Friday, April 29, 2011

Mengapa bunuh diri

Mengapa bunuh diri?
Kerana aku patah hati
Anak-anak tak menjadi
Suami pula dah tak peduli..

Mengapa bunuh diri?
Hutang dan bunga makin tinggi
Duit tak mampu kucari
Aku tak tahu nak buat ape lagi

Mengapa bunuh diri?
Aku hilang maruah diri...
Boyfriend pula dah cabut lari..
Mana aku nak sorok bayi ini..

Mengapa aku bunuh diri?
Hidup ku tiada erti
Aku mangsa hipokrasi.
Akibat manusia taksub pada duniawi
Dipandang hina teruk lagi dari babi

Mengapa bunuh diri?
Kerana aku gagal lagi..
Seperti biasa aku dikeji..
Bukan membantu malah membenci..
Memang hakikat dunia kini..

Mengapa bunuh diri?
Kerana aku ikut hati
Ikut hati kan mati..
Sepatutnya aku dekatkan diri..
Menyembah pada Illahi...
Maha Pemilik segala yang hakiki...

Jadi jangan bunuh diri
Bumi ini masih Luas ~

























Tuesday, April 26, 2011

Aksi Gadis Melayu Bertuah

  

Noor Dayana anak kedua sekarang sedang mengikuti kursus perubatan (MBBS) tahun keempat di Manipal University, India dan dibawah tajaan biasiswa MARA. Pengajian perubatan di India adalah selama 2.5 tahun dan sekarang dia sedang membuat klinikal di Manipal-Melaka Campus di Air Keroh, Melaka selama 2.5 tahun lagi.
Gadis bertuah ini memang seorang yang ceria dan sunyi dirumah kalau dia tiada. Both mak and ayah is very proud and pleased with your academic achievements and may Allah rahmati your goals in life to be a successful doctor. Mak dan ayah are glad that she are back in Melaka Campus and not being far far away in India.

 sila klik;

 Rajin ber'posing' juga dia neh...

Riak wajah yang ikhlas gitu...Tapi paling penting dia takde buat aksi gedik dan perasan lawa...Serius Donna raya loya tengok pic makwe-makwe buat gaya control ayu, juih-juih bibir atau menyetimkan mata... Huh!



Kenapa Donna kata beliau sungguh bertuah....Ini kerna beliau telah berjaya memilik Ustaz Amirul..
Hebat kan?..Asyraff Muslim memang lelaki hebat kerana bijak menilai perempuan.. ( Adakah ini bermakna Donna pon ade peluang ke kahwin dengan artiss?? Arghh Mimpilahh!!)

Kacak kah? 


Akhir sekali Donna doakan semoga jodoh kalian kekal dunia akhirat dan mendapat ramai zuriat yang soleh dan solehah... 








Monday, April 25, 2011

Woman's Tool


Oh, Donna, Oh, Donna

I had a girl
Donna was her name
Since she left me
I've never been the same
'cause I love my girl
Donna, where can you be? Where can you be?

Now that you're gone
I'm left all alone
All by myself
To wander and roam
'cause I love my girl
Donna, where can you be? Where can you be?

Well, darlin', now that you're gone
I don't know what I'll do
All the time and all my love for yo-ou-ou

I had a girl
Donna was her name
Since she left me
I've never been the same
'cause I love my girl
Donna, where can you be? Where can you be?

Oh, Donna, Oh, Donna
Oh, Donna, Oh, Donna

Ulang nyanyi sampai senak...Lagu ni memang meruntun jiwa semua..Ehh tidaklah..saya Donna..bukan anda..HuhHu...

Pertaining to the title above kite sebenarnya nak display tools yang sepatutnya ada (macam Donna ada)
pada rumah Gadis Melayu...
Tapi kalu anda bukan melayu, tak salah untuk milikinya...
Jadi sekarang see the checklist tools di bawah:

Mesin ini berke'pakar'an untuk mengikut arahan kaki dan tangan the 'Gadis Melayu' untuk menyambung dan  membentuk sebarang jenis fabrik..

 This is some of the tools untk baking jadi basic yang utama mestilah kena ade vanilla ye dak?..lain-lain ade laa a few of emulco, tray untuk membakar dan yang paling penting adalah tangan the 'Gadis Melayu' that should involve utk pembikinan bahan bakar..Ewaahh..(The rest tools masih dalam sink..tengah rendam untuk dibasuh jap lagi)

Ini ialah oven dan microwave versi 2+1...Hebat bukan walaupon kecil, tapi .. bolehlah digunakan ermm kamu ada? 

