Tuesday, December 21, 2010

Hot Guys vs Hot Spots

Orang selalu describe kan best places untuk usha hot chicks a.k.a aweks...
So ape kata kita turn over untuk hot guys plak..Boleh ka?..Alaa bole laa (buat gaya gedix yer!)

  1. Mapley or mana2 kedai mamak yang ada tv/skrin BESAR!..Especially bile tiba piala dunia..Or any other games..(sorry i'm neither fan of soccer nor else) 
  2. Gym .. Erm..setahu aku ramai gay kat sini...I am not gay and i am not okay!
  3. Pusat snooker (But out of my type)
  4. Autoshow atau segala tempat yang berkaitan dengan kereta/motor/gadget/ghee whiz
  5. fakulti kejuruteraan IPTA/IPTS..Ehhehee....(sengih gatal di situ)
  6. Kilang which is robust industries (but this refers to the blue collar worker which typically performs manual labor)..Buat mana-mana minah yang taste nyer 'international' laa sangatt...hehehe....
  7. Masjid..Bila time sembahyang jumaat laa..Ataupun di mana-mana surau yang menyediakan juadah berbuka serta moreh...Pada bulan puasa..
  8. Library...Ehh tipulah!
  9. Padang bola sepak atau gelanggang futsal...
  10. Sungai, laut atau kolam..Tempat mana-mana yang mereka boleh memancing...
  11. Bawah Jambatan kat highway..especially time hujan..(serius tak hot pon!)
  12. Bengkel..Tempat mat rempit, kaki drift,dan yang suke make-up kereta...
  13. Hutan..Ahahaha...Tempat latihan menembak atau mana kem..(For those bercitarasa Mat Terap)
  14. Lagi?
  15. Fikirlah Sendiri...

Awang Pulang

Berita dari Dayang mengenai kepulangan Awang....
Hari ni Awang naik ke darat...Harap-harap dia pening dan mabuk laut
Besok malam Awang naik flight balik KL.....
:
:
Dayang minta Awang belikannya coklat...
meskipun Dayang tahu permintaan itu agak leceh dan menyusahkan....
Di sebaliknya Dayang cuma mahu menguji Awang...
Menipu beli kat Tesco or 7eleven pon takper..
Yang penting Dayang mahu lihat kesungguhan Awang untuk penuhi permintaan Dayang...
Kalu coklat  pun Awang tak mampu penuhi, apatah lagi lain-lain permintaan Dayang...
Betul tak?


First

Monday, December 20, 2010

Jawa dan Java

Apakah kaitan Jawa dan Java...

Jawa aku tak berani nak definisikan..Takut menyentuh sensitiviti masyarakat..Tapi java ialah dari kelompok keluarga programming...Persoalannya...

1. Adakah setiap orang jawa mahir java?
2.Adakah pencipta java terdiri dari kalangan orang jawa?

Tapi yang pasti aku bukan orang jawa apatah lagi mahir java....


p/s: Actually weekend arituh housemate aku bawak lauk kenduri.... Satu set makanan orang2 jawa..
Serius SEDAP!..So sesape yang jawa, kalu kenduri jangan lupe jemput aku tau..Aku akan usahakan untuk hadir...Ngeheheheh.....


p/s 2: Aku tak snap pic ape yang aku makan..Sebab yang pertama aku takde kamera pown..! yang kedua..Malu wehh Kang korang kate aku burok lantak plak (Setalam pon bole habis lor)

Yuck ! KFC

Cerita ni aku dapat dari laman teman blog.... Klik sini


Cube tengok....Tengok betul2
:
:
:
:
:
:

 Original or hot and Spicy???


Tuh ade dedak ayam..Ape tuh dedak?
Lu tataw ka?
Makanan ayam laa... 
Kesian ayam tuh...Dia belom sempat hadam lunch or dinner ..
Tapi Harland David Sanders err silap..tokey ayam..kasi tangkap utk sembelih..Err sembelih?..
So kalian semua selamat menjamu mata dan selera..Beli satu set, percuma dedak..Lucky buyers bole dapat najis sekali..kehkehkeh....


