Monday, January 24, 2011

Rahsia Lelaki panjang Umur ~18SX


Ini bukan jenaka berbaur seks...
Tapi kesahihannya..Wallahualam....
Maka penyumbang terbesar kepada kesihatan lelaki siapa??
Perempuann..jugak! 
patut la Si mata keranjang makin panjang umur 

 

Perempuan's Wishlist


But the most of important thing is (could be as the priority)

MONEY! 


Tak clear~

Ini post yang pertama sempena meletak header baru..Yer header baru ini tidak 'tajam' gambarannye...
Tapi memang gambaran perempuan mmg begitu gak kan?
Luahan kehendak, keperluan dan masalah selalu tidak jelas..Kalu tak cayer..cuba baca mana2 column yang papar luah dedah masalah wanita..Penuh ke'serabut'an ..Kalu aku yang jadi kaunselor.."Lantak..korang settle la sendiri"


So bile dah sentuh isu-isu perempuan..mestilah jadi lebih feminin..Ye tak?


Contohnyer...



:
:
:
:
:
:
:


Nah ambik kau!


HAHHAHAHA 
 G-String, Thong, Panty...ape lagi?


Ok..ok...gurau jer...
Jangan terasa hati jika figure butt anda tak secomel cookies lucah tuu

Friday, January 21, 2011

Hati berbunga

Asik-asik raye cina..Ehh apasal plak nih?....Ngee =D

Hati yang berbunga ni sajer nak bg hint. Kasi hati orang-orang lain ter'bakar'...
Lepas CNY, Donna dah bole hantar intention form..

INTENTION??

Ape tuh?...keinginan nak kawen laa kehkehkeh..opps!..sengaja silap...(hormon gatal dah kuar)

Intention tuh merangkumi pelbagai perkara..Ianya bergantung situasi...
Contohnye..Donna akan menghantar intention form 'ttetttttt'..iyer akan hantar selepas habis sambutan tahun baru cina..Niat untuk hantar bukan suker-suki tau.. Tapi di maklumkan oleh en.supervisor yang cool.

So anda ape lagi? ( dedek , nana)...Pasang laa niat untuk 'hantar' (~,~)






Tuesday, January 18, 2011

Ketentuan, Jodoh, Lelaki dan Perempuan



1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.
2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.
3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.
4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.
5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.
6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.
8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.
9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.
10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.
11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.
12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.
13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).
14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.
15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.
16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.
17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.
18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.
19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.
20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.
21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.
22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.
23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.
24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.
25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.
26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.
27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.
28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.
29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.
30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.
31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.
32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.
33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.
34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.
35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.
36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.
37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.
38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.
39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.
40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.
41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.
42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.
43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.
44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.
45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.
46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.
47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.
48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.
49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.
50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.
51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.
52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.
53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.
54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.
55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.
56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.
57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.
58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya Kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.
59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya Kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.
60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat



Sunday, January 16, 2011

Tak suka jadi tapi suka tengok...

Melihat ke'serabut'an anak-anak sedara yang baru melangkah alam persekolahan (bukan nursery yer)
Sambil bergaya memakai uniform rasmi hitam putih mengingatkan aku kisah perit sewaktu dulu..Err banyak tahun laa masa berlalu sampai dah tak ingat...(psstt, takut kantoi umur sebenarnye).


Memang tak syiook..kerana:

  1. Tercangak-cangak tengok bangunan yang besar-besar dan luas..Kaki pun asik masuk longkang sebab tak pandang bawah..Yes serius! parut kat peha masih kekal ada..
  2. Possibility untuk sesat..Penatnya nak cari kelas..
  3. Asik rase sebak semacam dan kena kontrol air mata, kang mak cubit kalu nangis..Kuar hingus pon jadilah..
  4. Terpaksa bersusah-payah angkat/seret beg yang penuh muatan buku teks, buku tulis..tah pape..
  5. Kena angkat kerusi yang besar untuk letak atas meja lepas habis waktu belajar..
  6. Kena nyanyi lagu rasmi sekolah..Selalu lupa lyric..salah tune usah dok kira la.
  7. Terkial-kial di kantin..nak makan atau tak..camane nak match jumlah duit ngan harga makanan pon tak tau..
  8. Kena menulis..Memang aku tak suka...jari asik menggigil bila nak kasi all alphabets lurus.Tuh lom masuk lagi mata pensel asik patah..Buku pon berlubang bila kerap kali memadam..
  9. Kena berlari, berhimpit, menyelit, terperosok dalam van sekolah..Arghh bencinya.. 
  10. Tak banyak pakwe handsome dalam kelas..

