Monday, November 29, 2010

Nikmat air

Kedengaran mesin basuh berbunyi..titt..titt..Tanda baju roomate siap dibasuh oleh Si mesin rajin
Roomate?..Owhh dia sedang keluarkan bunyi kroohh..kroohh di katil..Tidak seperti Si mesin rajin..
Langkahku laju ke sinki..Spigot ku pulas..aisehhh....
Selamatlaa roomate..Baju dah siap basuh...

3 jam kemudian.....

Dengan lafaz Bismillah....Pulas lagi spigot.....Tiada titisan air..


Rupenye roomate dah bangun dan start packing baju ala-ala lari dari rumah.."Jom cpt siap2 kita gi umah Mizz..mandi kat sane..Untung-ntung boleh lunch skali barang sepinggan dua"
Memang rezeki kami...Sambil udang, sup sayur, ikan goreng, sambal kicap..Fuuhhh!~
~Terima Kasih Mizz~

Seharian merambu menghilangkan masalah yang patut kami pk~ sepatutnye laa

Tengah malam at 1.a.m..
Still takde air..Arghh dah rase malas nak pk baik tdo...

Today sampai jam sekarang ni aku masih setia bertenggek di sinki menunggu air ..
Bertahun-tahun masalah begini belom penah lagi berlaku..

Notis?
Takde pon
Bil?
Kami tak reti berhutang..
Paip pecah?
Takde mini waterpark di luar


p/s: Tetiba teringat kenangan manis yang kami lalui ketika mencuci pinggan di sink,basuh baju, yang penting skali..nikmat mandi..err..mandi?
Kejiranan kami selamba jer..Macam takde masalah air..Penuh baju-baju diampaian..Aku syak ade makhlus halus yang tutup main pipe..(Kenapa aku tak terfikir dari semalam ekk?) (~ _ ~)


 Model hari ini



Saturday, November 27, 2010

Tips Melahirkan anak yang pintar

Pintar..Apa itu pintar?....
Semua ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka menjadi genius/pintar/bijak etc...
Bukan ape..Tak payah susah-susah perabih duit nak kena anta gi tuisyen..
Leceh tau nak mengajar budak-budak..(Tau tak per)..
Tuh lom jumpa budak jenis slow..Berpuluh kali ajar masih blurr lagi..
sebagai contoh...
Burung ape pak?
Burung murai...
Burung ape pak?
Burung murai nak...
Ulang-ulang sampai seploh kali
Kalu ikutkan hati...rase macam nak kasi luku jer pale...

Tapi dinasihatkan anda menggunakan kuasa hikmah iman dan kesabaran yang optimum.. Dengan teguran berhemah lagi mempersona..diperisakan lagi dengan senyuman meleret..
"Kamu makan beras ape yer?..Nanti pesan dengan mak kamu..minta dibelikan ubat pandai barang 3-4 botol..."
Jangan risau, depa tuh kan slow..Dalam hati mereka akan berkata anda lah guru terbaik kerana tidak menggunakan kekerasan..

Berikut adalah tips Dr. Fadhilah Kamsah:

Antara tips untuk dpt anak bijak/genius, 

!. Ajar anak (atau baby)tidur mengiring ke kanan
~ sbb jantung (yg terletak sblh kiri)akan lebih"lapang"/"lega" dan mudah berdegup (perjalanan darah okay) and otak anak akan develop excellently. 

2. Bagi anak2 yg dah azalinya active or hyper-active, kurang(or jgn) pakaikan baju warna orange
~ sbb warna ini boleh merangsang secara aktifnya tindak tanduk anak (ie. akan lebih nakal), sentiasa bersemangat waja & exuberant.

Selebihnya sila rujuk : rahsia-anak-pintar 

hiasan jaa


Terniat di hati ingin mengajar anak saudara yang berumur hampir 3 tahun mengira...
Baru ku sebut "One...."
Si kecik menyambung dan menunjukkan jumlah jari selari dengan kiraan sampai Ten!...
Mickey mouse laa aunty.......... 
Cesss!...ok..pasni pape sume belaja sendiri je yer....

p/s: Tuh tak termasuk kes member yang beria nak ajar anak keciknyer mengira...
Ibu : Satuu.....(sambil berharap anak mengikut)
Anak : MALAYSIAA!!...(wahh...dia dah tiru gaya PM laa)



Thursday, November 25, 2010

Ssumbang....Sumbangsih!

