Mengapa bunuh diri?
Kerana aku patah hati
Anak-anak tak menjadi
Suami pula dah tak peduli..
Mengapa bunuh diri?
Hutang dan bunga makin tinggi
Duit tak mampu kucari
Aku tak tahu nak buat ape lagi
Mengapa bunuh diri?
Aku hilang maruah diri...
Boyfriend pula dah cabut lari..
Mana aku nak sorok bayi ini..
Mengapa aku bunuh diri?
Hidup ku tiada erti
Aku mangsa hipokrasi.
Akibat manusia taksub pada duniawi
Dipandang hina teruk lagi dari babi
Mengapa bunuh diri?
Kerana aku gagal lagi..
Seperti biasa aku dikeji..
Bukan membantu malah membenci..
Memang hakikat dunia kini..
Mengapa bunuh diri?
Kerana aku ikut hati
Ikut hati kan mati..
Sepatutnya aku dekatkan diri..
Menyembah pada Illahi...
Maha Pemilik segala yang hakiki...
Jadi jangan bunuh diri
Bumi ini masih Luas ~
No comments:
Post a Comment