Banyak lagi la kalu nak di senaraikan....

Tapi part yang paling aku tak suka mase jadi budak darjah 1...Orang yang lebih besar asik dok perati...Ape tengok-tengok?  klik


Thursday, January 13, 2011

Perkara biasa yang luar biasa

Alkisah memori zaman kanak-kanak Awang membuatkan Dayang tak senang hati..
Rase bagaikan ade berekor-ekor kupu-kupu berterbangan dalam perut...


Awang berpesan siap-siap pada Dayang, perihal itu perlu di rahsiakan...
Haa ape lagi..Dek kerna tak tertahan menyimpan..Donna paksa rela tadah telinga...


Awang membesar dikelilingi semua wanita..2 orang kakak dan seorang ibu..Masing-masing yg mementingkan kecantikan mempunyai 'toiletteries'..Kak Long dilengkapi pakej kecantikan ABC, Kak Ngah mandian set XYZ manakala ibu mengutamakan produk jamu dan segala-gala berunsur tradisional..Kedua-dua kakak enggan berkongsi, produk ibu pula...bau pon Awang tak lalu...Apatah lagi nak guna..


Awang mati kutu..Nak beli, sendiri pon tak tau camane..(maklumlah baru berumur 7-8 tahun)
Paket sabun FAB akhirnya menjadi pilihan...Bau bole tahan wangi..Buih pon banyak...Maka 2 kerja menjadi satu.

Alang-alang mandi boleh basuh baju sekali....
Sesi mandi yang 'menyeronokkan' menjadi rutin Awang hingga remaja...(nasib baik tak melecet kulit)


:
:
:
:


Itu memori...kerana Awang tak buat lagi akibat kesan jangka panjang yang dia tak pernah nak fikir dolu...



p/s: shyyytt...nnti Donna nak try curi  gambar lama Awang untuk compare dgn rupa sekarang (yg agak ala-ala jer tuh)

Saturday, January 8, 2011

Sedap ~ 18SX

 Donna malas nak explain panjang2....
Takut ade yang stim plak nanti..Cess lucah sungguh!

Mak Donna seorang yang spontaneous...Kadang2 lurus pon ade...Selalu dia tersasul bukak rahsia yang dia plan nak simpan..Apa daa!
Err..menyimpang plak...
Ok..ok..kembali balik kepada mood lucah......
Sape tgk siri Majalah 3 minggu lepas?....
Liputan yang berlangsung di Langkawi..Objek yang nak di fokuskan kt sini ialah kerbau...
Kebetulan malam tuh kami Donna, my mum, anak2 buah...tengok sesi pemerahan susu kerbau tuh...
Kerbau di situ semua memang terlatih..mereka pandai masuk parking...Bila dah selesai perahan susu, pandai plak reverse sendiri tanpa pakai back lamp sensor...Tapi kita...So sape lebih bijak?

Kerbau-kerbau (mak kerbau) di pakaikan sejenis alat untuk grip puting breast tetek dia..Alat ini untuk memastikan produktiviti pengeluaran susu kerbau lebih laju dan efisyen....

 Ketika~

Anak-anak buah yang menonton terpaku bila melihat alat di pasang pada  mak kerbau tuh...
" Tak sakit ke kerbau tuh"

"Sedap kalau kena hisap" Mak pantas menjawab tanpa sempat berfikir baru 2-3 saat...(tindakan reflex kan?)

Donna panik..tak reti camane nak cover bila all the children keep asking...

My nephew (age 20) "Camane nenek tahu?" Sambil tersengih-sengih jahat yang ade makna...

