Sebelum ni segala intipati berlegar-legar dalam perut saya…Inspired dengan clip yang saya tgk beberapa hari lepas berkenaan dengan tokoh ilmuan tuan sheikh Dr. Afifi Al-Akiti…..Today saya just nak bercerita sket all mende remeh yang orang slalu tak pandang…
Jika kamu seorang guru/pensyarah maka:
SAMPAIKANLAH SEGALA ILMU YANG BENAR..
Nah! sekarang kamu study la sendiri. Baru ko tahu betapa susahnye aku dulu..(unsur-unsur balas dendam atau penganiayaan ade disitu). Perkara ni ada terjadi dikalangan pensyarah yang belajar di luar Negara..
Ada kes yang teruk yang lain, terdapat pensyarah tertentu mengambil hasil kerja+usaha orang lain lalu digantikan dengan nama beliau..Adilkah?
Mengerah (RA) buat semua kerja..at the end dia akan amik sume hasil untuk convert jadi hasil kerja PHD dia..
Petanda ikhlasnya anda berkata ‘meh saya ajar atau mari kita kaji sama-sama....Bila awak dah pandai giliran awak pula ye amal dan sebarkan’..(Sesungguhnya anda telah memanfaatkan usia dan kesihatan anda dalam beribadah)
Nasihat saya, even anda mengajar ilmu duniawi..Selit2 la sket peringatan yang manusia selalu lupa..Contohnya ‘jangan lupe baca doa bila masuk tandas.,’ hihihih….
JANGANLAH KAMU RIAK…
Hey ko cume ade SPM jerr? Saya ade master/ phd tau…
Anda menjadi kan tahap kelulusan anda untuk mendapat penghargaan, pengiktirafan, blaa..blaa..blaa…dan kenaikan gaji..
Ade pula sesetengah kes pihak-pihak tertentu mengambil sarjana atau kedoktoran yang tidak berkait dengan skop kerja..Kesudahannya ilmu tidak dimanfaatkan kerana niat sebenar individu terbabit hanya untuk mendapat kenaikan gaji…Wajarkah??
JANGAN GEMAR MENGHUKUM
Pelajar pandai..Owhh student nih bagus dia rajin…meh saya up kan lg markah dia
Pelajar kurang cemerlang..Huhh dasar pemalas..Saya takde mood nak tanda paper dia..Lantaklahh..Kalau dia fail..sy memang dh jangka!
Mengapa pelajar lemah/ketinggalan tidak dibimbing?..Entah2 mereka ade masalah atau tersepit dengan keadaan yang sukar hingga menyebabkan mereka tidak boleh perform..Adakala insan yang tidak anda didik sepenuhnya bakal membantu anda dihari mendatang kelak malah lebih menghormati anda kerana mencurahkan ilmu tak seberapa tu..
Pada pendapat saya manusia boleh Berjaya pertama disebabkan sokongan dari orang tersayang. Sebagai contoh mak cekgu, ayah menteri, nenek peguam, atok arkitek.kakak manager, abang engineer.Mereka sume menyayangi, membimbing dan menjaga anda bagai nak rak!..No wonder laa anda pon Berjaya…
Pendapat saya yang kedua..Insan yang mampu mengawal tekanan dengan baik..Sebagai contoh disebabkan kecacatan, siPolan tidak mahu menjadikan ianya satu penghalang utk beliau Berjaya..Haa Nampak tuh!
Tak Nampak? Ok contoh kedua..Atan akan berusaha untuk Berjaya demi menebus maruahnya yg tercalarr…
Masih tak Nampak lg?..Deyy budak kecik pon tau laa ending of any moral story books
Apa yang saya nk maksudkan disini pelajar lemah mengalami kekurangan upaya untuk mengawal tekanan..Biasalah perjalanan hidup setiap insan berbeda..
Maka ikhlaskan hati anda untuk membantu mereka..Setidak-tidaknya berdoa lah untuk mereka..
Ok dah banyak sgt sy type nih..Tak larat den..Korang pon tak larat nak baca kan?..kan??...
Kata-kata penutup yg saya petik dari Tuan Sheikh…Darjat seorang guru itu sama dengan ibu-bapa..Jika saya guru anda anda..Saya menganggap anda juga seperti anak-anak saya..Anda pula haruslah menganggap pelajar sekeliling anda sebagai saudara-saudara anda..
Wassalam….Daaaa!
No comments:
Post a Comment