Sunday, October 10, 2010

Bab-bab sihir pelalau...

Minggu lepas kami borak isu-isu jodoh...Tup..tup..terkait plak isu pelalau..Pelalau nih kami tak fkirkan sgt..Tapi org tua selalu terdetik dihati dan pemikiran mereka...Maka hasil pencarian maklumat lengkap isu nih..Kami gabungkan jadi satu termasuk ketengahkan kes benar yang di dedahkan oleh akhbar kosmo....

Pelalau ialah suatu ilmu yang tiada memberi kesan sakit seperti sihir yang lain tetapi makan masa dan hanya diketahui setelah bertahun-tahun lamanya. Pelalau digunakan untuk menghalang seseorang terutama perempuan daripada dipinang atau dikahwini....Antara tanda yang lumrah ialah...bercinta tak kemana..kes mahu dan tak mahu antara lelaki dan perempuan...bila bertunang, hubungan putus di tengah jalan..Juga asyik bergaduh dalam perhubungan

Kesudahan kes sihir pelalau amat menakutkan . Iaitu tekanan keluarga dan masyarakat keliling yang tidak memahami..Bahkan lebih teruk lagi kalau ada yang melemparkan tuduhan yang tak sepatutnya...Antara petanda mangsa akan mengalami tekanan yang berlebihan sehingga merasakan hidupnya di uji ALLAH dengan berat sekali..

Mangsa yang terkena sihir pelalau dikatakan lambat menerima jodoh kerana apabila ada lelaki atau perempuan yang ingin berdampingan dengannya, mereka akan nampak muka pesakit pucat seperti mayat ataupun tidak berseri

Berikut kes dialami oleh seorang ustazah berumur 44 tahun dan beliau baru sahaja berjaya mendirikan rumahtangga

“Saya memang tidak pernah berniat untuk menolak jodoh tetapi apakan daya, tidak ada seorang pun yang datang meminang saya, melainkan suami saya sekarang,” kata ustazah terbabit.

Dengan usia yang semakin bertambah, naluri anak perempuan tunggal dalam lima beradik ini sudah lama terseksa. Semuanya dikatakan berpunca daripada sihir pelalau yang dititipkan kepadanya melalui rojak buah 22 tahun lalu. Yang paling menyedihkan, sihir itu dihantar oleh rakan baiknya sendiri. Mula terkena sihir pada tahun 1988 pada usia 22 tahun, jin yang dikatakan bersarang dalam tubuh beliau hanya keluar pada tahun 1999.

“Saya sudah puas berubat. Dengar saja ada orang yang pandai mengubat, saya pergi. Kadang-kadang sampai tak larat nak pergi berubat.

“Keadaan saya beransur pulih tetapi ‘benda ghaib’ itu masih ada dalam badan,” ceritanya.

“Sampailah pada tahun 1999, saya berubat dengan seorang ustaz di Rawang, Selangor. Alhamdulillah, berkat usaha dan doa yang tidak pernah putus, dia dapat membebaskan saya daripada sihir tersebut,”

3 sebab beliau disihir:

“Pertama kerana bijak

“Kedua, kerana sifat beliau yang periang dan disenangi

Ketiga, kerana beliau aktif dalam pelbagai aktiviti

“Tujuan saya disihir supaya hubungan saya dingin dengan semua orang yang rapat dengan saya. Tidak hairanlah, ramai yang mengatakan muka saya seperti orang kebingungan, mudah marah dan cepat tersentuh”



p/s: Para wanita/gadis; kurangkan kelincahan dan kegedikan anda..takut ade yg dengki plak

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...