Sudah laa jangan berlakon nak uwekk..uwek...Favourate korang kan selama ni?


Jangan marah...Daaa.....

Friday, December 17, 2010

Kawan kemalangan

Kejadian berlaku ketika di luar rumah...Lepaking (orang kaya kate 'ngeteh') dengan kawan-kawan sambil berbincang plan projek juta-juta..(Memang asik sembang mende yang sama pon..tapi sampai takuk tu jela)


Tetiba pangilan telefon..(Nombor baru! Arghh mesti nak promote barang)
'Hello'
'Awak kawan cik Ttutt kan?' (Separuh menjerit dan dengan nada cemas!)
Haa yer betul kenapa? -Cuak-
Tolong datang sekarang..depan kilang proton Tanjung Malim
Kawan awak eksiden 


Aku bergegas ke tempat kejadian,
Kereta kawanku remuk, hancur teruk..Yang peliknya kereta dia parking canteekk kat tepi jalan...
Aku di maklumkan, beliau berdiri di sebelah kereta sambil menjawap panggilan telefon.Tup-tup trailer besar terbabas dan menghimpit beliau...
Yang paling menyedihkan beliau mati dalam perjalanan ke hospital..
Kecedaraan yang cukup parah menyukarkan beliau untuk selamat..(Kalu selamat pon memang dah tak rupa manusia)

Mana takyer..Tempurung kepala retak, kaki bersilang-berlipat, pendarahan tanpa henti...Muka pecah..Owhh memang sadis!


Aku panik!..Camane nak explain ngan family dia...
Err aku lom sempat nak minta maaf dengan dia..(Dia pon lom minta maaf ngan aku)

:
:
:
aku tak mampu nak ceritakan..di tapak perkuburan..Kerana suasana sungguh sayu, hujan renyai-renyai..Di tepi sudut seluruh keluarga beliau meratap kematian beliau..



Aku dah fikir masak-masak..Malam ni jugak aku kena kemas barang untuk pindah rumah malam ni jugak!....Aku tak mahu diburu bayangan arwah..Sebab atau kenapa? Hanya kami sahaja yang tahu (Urusan orang dewasa la)
Kang tak pasal-pasal aku nampak kelibat arwah di katil, di dapur, di dalam peti ais hatta duduk dalam mesin basuh..<--mesin kegemaran arwah
:
:

Sedang sibuk aku berkemas telefon berbunyi lagi...Gulp!
Err..alarmm jer
Hampir terhenti jantungku sebab nampak beliau di katil..katil??
beliau terbaring kaku siap berpakaian uniform kejer..

p/s: Aku sangat2 berharap beliau tak tahu mimpi aku alami malam tadi ...Takut dia kecik ati jerr..hehehe (Untuk part ni aku malas nak tafsirkan...Konfem ngarut)

Thursday, December 16, 2010

Lelaki dan Pergerakan


Menilai Diri Lelaki Melalui Pergerakan

Tidak sukar untuk megenali lelaki. Jika kita tahu menilai pergerakannya kita pasti akan tahu diri lelaki itu. Pada lelaki tingkah lakunya lebih memberi makna daripada kata-katanya terutama apabila ia sedang berbual dengan wanita.

Menganggukkan kepala
Apabila anda berbual dengan seorang lelaki dan dia mengangguk-anggukkan
kepalanya itu membuktikan yang lelaki itu seorang yang mengambil berat dan sentiasa ingat mengenai diri anda. Dia juga sentiasa membantu bila diperlukan pertolongan.

Mendekatkan badan
Apabila seorang lelaki mendekatkan badannya kepada diri anda bila
berbual dengannya, dia adalah lelaki yang menarik dan mampu menarik ramai orang lain tetapi kadang-kadang bersikap keterlaluan.

Merenung
Lelaki ini jenis peminta kerana dia mahu mengetahui apa yang anda boleh tawarkan kepadanya sama ada dalam pekerjaan, persahabatan atau cinta.