"Err...Alaa..aaa...memang macam tuh..Mase dulu susukan anak".......(tergagap-gagap)



p/s: Entah-entah dia ade plan nak tamatkan zaman janda dia...Musykil nih! 



Thursday, January 6, 2011

Azam tahun 2011

Tiap-tiap tahun aku mesti buat azam...Tak kira laa aku nak laksanakan atau idak..Janji kena ada..Kang org sebuk tanye nak jawab ape?....
  1. Azam yang pertama dan semestinya ialah 'carry forward' azam tahun lepas..Haa tgk lah jumlah backlog nyer..Berlambak !..
  2. Azam yang kedua untuk tahun 2011 ni ialah misi mencari kerja...Besok pagi aku ade interview paling 'rare' dalam sejarah hidup aku..Venue kat starbuck, interviewer Sue-Ellen Cook..Manager dari Australia ..Dia ajak breakfast skali kot..(Harap-harap dia yang bayar..Aku kering nih!)
  3. Azam yang ketiga aku nak kahwin..Kalu tak sempat by 31 dec 2011..Alamat carry forward lg laa untuk 2012. Serius tahun ni aku dah gatal nak kawin..Tahun2 sebelum tak pernah camni..Hahaha...Kalu korang kate aku tak malu..Lantak korang laa ..Calon yang aku cari ialah lelaki tulen yang mampu menjadikan hidup aku seceria pelangi...Ceewahh!
Tett...(Bunyi sms la)
Dayang: Donna, tempat yg kite makan arituh ade logo halal tak?
Donna: Ntah..halal la kot..(serius lupe nak check) nape?
Tett..(Dayang reply) 
Dayang: Nak ajak Awang dating kt situ..So papehal nk kena check dulu halal ke tak..Maklumlah nak semai benih bunga2 cinta...

at the touch of love ….. everyone becomes a poet…huh!


  1. Sorry Dayang menganggu tumpuan Donna sekarang.....Err sampai mane tadi ekk..Potong!..Sepatutnye no.4..Memang malas nk repair..Ok azam yang ke-4..Nak kurus..kalu boleh nak kembalikan zaman kegemilangan 'hot' waktu zaman degree dulu..hehehe..(boleh ke?)..Kalu tak boleh..macam biasalah..carry forward jugak untuk 2012..



Wednesday, January 5, 2011

Mari Bermimpi


Don’t be afraid to dream
 
Speak to successful people and they will tell you they dared to dream. 
Dreams were made made into plans and logical step taken to bring them into realization. 
To most of them success started with a dream which they crystallized, and turned into an action plan.



Orang itu memang bermasalah..
Jika dia tahu dia memerlukan tapi kemahuannya untuk mencapai cuma separuh hati...


Monday, January 3, 2011

Tafsir Mimpi: Bermimpikan salji

Mengikut tafsiran...
barangsiapa yang bermimpikan hamparan salji yang memutih, bermakna akan di datangi khabar berita gembira
Wallahualam....


Kalu salji tak berapa nak putih?...berita gembira pada tahap biasa-biasa je ke?


p/s: Jangan terlalu taksub dengan mimpi..Kelak dikhuatiri memudaratkan diri...




Mode: Tengah malas+mata pon kuyu jerk... 

Sunday, January 2, 2011

Provokasi kah? Nasihat kah?


Berikut adalah sedikit temubual Dayang dengan seorang lelaki..Ntahlaa dia jer yang kenal..Me tuh ganti nama Dayang..So den tolong copy paste jo..Awang diminta jangan wat-wat tersedak...

