The Sirens (Penggoda yang membawa maut)
Dalam mitologi Yunani, The Siren ialah tiga perempuan burung yang berbahaya, digambarkan sebagai wanita penggoda yang memikat pelaut dekat dengan mereka menggunakan peralatan muzik dan alunan suara merdu.
Penyair Romawi menempatkan mereka di sebuah pulau yang disebut Sirenum Scopuli di mana lokasi itu dikelilingi oleh tebing dan batuan bagi memudahkan untuk kapal karam di pantai berbatu itu. Lagu yang dikumandangkan menurut mitos, terlalu merdu, sedih mendayu-dayu hingga meruntun jiwa mereka yang mendengar. Pada bait-baik lagu akan berkiaskan unsur kematian malah semakin lama semakin menyeramkan..
Queen Cleopatra
Cleopatra adalah jauh salah satu ratu yang pernah paling terkenal pada zaman Mesir kuno. Beliau merupakan wanita paling merbahaya menurut sejarah kerana berjaya menggoda dua lelaki paling berkuasa di dunia iaitu Julius Caesar dan Marc Anthony.
Baginda sangat cerdas dan merupakan seorang ahli politik cerdas dengan karisma luar biasa. Namun, tidak cantik dan mempunyai banyak ciri-ciri maskulin. Baginda memiliki segala ciri-ciri sebagai seorang pemerintah tak kira sama ada seperti lelaki atau perempuan. Yang menariknya, sikap Cleopatra tidak bersikap seperti perempuan santun atau lelaki sejati tetapi sebagai seorang individu yang didorong matlamat dengan penuh disiplin. Cleopatra seorang wanita cerdas yang fasih dalam sembilan bahasa. Baginda adalah seorang ahli matematik dan seorang pengusaha yang sangat baik malah berjuang untuk negaranya.
Baginda meninggal dunia pada tarikh 12 Ogos, 30 SM pada usia 39 secara membunuh diri. Kematian akibat gigitan ular kerana terdapat kesan patukan pada bahagian lengan dan dada.
Baginda meninggal dunia pada tarikh 12 Ogos, 30 SM pada usia 39 secara membunuh diri. Kematian akibat gigitan ular kerana terdapat kesan patukan pada bahagian lengan dan dada.
Donna rasa Cleopatra seorang yang ber’bintang’kan Aquarius..Setuju tak?..Maka kesimpulannya untuk menjadi seorang penggoda sejati, para wanita perlu memiliki ciri-ciri kepintaran, senyuman, suara merdu, keyakinan yang tinggi (pheww!..thanks to adrenaline..), dibantu dengan alunan muzik yang tepat dan sajian makanan lazat..
Ada lagi kah?...
No comments:
Post a Comment