Friday, November 18, 2011

Cinta milik Siapa

This is a simple and short story...Amaran ! Kalau tak faham..jangan baca..

Kelmarin ada seorang ustaz bercerita tentang bertemunya beliau dengan seorang datin..
Datin tuh memiliki pakej lengkap..Pakej ape? pakej datin lah ...
Nih ape yang ustaz tuh cerita..menurut pandangan mata lelaki dia..beliau seorang yang Cantik, Stylo, Ayu-mayu, Blalaalaa ~...malas nak explain panjang2..Kang rase tergugat pulok..sejak bile ko jadi datin?
- - - - - - - -
Datin tuh menjelaskan pada ustaz betapa 'dalam' dan agungnya cinta terhadap suami...
Antaranya sila bayangkan
Rutin hariannya menanggalkan stokin kaki  busuk suami sebaik pulang dari kerja..
Membasuhkan tangan Datuk setiap kali nak makan...
Dan macam-macam lagi..
Tak sampai hati nak cerita secara panjang lebar..bikin sentap hati para isteri di luar sana...

Dipendekkan cerita..

Beliau mendapat tahu bahawa beliau telah dimadukan...
Beliau cuba mengajukan isu itu pada datuk, tapi datuk pula mengancam untuk menceraikan pula si datin tersebut..jika isu itu cuba diketengahkan..
Dengan perasaan yang teramat sedih

Datin bertanya pada ustaz..' KENAPA SAYA DIUJI ? '

Ustaz tuh kemudian mengajukan pula soalan pada Datin..

" Cinta Datin itu sepatutnya dituju pada siapa? Suami atau Allah ?
Datin cintakan Datuk kerana dia adalah suami atau mencintainya demi kerana Allah semata-mata? "
Kalau Datin melakukannya kerana Allah, ..Datin masih mempunyai tempat di sisi Allah...




Cukup sampai di sini sahaja...Selebihnya adalah ruang dan peluang untuk anda berfikir sendiri.. Kepada yang masih tak faham, Siapa suruh kamu baca sampai habis?
Wallahualam ~




p/s: Jika tulis dalam bentuk 'report writing' mungkin lebih sempurna


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...