Raudhah salah satu taman syurga di dalam Masjid Nabawi. Selain menjadi lokasi Rasulullah SAW dan para sahabatnya beribadah dan tempat turunnya wahyu kepada baginda.
“Ruang antara rumahku dan mimbarku adalah satu taman daripada taman-taman syurga. Dan mimbarku terletak di atas kolamku”
Kedudukan Raudhah adalah di antara rumah Rasulullah SAW dan Sayyidatina Aisyah RA dengan mimbarnya. Panjangnya ialah 26 meter jika diukur dari timur bermula dari rumah tersebut hingga ke mimbar di sebelah baratnya.
Tetapi sekarang hanya tinggal 22 meter kerana telah disekat dengan pagar makam. Lebarnya pula 15 meter bermula dari Mihrab Rasulullah SAW di sebelah selatan hingga ke akhir rumah tersebut di sebelah utara mengikut pendapat yang masyhur di kalangan ulama’.
Buku – Madinah Munawwarah Kelebihan dan Sejarah (Ust Abdul Basit Abd Rahman)Di ruang legar sebelum memasuki masjid
Sebagai tanda, tempat ini dihampari dengan karpet berwarna putih hijau. Tiang di sekeliling juga berbeza dgn tiang di kawasan lain...Sewaktu ziarah..pengunjung wanita lebih agresif dr lelaki..teruk gak berasak dan digasak.Kaum wanita dimonopoli golongan XL-->XXXXL..sudah tentu org2 Asia takde can langsung...Tapi nasibku agak baik kerana berjaya jd geng org2 arab neh..Alaa..setakat bole ckp omputih plus arab sket..terus diorg suke..Mmg berat juga tangungjawab time tuh..sbb menjaga lbh dari 2 warga emas (tiada ikatan keluarga)..Alhamdulillah sume selamat..Walaupon muka mereka sedikit pucat..(takut agaknya)
Ziarah kedua ku ini kami tak berpeluang melakukan solat sunat..Hanya mampu lalu sahaja...Berbanding ziarahku yang pertama..
Antara titipan doa..."Sampaikanlah segala hajatku..Permudahkan segala urusanku..Kepada Mu daku berserah..kepada Mu ku meminta pertolongan..Sesungguhnya ku bertawakkal kepada Mu".....
No comments:
Post a Comment