Menurut Ustaz. Ismail Kamus
1. mimpi adalah 1 daripada 46 juzuk kenabian
2. mimpi terbahagi kepada 3
- mimpi yg menyukakan dan menyenangkan hati datang dari Allah
- mimpi yg menakutkan - mimpi yg diganggu oleh syaitan..
- mimpi dari sudut psikologi, bisikan diri sendiri - benda yg terlintas dlm hati..
3. Rasulullah pernah menerangkan, mimpi yg baik itu adalah satu berita gembira dari Allah
4. Jika bermimpi berjumpa Rasulullah, ini adalah alamat kita akan dapat kebahagiaan
5. jika bermimpi berjumpa org tua dgn pakaian yg elok, tak reput, dan rupa paras yang elok, menunjukkan dia ahli syurga
6. jika tidur dgn wuduk, roh akan naik ke alam yg tinggi, dan bertemu dgn org yg dah mati dan berbual.. sampai masa, roh akan balik, roh org yang telah mati juga nak ikut balik tapi Allah tak benarkan.
7. mimpi itu juga adalah sesuatu yg menunjukkan peristiwa yg akan berlaku di masa akan datang
8. mimpi mesti dita'wilkan oleh org yg pakar, dan mesti di ta'wilkan sesudah subuh, iaitu sebelum terbit matahari.supaya mimpi itu dpt diceritakan dgn jelas
9. mimpi tak boleh diceritakan pada semua org.. kecuali pada org yg rapat dan org yg bisa menta'wil.
10. mimpi yg buruk disebabkan oleh kedukacitaan yg dicipta oleh syaitan semata-mata..
11. apabila mimpi perkara yg tak suka, ludah di sebelah kiri 3 kali (isyarat).. menghina syaitan. dan membaca 'a'uzubillah hi minasyyaita nirrajim, wa min syarri ma roaitu' : aku berlindung kepada Allah dari syaitan yg direjam, dan dari kejahatan ape yg aku mimpikan.. sebaik2nya solat dua rakaat, dan beralih tidur.
12. ceritakan mimpi kepada org yg dikasihi dan dicintai dan kepada org yg boleh menyimpan rahsia
13. kalau bermimpi tangan kena ikat atau mimpi kena belenggu di tengkuk, ada sesuatu yg tak baik akan terjadi.
14. sebaik-baik mimpi adalah pada waktu sahur.. 2-5pg.. mimpi tido siang tuh tak boleh caye ~
15. jika melihat Rasulullah dlm tidur, maka ia adalah benar kerana syaitan tak boleh menyerupai Rasulullah
16. adab mendapat yang mimpi baik ialah:
- tidur mengiring di lambung kanan
- baca surah ad-duha
- baca surah at-tin
- baca 3 qul..
- doa tidur
17. Setiap mimpi jgn diceritakan pada org jahil ataupun musuh anda..
Wallahualam~
No comments:
Post a Comment