Wednesday, November 24, 2010

Wang Hantaran



Sekarang nih musim kahwin..Majlis berlangsung penuh dengan warna dan warni..Selalunya kombinasi 2 warna menjadi tema pilihan pengantin sekeluarga..Sebelum berlangsung majlis sehingga laa majlis berakhir, kejiranan tidak sunyi dengan desas-desus..Kalu di bandar tak berapa syiokk..Kerna gossip makcik-makcik bandar tidak setajam lidah makcik kampung..

Kalau dalam satu kampung, ada anak dara yang ada degree, hantarannya mesti lebih tinggi daripada anak dara yang tiada kelulusan. Ye ke? Tapi rata-rata majoriti perempuan perasan bagus..Apa tidak nya, mak janda masing-masing pun berebut nak letak harga.. Apabila orang Melayu mencapai status yang lebih tinggi daripada kebiasaan, mereka berasakan nilai hantaran perlu mengikut kedudukannya itu.
Masyarakat melayu kini berpendapat, wang hantaran yang mencecah puluhan ribu ringgit sebenarnya menggambarkan perubahan mentaliti dan status orang Melayu masa kini. Apabila tiba isu meletakkan nilai hantaran pula, mereka mendakwa tindakan itu diambil selepas mengambil kira kos kenaikan harga barang walaupun anak mereka boleh dianggap sebagai bahan komoditi. Justeru, jika nilai hantaran yang tinggi itu menjadi semakin tinggi mengikut pasaran semasa, ia boleh menyebabkan ramai lelaki dan perempuan bujang memilih untuk berkahwin pada usia lewat.

Namun kebanyakkan wanita Malaysia hari ini yang pakaiannya pun jarang dan ketat, menampakkan bentuk badannya sehingga boleh ditatap oleh mana-mana lelaki, kemahiran memasak yang ala-ala, hobi berkaraoke, menonton wayang serta wajah cantik hasil percampuran benih ibu dan ayah yang tidak soleh dan tidak bertaqwa dan membesar dalam persekitaran sosial dan maksiat lalu diletak harga ribuan ringgit apabila dipinang hanya kerana hasil solekan dan kesan khas (side-effect) memang membuatkan ramai lelaki teraniaya apabila terpaksa bersusah payah mendapatkan wanita seperti ini sebagai teman hidup.
Alkisah yang berlaku, ipar duai keluarga lelaki mula menyindir dan mempertikaikan bakal ahli baru dalam keluarga mereka. “ Apa yang bagus perempuan tuh, sampai hantaran tinggi sangat? Biasa jerr”Sambil menjuih bibir..Mau atau tidak bakal pengantin terpaksa menadah telinga dan menahan malu kesan penilaian keluarga bakal mentua..

Kisah yang kedua juga pertikaian Sang Bapa pada si perempuan yang bakal dipinang. “ Kenapa mahal sangat?” Kesemua menuding jari pada Sang Bapa “ Awak dulu pon letak hantaran tinggi untuk anak awak..Jadi salahkah kami pula?”..Sang Bapa malu tak terkata...
Itulah fenomena perkahwinan orang Melayu  kini. Segala-galanya mengenai status dan memancing kekaguman tetamu kepada pengantin dan keluarga. Alasannya, berkahwin sekali saja dalam hidup. Justeru, segala-galanya mesti hebat walaupun selepas majlis, pengantin dihambat hutang keliling pinggang.


 “Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu mengharamkan apa yang baik yang dihalalkan oleh Allah kepada kamu dan janganlah kamu melampaui batas sesungguhnya Allah tidak suka kepada golongan yang melampaui batas” (Al-Maidah : 87).

Baginda rasulullah bernikah dengan mudah, demikian para sahabat dan golongan salaf soleh manakala golongan bodoh serta ibubapa jahil hari ini yang bodoh ini mempunyai anak gadis yang tidak pun mampu menghafaz Al-Qur’an, wajah yang cantik bermekap dan akhlak yang terjerit dan terkinja seperti monyet lalu diletakkan mahar dan hantaran ribu-ribuan ringgit.



Sumber: Internet 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...