Periuk nasi ni ada banyak fungsi..Selain dari menanak nasi, beliau juga berkemampuan untuk melakukan acara stim-menyetim, menenggek lauk, pelbagai menu bubur, sup malah membakar kek juga..Tapi kalu anda tak pandai guna, beli je periuk biasa sudahlah..Membazir kiranya jika tahap kepakaran memasak tidak sama level dengan paras  teknologi.

Donna percaya ramai yang tak ade menatang ni kt rumah kan? Mana taknye..alat ini memang bole kasi kebas tangan plus jari jemari...di samping  mengeluarkan noise akibat vibration yang agak kuat..Tapi warisan nenek moyang kita perlu di pelihara .. Yes! pelihara itu penting walau jarang diamalkan..

Cube teka apekah maksud telinga kuali?..Hehehe...Lihat telinga kamu..sama tak dengan telinga kuali? Lihat kuali ni hitam legam dan macam berkerak tebal..Tapi itu bukan kerak..Memang dari azali begitu sebab kuali ni dah melebihi 7 generasi (Berdosa menipu
Api gas sengaja dipadamkan untuk megelakkan anda lebih teruja..Ngeee... 


Setakat ini sahaja tools yang Donna ada Oppss! silap ...the 'Gadis Melayu' should have...Kamu ada? ada?..mungkin lebih banyak dari Donna atau mungkin tak ada..HaHaa..

(p/s: Sebenarnye i've spent a time untuk kemaskan dapur secara solo sampai sakit pinggang..The rest anak dara ..Ghaib memang macam #$%&%^*!!!!)


.







Friday, April 22, 2011

Lelaki pilihan

Boroi dan Botak itu SEKSI....WawahahaWaHahaa....(guling-guling)


Giler ke ape aku neh?

tak cayer?

Mohh cuci mata....





Err..silap..nih masih kategori bayi....

Handsome kan?? Ngehh3x......

Botak melambangkan kematangan walau hakikat sebenar mengalami masalah keguguran rambut yang serius...
Boroi melambangkan hati yang maannyaakk senang...Jika pasangan anda boroi..Segera daftarkan beliau ke seminar diabetik atau membership untuk mana2 gymnasium terdekat...



 Say Cheese guys!!


Oppss! a BIG no dear..too sexy.....





Thursday, April 21, 2011

Teluk Cempedak

 Huargghh!!

Percutian yang tak berapa lama di Kuantan...agak menyeronokkan...
Donna cuma bersiar-siar di Teluk Cempedak..
Kiri-kanan kepala pusing mau cari dimana cempedak...
Tapi cume kelihatan beruk yang beraneka saiz..
Dari chief berukk hingga ke cicit piut miut oneng-oneng....
*Sigh..
Beruk-beruk ni bagus belaka..Tak ganggu orang..cume perati dan sekali-sekali beri tabik hormat pada orang kenamaan...
Pada hujung minggu memang meriah di pesisiran pantai..Donna plan nak mandi tapi hati jadi tawar...
Lebih kurang sepuluh budak-budak kecik yang bergembira berenang plus aksi men'terjun' tiruk...
Sungguh tak sesuai untuk Donna tiru lagak mereka..
Anyway...takde pic yang di capture..Ye laa setakat Kuantan...Ramai yang asik dok berulang..
Jemu nanti...
Buah tangan??..pon tak ade...beli untuk diri sendiri pon cuma sekeping 2..cucuk sanggul .. Ewaahhh! ngan t-shirt kaler purple..hhehehehee
'We' have 'our' dinner di Tanjung Lumpur..Sume orang kate sedap...
Tak dinafikan seafood memang fresh2 belaka..Tapi cara masakan agak 'longgar' kt tekak gue..hihihii


p/s: Khabarnya disitu merupakan lokasi bunuh diri yang telah berlaku baru-baru ni..Err sorry tak sure baru or tak baru..Tapi serius memang tapak kejadian bunuh diri...

Sunday, April 17, 2011

Mode bercuti ~

klik...

Dear readers...
I'm off to Kuantan now...

Ermmm...sorry guys...sebab tak ajak..

HAhhaHahaAAhhaHA.



