Mencuri masa termasuk dalam kategori mencuri kerana menggunakan sebahagian
masa diperuntukkan untuk sesuatu kerja yang diamanahkan dengan melakukan
perkara lain.
Si pencuri masa pula biasanya dikaitkan dengan sikap suka ‘bertangguh’
kerana disebabkan bertangguh, banyak perkara perlu disiapkan akan
tergendala. Akibatnya, masa yang lain pula diperlukan untuk melakukan
kerja sepatutnya telah diselesaikan tidak lama dulu.
Selain itu, konteks ‘mencuri masa’ bukan saja terhad kepada sikap suka
bertangguh, malah ia juga merujuk kepada pekerja yang membuat perkara
tidak berkaitan dengan pekerjaannya semasa waktu bekerja.
Contohnya, pekerja yang sengaja melambat-lambatkan kerja; sibuk melayari
laman sesawang yang tiada kaitan dengan kerja; masuk lewat daripada waktu
sepatutnya dan pulang sebelum tiba waktu ditetapkan.
Adanya sikap sebegini, tidak mungkin kita akan mendapat rezeki diberkati
Allah SWT. Keberkatan adalah satu nikmat ketenangan dan kecukupan daripada
Allah SWT kepada hamba-Nya yang beriman, bersyukur dan sentiasa mencari
rezeki halal untuk kehidupan serta keluarganya.
Dalam hal ini, mencuri juga boleh dilihat sebagai aspek mendapat rezeki
secara tidak halal. Rezeki tidak halal yang diperoleh itu apabila dibuat
membeli barang keperluan dan makanan akan menjadi haram.
Apabila seseorang memakan hasil haram, maka gelaplah hatinya, susah untuk
menerima ilmu dan jauhnya dia daripada Allah SWT. Kesannya pula bukan
terasa kepada diri sendiri saja, malah isteri atau suami dan anak turut
merasai perkara sama jika amanah diberikan tidak dijalankan sebaiknya.
Amanah adalah satu tanggungjawab berat daripada Allah SWT. Jika Allah SWT
telah takdirkan kita dengan sesuatu pekerjaan, ini bermakna Allah SWT
mengilhamkan kepada majikan untuk memberikan kepercayaan itu dan
mengharapkan kita menggalas amanah diberikan sebaiknya.
Oleh itu, elakkan daripada tergolong dalam kalangan pencuri masa.
Contohilah sikap Umar Ibn Aziz yang memadamkan lampu dan sanggup bergelap
apabila ada ahli keluarganya datang sewaktu dia berada di ruangan pejabat
untuk melakukan urusan kerja kerajaan.
Betapa amanahnya beliau dalam menggunakan harta negara bukan untuk
kepentingan sendiri. Inilah yang perlu dicontohi. Berusaha sehabis daya
untuk mendapatkan keberkatan dan seterusnya keredaan Allah SWT atas apa
saja pekerjaan dilakukan.
Oleh itu, jadilah si pencuri masa yang diberkati. Maksudnya di sini bukan
pencurian yang membawa kepada kemurkaan Allah SWT, tetapi sebaliknya.
Curilah masa yang ada untuk melakukan sesuatu perkara dengan lebih
berkesan.
Contohnya, apabila ada masa terluang atau semua kerja diamanahkan telah
selesai, curilah masa yang masih berbaki untuk melakukan perkara memberi
manfaat kepada organisasi tempat kita berkhidmat.

Penulis Pegawai penyelidik Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam
(ISDEV), Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia
(USM)
Wallahualam...
No comments:
Post a Comment