Bermula dari semalam rumet aku start komplen...

"Macha kite ade problem ke?"
Ehh..Apesal plak tiba2 rumet aku amik berat pasal dia?
"Nape..?"
"Takleh online laa..Dia tukar password"

Sudaahh!...Sambil tepuk2 dahi..Sape laa yang mencelikkan macha neh?



 Klik Macha

Akan makin bertimbun laa tugas aku..

Sape nak bagi ikan aku makan?
Sape yang nak bersihkan Aquarium?
Sape nak angkat Tandoori Chicken yang aku masak sejak dari semalam?
Sape yang akan tolong spice kan dish korang?
Sape yang nak update blog aku?
Sape yang nak baca blog2 korang sume?
Sape yang akan bace status sengal fesbuk?
Sape yang akan peduli korang punyer status in relationshit?
Sape?..sape??

p/s: Sesape yang ade berukben lebih...angkat tangan!

Wednesday, November 24, 2010

Wang Hantaran



Sekarang nih musim kahwin..Majlis berlangsung penuh dengan warna dan warni..Selalunya kombinasi 2 warna menjadi tema pilihan pengantin sekeluarga..Sebelum berlangsung majlis sehingga laa majlis berakhir, kejiranan tidak sunyi dengan desas-desus..Kalu di bandar tak berapa syiokk..Kerna gossip makcik-makcik bandar tidak setajam lidah makcik kampung..

Kalau dalam satu kampung, ada anak dara yang ada degree, hantarannya mesti lebih tinggi daripada anak dara yang tiada kelulusan. Ye ke? Tapi rata-rata majoriti perempuan perasan bagus..Apa tidak nya, mak janda masing-masing pun berebut nak letak harga.. Apabila orang Melayu mencapai status yang lebih tinggi daripada kebiasaan, mereka berasakan nilai hantaran perlu mengikut kedudukannya itu.
Masyarakat melayu kini berpendapat, wang hantaran yang mencecah puluhan ribu ringgit sebenarnya menggambarkan perubahan mentaliti dan status orang Melayu masa kini. Apabila tiba isu meletakkan nilai hantaran pula, mereka mendakwa tindakan itu diambil selepas mengambil kira kos kenaikan harga barang walaupun anak mereka boleh dianggap sebagai bahan komoditi. Justeru, jika nilai hantaran yang tinggi itu menjadi semakin tinggi mengikut pasaran semasa, ia boleh menyebabkan ramai lelaki dan perempuan bujang memilih untuk berkahwin pada usia lewat.

Namun kebanyakkan wanita Malaysia hari ini yang pakaiannya pun jarang dan ketat, menampakkan bentuk badannya sehingga boleh ditatap oleh mana-mana lelaki, kemahiran memasak yang ala-ala, hobi berkaraoke, menonton wayang serta wajah cantik hasil percampuran benih ibu dan ayah yang tidak soleh dan tidak bertaqwa dan membesar dalam persekitaran sosial dan maksiat lalu diletak harga ribuan ringgit apabila dipinang hanya kerana hasil solekan dan kesan khas (side-effect) memang membuatkan ramai lelaki teraniaya apabila terpaksa bersusah payah mendapatkan wanita seperti ini sebagai teman hidup.
Alkisah yang berlaku, ipar duai keluarga lelaki mula menyindir dan mempertikaikan bakal ahli baru dalam keluarga mereka. “ Apa yang bagus perempuan tuh, sampai hantaran tinggi sangat? Biasa jerr”Sambil menjuih bibir..Mau atau tidak bakal pengantin terpaksa menadah telinga dan menahan malu kesan penilaian keluarga bakal mentua..

