Monday, August 16, 2010

Bacalah Yassin

  RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
  "Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:
  1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
  2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
  3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
  4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
  5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
  6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
  7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
  8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah
  meringankan siksanya..
  9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
  10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada
  penyakitnya.
  11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati
  dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya
  Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10
  kali..
  12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka
  membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris
  bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah,
  menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan
  jenazahnya".
  13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka
  membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman
  untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan
  ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya
  diambil.
  14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat
  dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan
  rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya
  pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan
  dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi
  sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

2 comments:

sahromnasrudin said...

salam ziarah..kenal blog ini dr nuffnang..nice blog wz nice entri..tahniah dan keep it up..jemput berkunjung ke blog sy..tenkiu

Donna said...

trimass ya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...