Wednesday, November 10, 2010

Jujur dan ikhlas menuntut ilmu

University of Wales di United Kingdom (UK) di London khabarnya menggantung hubungannya dengan Kolej Antarabangsa Fazley (FIC) milik penyanyi Malaysia, Fazley Yaakob sehingga satu siasatan dilakukan.

Menurut satu laporan Perbadanan Penyiaran British (BBC), tindakan itu dilakukan ekoran kontroversi berkaitan dengan kelayakan akademik penyanyi tersebut yang dikatakan memiliki ijazah doktor falsafah (Ph.D) dan sarjana palsu dalam bidang pentadbiran perniagaan.

Hebat betul bermotivasi di sana-sini...Tapi..master palsu...berkait plak dengan phd palsu...Kes parah ni..

BBC dalam program Week In Week Out: University Challenged mendakwa Fazley memiliki Ph.D palsu dan kini mengendalikan kolej yang menawarkan kursus sarjana muda dari University of Wales.
Dalam program itu, Fazley dituduh memiliki kelulusan itu dari sebuah universiti palsu...Kelulusan palsu, universiti palsu..Semua palsu belaka

Seingat aku, untuk mendapatkan sarjana..memang perit...Terutama dalam bidang penyelidikan...
Kadang-kadang rase macam sedih bila sesetengah orang mengambil jalan singkat untuk berjaya..Kesannya?..Kalau me'naya'kan diri sendiri ..Lantak hang laa...Tapi kesan yang teruk juga pada orang macam kami...(jujur ber'sarjana') Susah nak cari makan nnti..Sebab korang semua dah cantas!...
Paling kesian juga pada para pelajar..Berguru dengan guru palsu...huuhuhuhu.....so especially student IPTS berjaga-jaga ya!

p/s: Kisah benar berlaku dulu fresh grads dari IPTS diberhentikan kerja dari MNC (multinational company) sbb tak perform..Pointer gasak..coz he's scorer from the well-known IPTS..He's bla..bla..most of the theoris..but when comes to application, mamat tuh blurr.. 

Sumber : Kosmo

Lepas tuh kes terbaru seorang pensyarah universiti tempatan menunjukkan reputasi yang memalukan...
Apa yang dia buat???
Actually she's compiled sume fyp student plus master student punye thesis. Then she presented in viva-voce.consequently claimed all the work done originated from her.She said its novelty enuff thriving to entitle of doctorate..WTF!!

Sume student undergrad bawah dia dulu terkejut..plus siap mengaku yang diorg sume menipu data utk dapatkan result fyp..Name pon undergrad...Depa pon nk kejar masa supaya dpt grad on-time..

Kenapa beliau selamba buat begitu?
Sebab beliau sarjana bukan penyelidikan? So takde skill yang mantap
Or Memang sifat beliau ambil mudah untuk setiap perkara?
:
:
Kesannya..beliau jadi bahan cerita untuk satu kampus...
Maybe student akan disrespect sbb dpt lecturer macam tuh...
Dimana credibility?
adakah beliau ikhlas dalam kerjaya mencurah ilmu untuk anak bangsa?

Please laa Jangan biarkan title Msc. Phd cuma ada pada nama

Ipar aku pon wat diploma palsu. gak.. Nak menipu pon agak-agak laa...
Muka berkedut amik kat kedai gambar mane tah..siap bergaya pegang scroll..
Ingat aku bodoh?...Name kolej pon pelik..Tak pernah wujud kat dunia..Puas aku goggle n cek kat kt KPT..
Until now shes jobless..Sape nak percaya?..cakap pon serupa orang takde otak! 


Menuntut ilmu hendaklah ikhlas dan diniatkan dalam hati kerana Allah. Apabila seseorang menuntut ilmu hanya untuk mendapatkan gelaran, kedudukan atau ingin menjadi orang dipandang, maka Rasulullah SAW memberi peringatan. Baginda SAW bersabda yang bermaksud:
“Barang siapa menuntut ilmu yang dipelajari hanya kerana Allah sedangkan ia tidak menuntutnya kecuali untuk mendapatkan mata benda dunia, ia tidak akan mendapat bau syurga pada hari kiamat.” (Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...