Kisah yang kedua juga pertikaian Sang Bapa pada si perempuan yang bakal dipinang. “ Kenapa mahal sangat?” Kesemua menuding jari pada Sang Bapa “ Awak dulu pon letak hantaran tinggi untuk anak awak..Jadi salahkah kami pula?”..Sang Bapa malu tak terkata...
Itulah fenomena perkahwinan orang Melayu  kini. Segala-galanya mengenai status dan memancing kekaguman tetamu kepada pengantin dan keluarga. Alasannya, berkahwin sekali saja dalam hidup. Justeru, segala-galanya mesti hebat walaupun selepas majlis, pengantin dihambat hutang keliling pinggang.


 “Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu mengharamkan apa yang baik yang dihalalkan oleh Allah kepada kamu dan janganlah kamu melampaui batas sesungguhnya Allah tidak suka kepada golongan yang melampaui batas” (Al-Maidah : 87).

Baginda rasulullah bernikah dengan mudah, demikian para sahabat dan golongan salaf soleh manakala golongan bodoh serta ibubapa jahil hari ini yang bodoh ini mempunyai anak gadis yang tidak pun mampu menghafaz Al-Qur’an, wajah yang cantik bermekap dan akhlak yang terjerit dan terkinja seperti monyet lalu diletakkan mahar dan hantaran ribu-ribuan ringgit.



Sumber: Internet 

Wanita diumpamakan buah

Epal yang tidak berkualiti amat mudah di perolehi kerana ia berguguran di tanah
Tapi epal yang tak mampu di beli berada di puncak..
Susah di petik, susah di gapai..
Terkadang epal itu risau..
kenapa la diriku belum di petik?
Lantas ia merendahkan martabatnya..
dan mengugurkan diri menyembah tanah..
Sedangkan ia sebenarnya Allah jadikan begitu tinggi martabatnya,
sehingga tidak ada sesiapa berani memetiknya..
Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang mampu..
From:
Dedek 

 Tapi disebabkan sukar untuk melihat pokok epal..Apakata kita tukar kepada buah rambutan..ok?
Kerana lebih sesuai dengan iklim khatulistiwa dan lebih mudah didapati di Malaysia.. 
Buah rambutan yang terlalu tinggi, pemuda tidak akan berusaha untuk memetiknya..
"Buat apa susah-susah nak panjat..kat bawah2 ni berlambak..rambutan.."
Pelbagai halangan akan ditempuh untuk memetik rambutan di puncak..Dahan yang rapuh, kerengge yang ganas malah adakala buah akan busuk sebelum dapat dipetik.
Maka rambutan yang tinggi di puncak akan mereput begitu sahaja..Jikalau bernasib baik, rambutan tuh akan menjadi rezeki burung atau monyet...

Jadi?...
Tak payah laa umpamakan wanita sebagai buah, bunga, mutiara dan sewaktu dengannya...
Dunia berubah, masa berubah dan trend juga berubah..
Masyarakat kini boleh fokus pada perumpamaan lelaki la plak..Maklumlaa..Lelaki kan kian pupus..Ngeeee :D 

Sumber: google laa

 

Review Bumi Cinta

Sebuah lagi karya Habiburrahman El-Shirazy mengetengahkan konsep ketuhanan dan sarat dengan dalil dakwah mengenai kebenaran yang hakiki.

Hero Muhammad Ayyas.. Pemuda yang sederhana tetapi mempertahankan kesucian diri sepertimana Nabi Allah Yusuf. Plot menceritakan dugaan yang hebat terpaksa dilalui oleh Muhammad Ayyas dalam menangani godaan wanita2 Russia yang terkenal dengan kecantikan sepanjang tempoh beliau di sana untuk mengumpul data thesisnya..

Yelena- pelacur kelas atasan
Linor-pemilik BMW SUV X5 juga perisik ejen Mossad
Anastasia Pallazo- Pensyarah yang anggun, cerdik dan punyai persona





Tuesday, November 23, 2010

Awang tinggalkan Dayang

Awang tinggalkan Dayang kerana tuntutan kerja....
Selama seminggu Awang di pelantar..Keadaan hujan setiap malam.menyebabkan living quaters Awang bergoyang-goyang di tengah lautan...
Dayang rase sedih kerana berjauhan dengan Awang..Tapi jauh di sudut hati Dayang bersyukur kerana Awang busy dengan kerja..Bukan busy tengok betina!!.<-jealous nyer ..
Dayang juga rase bersyukur sebab tidak ikut serta Awang ke pelantar..Gila!..Kalu papehal, Dayang bukannye reti berenang..Konfem mabuk laut punye laa...