zullys_amin: salam
Me: wasalam
zullys_amin: apa khabar
Me: baik..selamat tahun baru
zullys_amin: begitu gak dengan awak. pa azam baru niii
Me: nak kawen
zullys_amin: bagus tuuu. Dah ada calunnya ke
Me: ermmm
zullys_amin: cakaplahhh
Me: nape?
zullys_amin: klu calunnya saya
Me: ikut planning december 2011
zullys_amin: yaa ke
Me: lambat lg
zullys_amin: tak lama lagi tuu 11 bulan lagi
Me: lg 364 hari
zullys_amin: hahahah.bersabar. carilah suami yg memahami hati awak
Me: yups mestila
zullys_amin: takkan laaa takda calon lagi
Me: ade ramai...tp sy dh pilih sorg
zullys_amin: abistuuu dia suka awak ke
Me: nape awk ckp camtu?awk suke sy ke?
zullys_amin: awak kena tengok bezakan antara kawan dan calon. Sbb maybe dia gak ada pilihan
Me: awk suke sy ke?
zullys_amin: kita hanya kawan. sbb kita tak pernah melepaskan kata cinta dan sebaliknya. kita pun belum mengenali antara satu sama lain dengan lebih rapat. betul tak?
Me: betul
zullys_amin: agak2 lelaki yang awak suka tuuu ada respon ke terhadap awak
Me: ermm
zullys_amin: jangan tertipu oleh lelaki tau
Me: insyaAllah
zullys_amin: baguslah klu memahaminya. Dah kenal hati budinya ke
Me: ntahlaa. sy x berani nk jamin, sy cuma berharap
zullys_amin: apa kata kita berkongsi pendapat. awak tengok lelaki tuu cam mana?
Me: baik...
zullys_amin: perwatakannya camne
Me: sempoi
zullys_amin: awak selalu tak call dia malam2
Me: sms jer..dia bz.
zullys_amin: bz apa malam2 tuuu. dia keje malam ke
Me: tak..keje siang..tp slalu mlm dia penat
zullys_amin: umur dia?
Me: taun ni 33
zullys_amin: dia bujang ke
Me: a'ah
zullys_amin: saya rasa kurang yakin yang dia bujang laaa
Me: ermm
zullys_amin: apa sebab saya kurang yakin dari segi umurnya. biasanya klu malm2 dia kata sebok atau penat untuk dia berehat adalah mustahil kot2 dia melayan anak2 n bini dia tak. maaflah saya kata g2
Me: takper..itulan nasihat awk
zullys_amin: sbb itu adalah hakikatnya klu berumah tangga. saya tak boleh menghalangnya itu hak awak. selidik dulu laaaa
Me: ok..sy akan cube selidik
zullys_amin: peringkat awal niii awak call dia malam2 dalam lingkungan 10 malam ke dia angkat tak phone
maybe sesekali dia angkat kot
Me: dia bz
zullys_amin: takkan laaa bz takleh nk angkat phone
Me: dia slalu g keje luar. skang kt kerteh terengganu. next week baru balik
zullys_amin:
abis keje luar pun takleh jawab hp ke
Me: sy pon x rajin call heheh
zullys_amin: kene rajin cal laaa sbb nk menguji dia
Me: ermm nnti sy cube call
zullys_amin: saya nk awak jangan tertipu dengan lelaki tuuu ajeee
Me: ok sy phm
zullys_amin: sbb apa tau jarang lelaki umur 33 tak kawin lagi
Me: nape?
zullys_amin: biasanya dlm 24-30 lelaki akan kawin. ermmmm. bila awak nk g umah familly dia
Me: sy x plan..sbb lelaki yg kna pg umah pompuan. ikut adat
zullys_amin: lupakan adat. awak kata kat dia saya nk g jejalan umah awak
Me: sy segan
zullys_amin: klu lelaki yang jujur dia akan bawakan awak ke umah dia dan memperkenalkan awak pada mak ayah dia. masa tuuulah awak tau yang dia dah kawin ke belum ke. klu dia beri alasan ini bermakna ada kurang kejujuran, ada yang tak kena. cakap saya adalah betul mungkin cara ini awak tak terfikir
Me: pendapat ikhlas dr seorg lelaki
zullys_amin: cubalah buat
Me: insyaallah
zullys_amin: klu dia beri berbagai2 alasan bermakna dia tak jujur oleh itu awak boleh cabut
Me: cabut?
zullys_amin: maksud saya cabut tuuu keluar dari dia
Me: owhh eheheh
zullys_amin: yaaa laaah buat apa awak berkasih pada yang tak setia lainlah klu awak suka suami orang
Me: isyy mintak simpang
zullys_amin: awak buatlah petua saya niii misti mujarapppppp


p/s: Minta maaf sbb ade byk typo error..Tak larat den nk repair.. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...