Menggerakkan tangan dan badan
Lelaki ini memberangsangkan, bertanggungjawab dan mempunyai rasa cinta yang mendalam. Lelaki ini beranggapan kata-kata tidak cukup untuk membuktikan kesucian cinta. Oleh itu pergerakan adalah sebagai bukti untuk menunjukkan kesungguhan. Dia juga seorang yang sensitif dan baik hati.

Suka berdiri
Apabila bercakap, anda duduk dan dia berdiri. Lelaki jenis ini melambangkan yang jiwanya suka menguasai dan mengongkong. Dia suka mempengaruhi orang lain untuk kepentingan dirinya dan dia juga pantang mengalah.

Memandang mata
Ini adalah sifat lelaki yang yakin dan berterus terang. Dia juga sentiasa memberi perhatian, berusaha menjaga hati semua orang, tidak kira bagaimana rapatnya hubungannya dengan orang tersebut.

Sensitif pada jarak
Bila bercakap dengan orang lain, lelaki ini duduk atau berdiri pada jarak tertentu bergantung kepada sejauh mana kemesraannya dengan orang itu. Dia jenis lelaki yang tahu apa yang insan lain tidak suka.

Meniru gerak
Lelaki ini terpengaruh dengan rasa dan tingkah laku orang lain yang suka
mempengaruhinya. Dia mudah di bawa berbincang dan suka menurut asalkan ia tidak menimbulkan masalah.


Cara-cara mengenal tingkah laku di atas adalah di antara cara untuk mengenal lelaki dan sekurang-kurangnya wanita boleh bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.



p/s: Wallahualam..Sebab sesetengah lelaki tak setuju dengan tafsiran di atas..Tak cayer? tanye Abang Spider..(Ape lagi laa yang dia nak wat pasnih?)


Monday, December 13, 2010

Wanita paling Seksi di Dunia

Sumber kosmo
 klik
Aktres popular Bollywood, Katrina Kaif dinamakan sebagai wanita paling seksi di dunia untuk tiga tahun berturut-turut menewaskan pesaingnya seperti pelakon Freida Pinto dan Priyanka Chopra, lapor sebuah akhbar semalam.

Pengiktirafan Katrina yang membintangi filem Raajneeti dan Tees Maar Khan yang ditayangkan semasa sambutan Krismas itu diumumkan akhbar Eastern Eye's di London.

Pemilihan itu dibuat berdasarkan gambar wanita yang paling banyak dirakamkan dan paling dikehendaki oleh penerbit filem serta peminat.

Tapi aku masih tak berpuas hati kenapa Salman Khan pula di nobatkan sebagai
lelaki paling seksi oleh majalah People.Kenapa? Kenapa?  Kenapa?



 Mata dia besar tau..eeiiii....dia cukup..cukup tua..Ramai lagi lebih seksi.. seperti 
shahid kapoor, arjun laa, john abraham laa, bobby deol..err sorry sebab bias...Err ramai lg laa...aku pon tatau name... 

p/s: Papepon..Rabecca Nur-Al Islam jugak yang beruntung..Bertuahnya badan..Cantik, seksi, bahagia, kaya....

Teknik Bercinta Wanita II

Berikut adalah sambungan dari teknik edisi 1..klik


Teknik-teknik yang di tepek bersifat terbuka dan tolerate..Sape2 nak tambah atau komplen, amatlah dialu-alukan..


Rules yang ke- errr berape ntah....


Perempuan mulakan dahulu...Gunakan kuasa bicara mata..dan berbisik jelas dari hati..Kalu telepati anda power, konfem Si dia boleh rasa..Amalkan teknik ini berulang kali..Andai dia turut merasa getaran telepati anda..Dia mungkin cuba sedaya-upaya mengelak dari anda..(Lupakan dia, cari mangsa lain..Err mangsa?) Atau dia beri tindak balas positif..Nahh apalagi..Let he be your man!

Lelaki kebanyakkan suka wanita berambut panjang..kecuali Hans Isaac..Ada lagi? siapa?
Tapi mereka bukannya suka kutu yer..