Monday, November 15, 2010

Skandal Uncleseekers

Wah..wah..kisah hangat yang aku baru tau pg td....
Al-kisah "cinta syyhh"
Banyak kenangan yang beliau hurai..
Kami sempat bermesyuarat tingkap..Kenapa dan mengapa??
Hasil dari brainstorming..Macam stail kene mandrem jer..
Adakah beliau inginkan publisiti?
Ingin melakar sejarah? Sebab try nak imitate dgn kes yang sama berlaku pada Lady Diana?
Apa niat beliau sebenarnya?
Keadilan?
Kepuasan mencetuskan sensasi?
:
:
Rase mcm nak muntah jer aku skrg nih..Bukan sebab food poisoning..Tapi beribu words berebut nak keluar dari mulut....

No judge ..Korang klik jer Link Unclessekers



Thursday, November 11, 2010

Aku baru tahu

Dr. Edward de Bono said the Great Prophet Muhammad had more to say about thinking than any other religious leader.
Klik Link 

"The Hadith (saying of Prophet Muhammad) says one hour of thinking is better than 70  years of praying"  (Star, 21 October 2007)
Tiada kepastian samada Hadis tersebut sahih atau palsu...

"Quran has 130 verses on thinking, more than in any religion" (Star, 21 October 2007)
Oleh mereka yang mengkaji Al-Quran...


Semalam ade talk abt skill of research then at then of his slide..he presented above..
Malu jugak sebab statement tuh di'cited' oleh seorang non-muslim dari negara India lewat petang semalam.. Sila kaji lagi mendalam yerr!


Wednesday, November 10, 2010

Jujur dan ikhlas menuntut ilmu

University of Wales di United Kingdom (UK) di London khabarnya menggantung hubungannya dengan Kolej Antarabangsa Fazley (FIC) milik penyanyi Malaysia, Fazley Yaakob sehingga satu siasatan dilakukan.

Menurut satu laporan Perbadanan Penyiaran British (BBC), tindakan itu dilakukan ekoran kontroversi berkaitan dengan kelayakan akademik penyanyi tersebut yang dikatakan memiliki ijazah doktor falsafah (Ph.D) dan sarjana palsu dalam bidang pentadbiran perniagaan.

Hebat betul bermotivasi di sana-sini...Tapi..master palsu...berkait plak dengan phd palsu...Kes parah ni..

BBC dalam program Week In Week Out: University Challenged mendakwa Fazley memiliki Ph.D palsu dan kini mengendalikan kolej yang menawarkan kursus sarjana muda dari University of Wales.
Dalam program itu, Fazley dituduh memiliki kelulusan itu dari sebuah universiti palsu...Kelulusan palsu, universiti palsu..Semua palsu belaka

Seingat aku, untuk mendapatkan sarjana..memang perit...Terutama dalam bidang penyelidikan...
Kadang-kadang rase macam sedih bila sesetengah orang mengambil jalan singkat untuk berjaya..Kesannya?..Kalau me'naya'kan diri sendiri ..Lantak hang laa...Tapi kesan yang teruk juga pada orang macam kami...(jujur ber'sarjana') Susah nak cari makan nnti..Sebab korang semua dah cantas!...
Paling kesian juga pada para pelajar..Berguru dengan guru palsu...huuhuhuhu.....so especially student IPTS berjaga-jaga ya!

p/s: Kisah benar berlaku dulu fresh grads dari IPTS diberhentikan kerja dari MNC (multinational company) sbb tak perform..Pointer gasak..coz he's scorer from the well-known IPTS..He's bla..bla..most of the theoris..but when comes to application, mamat tuh blurr.. 

