk menolak jodoh tetapi apakan daya, tidak ada seorang pun yang datang meminang saya, melainkan suami saya sekarang,” kata ustazah terbabit.

Dengan usia yang semakin bertambah, naluri anak perempuan tunggal dalam lima beradik ini sudah lama terseksa. Semuanya dikatakan berpunca daripada sihir pelalau yang dititipkan kepadanya melalui rojak buah 22 tahun lalu. Yang paling menyedihkan, sihir itu dihantar oleh rakan baiknya sendiri. Mula terkena sihir pada tahun 1988 pada usia 22 tahun, jin yang dikatakan bersarang dalam tubuh beliau hanya keluar pada tahun 1999.

“Saya sudah puas berubat. Dengar saja ada orang yang pandai mengubat, saya pergi. Kadang-kadang sampai tak larat nak pergi berubat.

“Keadaan saya beransur pulih tetapi ‘benda ghaib’ itu masih ada dalam badan,” ceritanya.

“Sampailah pada tahun 1999, saya berubat dengan seorang ustaz di Rawang, Selangor. Alhamdulillah, berkat usaha dan doa yang tidak pernah putus, dia dapat membebaskan saya daripada sihir tersebut,”

3 sebab beliau disihir:

“Pertama kerana bijak

“Kedua, kerana sifat beliau yang periang dan disenangi

Ketiga, kerana beliau aktif dalam pelbagai aktiviti

“Tujuan saya disihir supaya hubungan saya dingin dengan semua orang yang rapat dengan saya. Tidak hairanlah, ramai yang mengatakan muka saya seperti orang kebingungan, mudah marah dan cepat tersentuh”



p/s: Para wanita/gadis; kurangkan kelincahan dan kegedikan anda..takut ade yg dengki plak

Friday, October 8, 2010

Career Fair @ Mid Valley

Hari ni beriya nak pegi career fair MCTF 2010 kt Mid Valley..
Exhibition bermula hari ini (10am to 7pm) hingga 10.10.10 ahad nih...
Aku dapat tau pon semalam..Cik Pah yang beriya tapi tak dapat nak pegi atas sebab musabab hal yang tak dpt dielakkan..So aku pon pergi mewakilkan beliau untuk mengutip mana2 goodies...
Tapi sape2 yang perasan, ade pre-registration..Those yang btuah bole claim teddy bear..Aku pon baru register mlm tadi..Tgk laa jap agi..dapat ke tak..
 klik
teddy bear je ke?


Lastly bad news for my buddy...Mr.YB...Deyy tamby..your car was recalled by Proton due to clockspring malfunction..Kalu di ganti dengan model baru..Ko mmg berUNTUNG...hehehhe


Lagi news for Gen2 and Satria Neo users..sile klik link bernama disini




p/s: Nasib baik aku tak jadi beli gen2..Owhh gen2 


 cute kan??..bukan aku punyer..snap dari anon...........

Tuesday, October 5, 2010

Jika Filem Malaysia...

I am just wondering if ade mane2 pengarah and produser nak hasilkan karya sebegini hebat
 "3 idiots".....5 stars to Aamir Khan...Every year..mmg aku tertunggu-tunggu hasil tangan beliau...

Citer 'terbaekkss' sepanjang zaman...Sarat dgn mesej, motivasi, and nilai2 murni...
Tetiba teringat plak citer Soal Hati yang amik USM sebagai lokasi...ade statement best di situ "Tanpa keberanian, mimpi takkan menjadi kenyataan"
Sifat keberanian tuh laa yang ada pada setiap watak dalam cerita 3 idiots...
Cerita ni juga menjaja nama institusi engineering yang terkemuka di India ....
Oklaa dh penat memuji...Daaa

Sunday, October 3, 2010

Mulakan Hidup Baru

Tahun 2010...aku dah berkira-kira nk mulakan hidup baru..
Supaya pada tahun 2011 aku bisa jadi lebih 'bermaruah'...berdedikasi ...buat-buat berlakon sibuk..
sambil kerut-kerut dahi (konon bijak pandai laa tuh)...

Tapi kenapa peluang sume untuk di tempat yang jauh-jauh...di Gambang laa Temerloh laa
Perlis laa..Batu Pahat laa...Terasa saayyuupp jerr Mall, GSC, TGV. Paling koman pon biarla ade Jaya Jusco supaya aku dpt gunakan JCard sepenuhnya...

Kalu nak pegi tempat jauh..pastikan betul-betul jauh...Agar salji boleh ku jadikan ABC..Huh!

Friday, October 1, 2010

Hearts and a pair of rollerblades

I had a nice pair of rollerblades
I was afraid to wreck them
so i kept them in a box..
so do you know what happened?

I outgrew them.
I never wore them outside.
Only in my room a few times.

If you won't use your heart, who cares if it gets broken?
If you just keep it to yourself, maybe it'll be like my rollerblades.
When you decide to try it, it won't be any good.

So, take a chance. Got nothing to lose.
:
:
:
:
:
:
:
People don't mean to forget...but they just  forget to remember








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...