Friday, December 17, 2010

Kawan kemalangan

Kejadian berlaku ketika di luar rumah...Lepaking (orang kaya kate 'ngeteh') dengan kawan-kawan sambil berbincang plan projek juta-juta..(Memang asik sembang mende yang sama pon..tapi sampai takuk tu jela)


Tetiba pangilan telefon..(Nombor baru! Arghh mesti nak promote barang)
'Hello'
'Awak kawan cik Ttutt kan?' (Separuh menjerit dan dengan nada cemas!)
Haa yer betul kenapa? -Cuak-
Tolong datang sekarang..depan kilang proton Tanjung Malim
Kawan awak eksiden 


Aku bergegas ke tempat kejadian,
Kereta kawanku remuk, hancur teruk..Yang peliknya kereta dia parking canteekk kat tepi jalan...
Aku di maklumkan, beliau berdiri di sebelah kereta sambil menjawap panggilan telefon.Tup-tup trailer besar terbabas dan menghimpit beliau...
Yang paling menyedihkan beliau mati dalam perjalanan ke hospital..
Kecedaraan yang cukup parah menyukarkan beliau untuk selamat..(Kalu selamat pon memang dah tak rupa manusia)

Mana takyer..Tempurung kepala retak, kaki bersilang-berlipat, pendarahan tanpa henti...Muka pecah..Owhh memang sadis!


Aku panik!..Camane nak explain ngan family dia...
Err aku lom sempat nak minta maaf dengan dia..(Dia pon lom minta maaf ngan aku)

:
:
:
aku tak mampu nak ceritakan..di tapak perkuburan..Kerana suasana sungguh sayu, hujan renyai-renyai..Di tepi sudut seluruh keluarga beliau meratap kematian beliau..



Aku dah fikir masak-masak..Malam ni jugak aku kena kemas barang untuk pindah rumah malam ni jugak!....Aku tak mahu diburu bayangan arwah..Sebab atau kenapa? Hanya kami sahaja yang tahu (Urusan orang dewasa la)
Kang tak pasal-pasal aku nampak kelibat arwah di katil, di dapur, di dalam peti ais hatta duduk dalam mesin basuh..<--mesin kegemaran arwah
:
:

Sedang sibuk aku berkemas telefon berbunyi lagi...Gulp!
Err..alarmm jer
Hampir terhenti jantungku sebab nampak beliau di katil..katil??
beliau terbaring kaku siap berpakaian uniform kejer..

p/s: Aku sangat2 berharap beliau tak tahu mimpi aku alami malam tadi ...Takut dia kecik ati jerr..hehehe (Untuk part ni aku malas nak tafsirkan...Konfem ngarut)

2 comments:

Kak Amy said...

As'salam..

mimpi kan maianan tidur x yah di fikirkan sangat k..

Donna said...

Wassalam..Hehhehe...Imaginasi tinggi sebelum tido kot

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...