Sumber : Kosmo

Lepas tuh kes terbaru seorang pensyarah universiti tempatan menunjukkan reputasi yang memalukan...
Apa yang dia buat???
Actually she's compiled sume fyp student plus master student punye thesis. Then she presented in viva-voce.consequently claimed all the work done originated from her.She said its novelty enuff thriving to entitle of doctorate..WTF!!

Sume student undergrad bawah dia dulu terkejut..plus siap mengaku yang diorg sume menipu data utk dapatkan result fyp..Name pon undergrad...Depa pon nk kejar masa supaya dpt grad on-time..

Kenapa beliau selamba buat begitu?
Sebab beliau sarjana bukan penyelidikan? So takde skill yang mantap
Or Memang sifat beliau ambil mudah untuk setiap perkara?
:
:
Kesannya..beliau jadi bahan cerita untuk satu kampus...
Maybe student akan disrespect sbb dpt lecturer macam tuh...
Dimana credibility?
adakah beliau ikhlas dalam kerjaya mencurah ilmu untuk anak bangsa?

Please laa Jangan biarkan title Msc. Phd cuma ada pada nama

Ipar aku pon wat diploma palsu. gak.. Nak menipu pon agak-agak laa...
Muka berkedut amik kat kedai gambar mane tah..siap bergaya pegang scroll..
Ingat aku bodoh?...Name kolej pon pelik..Tak pernah wujud kat dunia..Puas aku goggle n cek kat kt KPT..
Until now shes jobless..Sape nak percaya?..cakap pon serupa orang takde otak! 


Menuntut ilmu hendaklah ikhlas dan diniatkan dalam hati kerana Allah. Apabila seseorang menuntut ilmu hanya untuk mendapatkan gelaran, kedudukan atau ingin menjadi orang dipandang, maka Rasulullah SAW memberi peringatan. Baginda SAW bersabda yang bermaksud:
“Barang siapa menuntut ilmu yang dipelajari hanya kerana Allah sedangkan ia tidak menuntutnya kecuali untuk mendapatkan mata benda dunia, ia tidak akan mendapat bau syurga pada hari kiamat.” (Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah)

Monday, November 8, 2010

Amalan berkhasiat

Sayangilah orang-orang di sekeliling anda..
Semakin hari semakin sayang
Semakin hari semakin ramai

Begitu juga belaku pada anda..
Semakin hari semakin disayangi
Semakin hari bertambah ramai orang yang sayang pada anda

Kerana apabila kita ikhlas menyayangi..
Kita akan ikhlas dalam beramal dan berkebajikan...

Ingat...kasih sayang yang bepada-pada tau....bukan skandal!
Luaskan juga pada flora dan fauna yer...



Saturday, November 6, 2010

Tafsir Mimpi: Makan kuih

Sesuatu mimpi yang pelik akan dikongsikan kat sini...
Pelik..yer pelik...Jarang-jarang berlaku...
Kali ni mimpi makan kuih
Mimpi makan kuih, ok noktah! alamat sihat dan makmur dalam hidupBila ku gugel..semua tafsiran makan kuih apam sahaja..Begitu spesifik dan sejenis!...
Maksud mimpi makan kuih apam ialah alamatnya akan mendapat harta..
Mimpi jual apam alamat akan susut rezeki
Mimpi membawa apam alamat akan jadi rebutan wanita..Huk aloh! kenapa kuih apam???
Tapi kalau...
Mimpi makan puding, alamat perkahwinan yang bahagia

Tapi aku mimpi tentang kuih karipap..
Pelbagai bentuk, ade kecik, lonjong, bulat dan senget-benget..Kelimnya tak kemas.Tapi sedap dan perisa yang sama semua..perisa karipap la..ape lagi..
Tiada sardin, daging, sayur..dan lain-lain..
Sambil makan sambil komen..
Bestnyer dapat makan dalam mimpi..

 Sumber Karipap internet


p/s: Jangan ambil mudah untuk menerima setiap tafsiran..Kerana tiada jaminan untuk setiap kesahihan..Ianya bergantung dengan resmi badan seseorang..Ingat! 