Wednesday, April 13, 2011

Ciri-ciri isteri pilihan



Sedih dan simpati dengan nasib yang menimpa pengacara Trek Selebriti yang comel lagi handsome ini. Kemelut isu rumah tangganya bersama isteri, Nursuhaila Eliani Suhaimy, 25, bagaikan tiada penghujung. Terbaru dalam rancangan gosip panas artis yang paling popular, Melodi, Jimmy berkesempatan meluahkan apa yang terbuku di hatinya mengenai sikap isterinya.




Jimmy yang ditemubual oleh seorang wartawan Melodi ketika hadir di mahkamah bagi menfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya, menceritakan serba sedikit mengenai sikap sebenar isterinya yang tidak diketahui oleh individu luar. Gemar berparti, minum arak, berjudi dan kaki clubbing serta lebih mementingkan kawan-kawan daripada suami sendiri itulah sebenarnya ‘true color’ isteri beliau yang juga anak kepada pengasas produk kecantikan Natasya!

Paling mengejutkan apabila Jimmy sendiri menceritakan bahawa Suhaila sanggup meninggalkan malam pertama mereka semata-mata ingin keluar berjumpa teman-teman. Bahkan, status anak yg dikandung oleh isterinya juga tidak diketahui namun sebagai seorang lelaki dan suami yang bertanggungjawab, Jimmy ingin membela bakal anak yg dilahirkan tanpa mengira status sebenarnya.

Mendengarkan luahan hati jejaka yang luhur hatinya ini, pasti ramai di luar sana yang tertanya-tanya apa sebenarnya yang dah berlaku antara Jimmy, isteri dan juga keluarga mertuanya? Adakah sewaktu Jimmy berkahwin dahulu, Jimmy belum ‘cukup’ kenal siapa bakal isterinya? Atau hipotesis lain yang boleh dibuat adakah Jimmy ‘dipaksa’ mengahwini Suhaila? Atau Jimmy sebelum ini cuma memandang kecantikkan luaran..? Atau kekayaan dan susur galur keluarga yang hebat mengaburi mata Jimmy??

Cara majlis berlangsung pon penonton boleh agak...Terlalu menunjuk-nunjuk kemewahan dan lihat juga pada kesudahan..Nak salahkan takdir? Siapa yang memilih jalan tu?..Fikir-fikirkan

Jadi lelaki bujang di sana..Haruslah bijak menilai antara kaca atau permata..Buka mata anda luas-luas!
Khas ditujukan pada sorang 'guy' -> based on Donna's experienced..He's complaint a lot abt me..Seminggu gak arr Donna 'ternganga' dengan cara dia yang tak kena tempat..Donna malas nak bersuara..Sebab Donna tahu akibatnya...Mau meleleh air mata dia bila keluar bahasa lembut dan berbisa nanti..

bujang susah

Perkara-perkara gembira

Adakala setiap waktu Donna memikirkan sesuatu yang gembira yang pernah hadir dalam hidup Donna..
Tapi bila difikirkan balik 'takde lah gembira mane ponn'..
Mungkin keadaan pada waktu itu menjadikan diri ini terlalu gembira...
Atau boleh dikategorikan juga tiada apa yang lebih gembira terjadi sebelum itu..(Faham tak? kalu tak faham..anda memang belum baligh..Err apa kaitan?)

Stop! back to the topic


Baiklah semakin Donna dewasa, tiada perkara gembira berlaku, akan jadi..atau berkemungkinan bakal terjadi..Semua tuh bagaikan rutin-rutin yang biasa Donna boleh jangka..Kalau tak terjangka pon, hormon norradrenalin pada paras biasa  serta agak mustahil untuk melonjak atau mencuram secara tiba-tiba.


Jika dahulu, jika member kamceng jatuh dalam longkang pun sudah cukup menggelikan hati Donna..Malah bakal jadi bualan hangat berhari-hari...Sighh** itu dulu~


Owhh perasaan mood swing Donna sekarang mula merayap dan merebak ke hujung jari-jemari..Aduhh tgk kuku pon rase meluat..Apatah lagi tengok muka-muka kalian..Uikss! tak patut..bukan muka anda tapi mukabuku (Facebook)..

Terasa bagai ditusuk sembilu bisa
Pedihnya entah bila akan terhenti
Berkasih di rimba asmara berapi
Terbakar hanya ku sendiri



p/s: Sape yang terbaca entry ni banje Donna chocolate please... 



Friday, April 8, 2011

Review Novel: Aku yang kau tinggalkan

Source pic: tgk kt watermarks!


