Wednesday, September 14, 2011

Tubuh LeLaKi untuk Dikongsi-kongsi ~ngeri





SELALUNYA orang lelaki yang sering membicarakan tentang bentuk tubuh perempuan yang menarik minat seseorang lelaki itu. Masing-masing punya pendapat sendiri.
Ada yang menganggap rambut adalah aset paling utama bagi seseorang wanita yang mampu menarik perhatian mereka. Tapi kebanyakannya menyukai bahagian-bahagian yang dianggap seksi dan menghairahkan seperti punggung dan dada perempuan!
Sekarang tiba masa kita bongkarkan bahagian anggota tubuh lelaki yang menjadi intipan perempuan...Donna mentioned perempuan tulen tau...



RAHSIA BAHAGIAN PERUT LELAKI



Menurut seorang pakar terapi seks Dr Ava cadell, seseorang yang menyukai bahagian tengah tubuh lelaki ini melambangkan seorang yang ingin menguasai si lelaki. Mereka juga seorang yang suka dan inginkan diri mereka menjdi fokus utama si Dia. Mereka ingin diri mereka dianggap segala-galanya bagi lelaki itu!..Keburukannya, sekiranya mereka tidak mendapat apa yang mereka inginkan, mereka tidak teragak-agak untuk berpaling tadah dan meninggalkan lelaki itu…

RAHSIA BAHAGIAN PEHA



Mereka yang menggemari bahagian peha lelaki yang pejal melambangkan bahawa meraka itu sukakan kehidupan yang mencabar dan gemar berkongsi aktiviti mencabar dengan si Dia.Dalam hal ini kebarangkalian anda juga sukakan kejutan didalam kehidupan sendiri.

RAHSIA BAHAGIAN DADA



Rata-rata perempuan sukakan dada lelaki yang bidang..Ada yang menggemari lelaki dada berbulu dan ada yang sebaliknya. Terpulang kepada diri individu itu sendiri.
Sikap perempuan yang menyukai bahagian tubuh ini, ..Mereka dikatakan seorang yang manja dan mengharapkan lelaki yang mendampingi mereka itu boleh bertindak sebagai pelindung kepada yang boleh membuatkan diri mereka rasa selamat bila berada disisinya. Menurut pakar, perempuan yang menyukai bahagian ini lebih mementingkan kestabilan hidup berbanding dengan seks bila berkahwin nanti. Sekiranya mereka tertarik pada jejaka yang berbulu dada, bermakna mereka inginkan lelaki yang bersifat “Kejantanan” dan sekiranya dada tanpa bulu, mereka lebih sukakan lelaki bersifat agak keanak-anakkan…Patutla makin ramai perempuan meminati korean guys

RAHSIA BAHAGIAN TANGAN YANG SASA



Tangan yang kasar dan sasa itu mempunyai tarikan yang tersendiri. Bagi seseorang perempuan yang meminati bahagian tangan lelaki, bermakna mereka itu meminati lelaki yang boleh diharapkan dan mereka suka bergantung kepada lelaki itu di dalam hidup mereka nanti..

RAHSIA BAHAGIAN BIBIR



Bibir lelaki juga mempunyai tarikan tersendiri bagi seseorang perempuan. Menurut pakar, hanya menerusi bibir, Personaliti lelaki itu juga boleh diketahui. Misalnya sekiranya bibir dibahagian bawah agak menonjol sedikit, ia memberikan gambaran bahawa lelaki itu seorang yang sensitif dan prihatin terhadap perasaan orang sekelililing meraka. Namun secara amnya, bagi seorang perempuan yang menyukai bibir seseorang lelaki melambangkan bahawa dia mementingkan komunikasi didalam perhubungan. Tiap apa juga yang berlaku, mereka lebih suka berterus terang. Jejaka yang mampu menarik minat mereka sudah tentunya lelaki yang senantiasa mencuba untuk memahami mereka.

RAHSIA BAHAGIAN BAHU DAN LENGAN

Bahagian bahu dan lengan adalah antara bahagian yang paling diminati oleh golongan perempuan apabila melihat susuk tubuh seseorang jejaka. Menurut pakar, bahu yang lebar dan tegap adalah sama tarikan dengan saiz payu dara seseorang perempuan. Seperti juga dada, bagi perempuan, bahu memberikan perasaan selamat kepada sesorang perempuan bila tangan tegap dan kukuh itu melingkari tubuh mereka.(18SX)

RAHSIA BAHAGIAN PUNGGUNG



Jika lelaki sukakan punggung perempuan, apa kurangnya perempuan. Bahagian punggung yang pejal dan cantik menjdi perhatian perempuan. Malah ada yang mendakwa kononnya, sekacak manapun lelaki itu jika tidak punyai punggung yang cantik seolah-olah akan hilang sedikit kekacakan meraka. Walaubagaimanapun, perempuan yang meminati bahagian punggung ini seorang yang senantiasa ceria dan inginkan perhubungan yang penuh dengan keseronokan biarpun perhubungan itu mungkin tidak berpanjangan. Selain itu, mereka juga seorang yang terbuka dan suka suatu yang mencabar…



p/s: so para lelaki sekalian...anda sekarang boleh laa tutup or dedah  aurat bahagian anda tuh..Terpulang pada individu utk cenderung memiliki sikap perempuan yang mana..Kalu Donna..ermm suka semua kot..Hahaha..Giler hapa! nk bagitau korang ...

1 comment:

Anonymous said...

Wow that was strange. I just wrote an incredibly long comment but after I
clicked submit my comment didn't appear. Grrrr... well I'm not writing all that over again.

Anyhow, just wanted to say superb blog!

my website ... click here

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...