Friday, November 5, 2010

Sewaktu Dulu

Kisah ini terjadi 23 atau 24 tahun yang lampau...
Masa tuh ramai mak-mak termasuk para bapak-bapak berkenan ngan aku.....
Semua orang sayang...
Semua orang peluk...
Bila baca Al-fatihah kuat-kuat..sume orang suke..Siap tepuk tangan lagi
Lagi tepuk, lagi kuat aku laung ..kalah Siti Musliha...Aku pon tak faham..Bila aku sengih..Lagi diorang suke..Siap cubit-cubit pipi aku lagi..
Bile wat sepah takde sapa marah, bile muncung sket..sume orang pujuk..
Tuh belum masuk bab orang-orang berebut nak dukung..Pelik betul aku..
Setiap masa kena bersedia tadah rambut..Pantang lepa..sebuk sume nak tolong tocang..
Jiran-jiran sume dah berangan nak buat menantu..eehehehe....


Tapi kini...di mana mereka-meraka yang dulu..Masing2 buat tak tahu....

Dulu okey..Bukan sekarang

Tuesday, November 2, 2010

Senarai Top 10 Hotel Terkotor

Asia:

1. Phi Phi Don Chukit Resort, Ko Phi Phi Don, Thailand
2. Raj Residency, Chennai (Madras), India

3. Goldkist Beach Resort, Singapore, Singapore

4. Mahkota Hotel Melaka, Melaka, Malaysia <<---malu!

5. Centaur Hotel, IGI Airport, New Delhi, India

6. Tatami Hampton Hotel, Hong Kong, China

7. Pearl of the Pacific Boracay Resort & Spa, Boracay, Philippines

8. First Hotel Bangkok, Bangkok, Thailand

9. Seri Costa Hotel-Resort, Melaka, Malaysia <<--maluu !

10. The Saff, Singapore, Singapore
 
Eropah:
 
1. Grosvenor Hotel, Blackpool, United Kingdom
2. Villagio Club Porto Ainu (closed), Budoni, Italy

3. Park Hotel, London, United Kingdom

4. Boston Court Hotel, London, United Kingdom

5. Cromwell Crown, London, United Kingdom

6. Dam Hotel, Amsterdam, The Netherlands

7. Corbigoe Hotel, London, United Kingdom

8. Earls Court Gardens Hotel, London, United Kingdom

9. Blair Victoria & Tudor Inn Hotel, London, United Kingdom

10. Minster Hotel, York, United Kingdom
 
USA;
 
1. Heritage Marina Hotel, San Francisco, California
2. Motel 6 Eureka, Eureka, Missouri

3. Palm Grove Hotel and Suites, Virginia Beach, Virginia

4. Atlantic Hotel Virginia Beach, Virginia Beach, Virginia

5. Quality Inn, Stroudsburg, Pennsylvania

6. New York Inn, New York City, New York

7. Parisian Hotel & Suites, Miami Beach, Florida

8. Capistrano Seaside Inn, Capistrano Beach, California

9. Desert Lodge, Palm Springs, California

10. Continental Oceanfront Hotel South Beach, Miami Beach, Florida
 
 
Sumber (based on TripAdvisor traveler reviews)

Monday, November 1, 2010

Soalan Cepuu...

Hari ini wat daku ternganga-nganga.....
Kerna ku tidak menyangka disoal sebegitu...
Mengapa itu yang kau tanya....
Tiada soalan lain lagi kah?

Ku resah gelisah semalaman...
Memikirkan jawapan yang dikau bakal ajukan
Tapi soalanmu melebihi jangkauan....
Sesungguhnya ku tiada jawapan.....




Mamat Britton tuh tanya suh aku explain biografi 2 scientist physic Hawking, Stephen William dan sorg lagi..sape ntah ape tak dapat tangkap dia sebut name ape...(Serius ..aku tatau..)
Kalu dia tanye aku sejarah P.Ramlee pon aku tataw nak cite camane...
Aku tak minat sejarah..Barang yang lepas usah dikenang..ingat tuh!
End-up muke dia bengang giler sebab aku tak kenal tok nenek bangsa dia...Piiraahh!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...