Salam..Hari ni saya nak jadi chef dalam contest yang di anjurkan oleh Sinar Raudah..Resepi boleh menang saya ialah sup dan roti…Orang akan kata..Elehh ape barang sup..sonang yo!..Sukati laa sebab aku suker..Ko ingat aku rajin ke mau masak rendang, siang ayam sembelih lembu dan tenggek lemang????
Hadiah yang ditawarkan ialah pembakar roti hasil undian ramai..Nyesal tak undi..kerana Donna nak rice cooker (Perasan boleh menang)…Anyway kalu Donna menang, harap pembakar roti tuh otometik bertukar menjadi bread maker ke oven ke...LOL
Sup cendawan
1 Kiub ayam
Semangkuk isi Ayam (Potong kecil-kecil)
1 biji Bawang merah
3 ulas Bawang putih
Semangkuk Cendawan (hiris halus)
2 cawan air masak
250ml Fresh milk (pastikan tidak berperisa vanilla)
1 batang Celery (hiris)
Garam secukup rasa
1 sudu makan minyak
1 sudu tepung jagung
1. Tumbuk sampai lumat bawang merah, bawang putih dan tumis bersama celery
2. Masukkan air , kiub ayam dan garam biarkan mendidih
3. Masukkan cendawan, fresh milk tadi dan tepung jagung..
4. Setelah mendidih dan agak-agak masak..angkat, hias dan hidangkan…
Tadaa!
:
:
:
Hahaa..Jangan masukkan mr. Smurf yer….kesian dia
Kalau tak jadi jangan salahkan Donna. Lain kali beli je laa yang dalam tin..
Garlic bread
Roti perancis hiris nipis (about 1 inc)
Butter
Oregano
Bawang putih
1. Tumbuk bawang putih sampai lunyai..
2. Satukan bawang, butter dengan oregano sehingga serasi
3. Lulur pada permukaan roti
4. Tekap pada kuali leper sampai crispy..Api mesti kecik jer tau..Kang hangit!
5. Lepas siap masak boleh dihidang dengan sup cendawan
6 comments:
wow..aku ingatkan sup biasa..rupenye bukan..namakan la sup cendawan ala2 campbell....[btl ke aku eja ni?]
First amy nak ucapkan terima kasih coz sudi join contest sinar raudah. Penyertaan memenuhi syarat yang sinar raudah inginkan.Good luck ok..
p/s: wah sedapnya amy memang minat gile dengan sup cendawan nie..pasni leh cuba..
Cerita...mane boleh sebut campbell...tidak ditaja lorr...
Amy..Cube tau ..senang jer...
tak pernah buat sup cendawan sendiri...dok rembat kat pizza ja selama ni...:)
Sedapnya makan roti dgn sup cendawan..... Macam lapar dah rasa.
SIla-sila lah cuba masak sendiri di rumah..Cewaahh baru 1st time Donna publish resepi kt blog ..dah rasa mcm hebat la plak!
Post a Comment