Lelaki sekarang tidak sama macam lelaki dahulu..Lelaki kini bermata duitan, materialistik..Jika anda anak Dato' atau VIP..Jangan risau...Berduyun lelaki akan mencuba nasib untuk mendapatkan anda...Drama/sinetron boleh dipersalahkan...Contohnya..Watak raja/sultan/ketua kampung akan mengisytiharkan mana2 pemuda yang bisa menyembuhkan puteri mereka..Mereka diberi ganjaran untuk menjadi menantu orang-orang besar..(Tidak adil, kerana kami cuma dari golongan marhaens..)
See ! Wanita matang biasanya sudah stabil dari segi IQ, EQ, kerjaya, ekonomi, harta...Hehhehhehe....
Jangan malu dan segan tayang kereta anda, ceritakan harta atau aset yang ada...Kerjaya yang anda miliki sekarang..Serta selitkan plan project juta-juta di masa akan datang...Cubalah..si dia mungkin sanggup urut kaki anda..


Mereka lelaki selfish..Bukan jual ikan tapi sikap pentingkan diri sendiri..Anda kena berlakon menjadi wanita yang paling memahami, tidak mengongkong, tidak menyusahkan mereka dengan hal remeh-temeh, berpura-pura gembira dan berbesar hati bila bersama demi menjaga hati mereka...Korbankan perasaan anda..Sanggup?..Aku tak sanggup...hehehehe..

 Okeylaa..dah banyak sangat aku panduan aku share..Kang jadi competitor plak..Nanti di masa akan datang, senarai wanita yang berjaya plak aku nak tepek..

salah seorangnya wanita terlebih matang










Pengalaman anda

Pengumuman..
Sesiapa disini yang pernah atau berpengalaman menjadi naga sila tampil..Ceritakan pengalaman anda dengan bangga..
Hadiah misteri menanti anda...
Pastikan anda adalah naga hebat, berani, pandai tulis diari..
Ayuhh!!


 Sumber yahoo/google

P/S: Pengajaran...Jangan ambil harta orang lain sesuka hati..Apatah lagi harta karun..

Friday, December 10, 2010

Teknik Bercinta Wanita

Slot ni khas untuk perempuan/wanita yang berumur 25 tahun ke-atas...
Kalu anda berumur dalam lingkungan di atas tapi masih belum 'matang'..Sila abaikan...
Tapi sila rujuk balik jika sudah bersedia untuk menjadi matang..


Rules yang di tepek kat sini mungkin tidak ikut turutan..
Tapi anda kan matang...So susun sendiri laa


1. Jangan 'provoke' pasangan anda..Dalam erti kata lain ayat seolah-olah memaksa beliau mengambil sesuatu tindakan..Biarkan beliau menjadi diri sendiri..Kebanyakkan lelaki tak suka di provoke..Seolah-olah anda ingin mencabar beliau..

Contoh for slow learner:

kamu: I nak cari boyfriend lain laa (berlakon merajuk tak puas hati plus buat muncung itik)
Beliau: Diam tapi dalam hati (Cari la kalu dapat..Perasan cun la tuh .umur dah lanjut tapi perangai kebudak-budakkan)
Amaran : Jangan bertindak sedemikian jika bf anda lebih muda dari anda..!



2. Apabila mata beliau melihat perempuan cantik lalu..Tandanya beliau melihat sesuatu yang indah yg tiada pd anda..(ooppss..jangan marah..anda kan matang)..Sejurus beliau mula bersuara..Haa..itu tandanya beliau dah start nak buat comparison antara anda dan wanita cantik..Di waktu itu anda perlu cepat-cepat sedar bahawa anda cuma sekadar...Errr...paham-paham sendiri laa...


3. Jangan memaksa beliau belikan anda hadiah, bunga, kek dan sebagainya..Tapi jika beliau belikan hadiah...Anda memang bertuah..Dari sudut positif beliau menghargai anda..vice versa beliau menganggap 'alaa memang perempuan material.. tuh je cara nak ngorat' Yes! kelemahan anda di situ.


