Alangkah indah jika ku memiliki jiwa yang besar walau kerjaan cuma sekecil zarah....
Teringat masa lalu arwah ayah..Hatta memasuki tandas awam yang mmg tak terbela....
Penunggu setia cuma tin milo kosong...yang berkarat...warna hijau asalnya diganti dengan coklat karat...
Tinngg!!...Bunyi agak keras kelentang syiling dua puluh sen jatuh..Ermm cuma dua puluh sen...Entah berapa lama tin tak berisi syiling...Lantaran tiada siapa yang prihatin kewujudan tandas binaan kerajaan utk kemudahan rakyatnya..lagi mau kasi vandalisme (Nak jadi mcm negara India gamaknya.tak payah dibina tandas awam..pandai2 la uruskan sendiri)..
Aku sekadar memandang...perlukan alasan walau tiada soalan...
Kata ayah "Memang orang tak nampak ape yang kita buat..Tapi Allah Maha Melihat"
Subhanallah ....Sememangnya mukmin yang besar jiwanya lebih mengharapkan ganjaran pahala dan keredhaan Allah berbanding pujian sesama manusia
No comments:
Post a Comment