Rata-rata lelaki mengakui tidak boleh terima isterinya bergaji lebih tinggi dan berpangkat darinya. Tetapi realitinya dalam kehidupan pula bagaimana.
Saya tidak mahu pergi lebih jauh tapi cukuplah saya memberi satu contoh yang mungkin kita boleh buat renungan.
Isu yang sebenar ialah " Seorang lelaki tidak boleh terima isterinya bergaji lebih besar darinya tetapi boleh mengambil duit isterinya untuk saraan keluarga".
Contoh seorang suami bekerja sebagai guru yang bergaji RM 3000 mempunyai seorang isteri surirumah sepenuh masa. Disebabkan masalah kehidupan sekarang yang memerlukan segalanya duit gaji si suami tidak cukup untuk menampung duit kereta, duit rumah , duit persekolahan anak-anak dan sebagainya. Seorang isteri yang sangat rajin dan prihatin ingin membantu suaminya. Namun untuk keluar bekerja si isteri tidak mampu mungkin kerana tidak mempunyai kelulusan ataupun kalaupun mempunyai kelulusan tapi bimbang anak-anak tidak mendapat perhatian Lalu si isteri memikirkan kerja yang mampu dilakukan di rumah, iaitu mengasuh anak-anak jiran, menjahit pakaian, membuat biskut raya, menjual kuih,mengajar kelas agama dan lain-lain lagi . Pendapatanya sebulan boleh mencecah seribu atau mungkin lebih. Lalu digunakan duit si isteri tadi untuk membantu suami menampung kos perbelanjaan.
Ini adalah satu realiti kepada kehidupan dimana lelaki sangat anti untuk menerima wanita yang lebih berpangkat dengan alasan ego dan sebagainya namun kalau si suami boleh mengambil duit isteri tanpa menjatuhkan egonya situasi itu tidak mengapa.
Ramai isteri mungkin tidak berpangkat lebih besar dari si suami tapi adakalanya si isteri bijak dalam perancangan dan bijak mengatur hal kewangan.
Contoh lagi jika suami seorang driver lori tidak bergaji besar disebabkan sudah tua tidak mampu untuk membawa trip yang lebih banyak, isteri bantu dengan meniaga goreng pisang, pendapatan si isteri melebihi si suami.. adakah ini di kira tidak mengapa? ya jangan isteri bergaji atau berpangkat besar tapi biarlah hak isteri diambil atau di curi tanpa menjatuhkan keegoan tidak mengapa.
Sengaja saya bangkitkan hal seperti ini bukan untuk mencabar mana-mana kaum cumanya kita selalu nampak yang asas, tapi kita tidak memandang secara keseluruhan. Mengambil duit isteri itu bagaimana ? apa bezanya dengan suami yang berpangkat rendah daripada si isteri namun dalam hal keluarga atau tanggungan keluarga si suami langsung tidak sentuh duit isteri. Ya mungkin dia berpangkat rendah namun dia masih faham tanggungjawabnya. Jadi di situ ada bezanya dari sudut fahamnya lelaki erti tanggungjawab

Shared from iluvislam.com
No comments:
Post a Comment