4. Jangan bepura-pura nafikan hubungan yang telah terjalin..Nanti orang sekeliling akan meluat..Jadikan perceraian/putus cinta artis sebagai panduan..Makin lama anda akan buat orang menyampah..at the end tak sape pon nk doakan anda dan beliau bahagia...


5. Lagi satu jangan terlalu menunjuk..Anda kan matang..Tak pasal2 orang cop anda minah tua gedik yang tak sedar diri..Contoh makan suap-menyuap, asyik nak berkepit-kepit...Eeii menyampah beb! Cuba berlagak biasa di khalayak ramai...Kalu nak bermanja-manja..pegi belakang laa..


Lain-lain...nnti laa sambung..Jari-jemari dah sejuk beku nih...adehhh cramp!

p/s: Kecantikan sebenar datang dari hati yang murni..Ingat!  (ayat cliche)

Monday, December 6, 2010

Tafsir Mimpi: Melihat muka sendiri

Berikut adalah hasil carian tentang maksud mimpi malam kelmarin;

Jika melihat muka sendiri berkeadaan normal
~ akan ditimpa kesedihan.
Bermimpi melihat wajah sendiri menghitam.
~ akan panjang umur.
Bermimpi melihat wajah sendiri merah padam.
~ sedang jatuh cinta tapi merahasiakannya.Wow!
Bermimpi melihat wajah orang yang buruk dan bentuknya tidak sempurna.
~ akan ada malapetaka.
Bermimpi melihat wajah orang merah padam.
~seseorang akan menyatakan cinta kepada kita.
Bermimpi melihat wajah sendiri bergerak-gerak.
~ akan menemui kesulitan dalam mencari / mendapatkan rezeki.
Bermimpi melihat wajah dan rambut sendiri dari samping.
~ akan sembuh dari penyakit atau kesedihan.
Bermimpi mencuci wajah / mencuci muka.
~ akan terbebas dari kesusahan atau penderitaan.
Bermimpi mencuci muka menggunakan air di panci.
~ akan mendapat jodoh (jika masih bujang) atau mendapatkan rezeki (jika sudah berkahwin).
Bermimpi berwajah masam atau muka 'ketat'.
~ akan mengalami kerugian.
Bermimpi di wajah hitam.
~ Merupakan pertanda kurang baik untuk berbisnis / berdagang. Bisa pula akan terjadi sesuatu yang kurang baik dalam satu dua hari ke depan.

Tetapi harus diingatkan kepada pe'mimpi' yang mengalami supaya haruslah berhati-hati dalam setiap tindakan...

Nikmat air II

Masa djaman matrikulasi dolu...Kami pernah digemparkan dengan isu ketiadaan air...
Nasib baik waktu, masa, time berlaku dihujung minggu...
Maknanya tak payah laa kami bersusah payah dress-up nk pergi kelas
Peta di muka, saja kami biar seharian..Sampai kering laa gamaknyer...


Macam biasa..aku tepon mak nak mengadu...
"Mak datang  laa..Kat sini takde air"
mak macam mengerti.."Ok..jangan risau..jap gi mak datang"
Sebelum mak sampai, aku pon cepat-cepat membungkus baju kotor untuk mak bawa balik.

Selang 15 minit mak boleh sampai..Bukan pecut...Tapi jarak rumah ngan kolej tak berapa jauh..lebih kurang 15km kot..
Disebab itu, mak menjadi pengunjung tetap err silap pelawat rasmi..Bukan tiap-tiap minggu, tapi tiap hari...
Kafe pon dah bole jadi port lepak sambil layan drama2 melayu kesukaan...
Pak guard pon dah jadi member kamceng dia...


Tapi mak selalu  salah tafsir....
Di belakang boot....
ade 1 baldi campur 2 tong air....Aisehh..
"Haa..ape lagi..angkat laa..Tadi kate takde air.."
Kene basuh sendiri jugak ke?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...