Two thumbs up untuk penulis!!
Garapan cerita yang matang, teliti serta penggunaan gaya bahasa mudah..
Serius antara bahan bacaan berkualiti dan terbaik! pernah Donna baca
Kalau cerita novel diangkat menjadi filem atau drama bersiri..pleasee..jangan ambik Fasha Sandha jadi heroin..Ayu Raudhah ok..Hero either Adi Putra atau Zulhuzaimy..(Donna cuma recommend yer) hehehhe... 

p/s: Membaca menambah ilmu pengetahuan..Andai bahan bacaan tiada ilmu bermanfaat..Mengapa membaca?..betul tak? 

Penggoda


The Sirens (Penggoda yang membawa maut)

Dalam mitologi Yunani, The Siren ialah tiga perempuan burung yang berbahaya, digambarkan sebagai wanita penggoda yang memikat pelaut dekat dengan mereka menggunakan peralatan muzik dan alunan suara merdu.
Penyair Romawi menempatkan mereka di sebuah pulau yang disebut Sirenum Scopuli di mana lokasi itu dikelilingi oleh tebing dan batuan bagi memudahkan untuk kapal karam di pantai berbatu itu. Lagu yang dikumandangkan menurut mitos, terlalu merdu, sedih mendayu-dayu hingga meruntun jiwa mereka yang mendengar. Pada bait-baik lagu akan berkiaskan unsur kematian  malah semakin lama semakin menyeramkan..




Queen Cleopatra

Cleopatra adalah jauh salah satu ratu yang pernah paling terkenal pada zaman Mesir kuno. Beliau merupakan wanita paling merbahaya menurut sejarah kerana berjaya menggoda dua lelaki paling berkuasa di dunia iaitu Julius Caesar dan Marc Anthony.
Baginda sangat cerdas dan merupakan seorang ahli politik cerdas dengan karisma luar biasa. Namun, tidak cantik dan mempunyai banyak ciri-ciri maskulin. Baginda memiliki segala ciri-ciri sebagai seorang pemerintah tak kira sama ada seperti lelaki atau perempuan. Yang menariknya, sikap Cleopatra tidak bersikap seperti perempuan santun atau lelaki sejati tetapi sebagai seorang individu yang didorong matlamat dengan penuh disiplin. Cleopatra seorang wanita cerdas yang fasih dalam sembilan bahasa. Baginda adalah seorang ahli matematik dan seorang pengusaha yang sangat baik malah berjuang untuk negaranya.
Baginda meninggal dunia pada tarikh 12 Ogos, 30 SM pada usia 39 secara membunuh diri.
Kematian akibat gigitan ular kerana terdapat kesan patukan pada bahagian lengan dan dada.





Donna rasa Cleopatra seorang yang ber’bintang’kan Aquarius..Setuju tak?..Maka kesimpulannya untuk menjadi seorang penggoda sejati, para wanita perlu memiliki ciri-ciri kepintaran, senyuman, suara merdu, keyakinan yang tinggi (pheww!..thanks to adrenaline..), dibantu dengan alunan muzik yang tepat dan sajian makanan lazat..

Ada lagi kah?...

Saturday, April 2, 2011

Review novel: Hingga ke Akhirnya

Novel ini adalah kesinambungan dari novel yang pertama...akhir sebuah cinta
Pandangan secara peribadi novel ini agak lebih baik dari yang sebelumnya...
Kerana banyak scene dan aksi -aksi kesan pengaruh mungkin dari hasil bacaan novel pelbagai genre...
Tapi sayang segala imaginasi milik penulis tidak disampaikan sepenuhnya...Malah emosi sepanjang perjalanan watak sahaja yang di paparkan...Terdapat juga khilaf yg turut di rasakan "doesn't make sense'...
Punya laah lama terperangkap dalam hutan, keluarga Mimi Atia tak cari ke?....Kereta yang di tinggalkan begitu je dalam hutan x timbulkan keraguan penduduk setempat ke?


Juga tak diterangkan secara detail jangka masa terperangkap dalam hutan..
Suasana atau keadaan mereka semua berangkat keluar dari hutan dan setiba nya di rumah..
Serta banyak lagi yang perkara yg penulis perlu ketengahkan...
Aduhh sakit kepala laa pulak...Stop dulu lah..




p/s: Bahan bacaan bersandarkan emosi semata-mata memang amat meletihkan...Dicampur aduk dengan bahan jenaka yang langsung tidak kelakar..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...